Masak Asam Pedas Ikan Merah Yang Terlajak Sedap
Sejak dari Hari Raya Aidil Adha, lauk pauk di rumah saya, banyak berasaskan daging. Hari ni, kita tukar pada menu berasaskan ikan pulak. Kalau ada yang nak ke pasar pagi ini, jangan lupa beli ikan. Pilih ikan yang segar segar.
Jom kita masak lauk ikan. Saya suka mengikuti Instagram Bonda Rozita, yang juga Pengasas Sedayu Tinggi terutama ketika beliau memasak. Sama seperti saya, beliau bila memasak apa pun, akan meletak serbuk perasa atau serbuk pati ayam. Rasa macam tak lengkap, kalau tak diletak serbuk perasa. Tangan dengan sendiri akan mencapai botol atau plastik serbuk perasa.
Memasak asam pedas yang sedap memang kena sabar. Sabar untuk menunggu bahan yang ditumis masak garing berkali kali. Barulah sedap. Bukan sahaja sedap tapi betul betul sedap. Wallaa gitu. Melengkapkan masakan asam pedas saya, pastinya Maggi Cukup Rasa. Sebetulnya bila kita telah menggunakan Maggi Cukup Rasa, kita tak perlu lagi memasukkan garam dalam masakan kerana ia memang telah memberi secukup rasa.
Memang berbaloi memasak hari ini kerana Hubby menghirup kuah setengah pinggan. Sebelum tu dua kali dia menambah nasi dengan kuah asam pedas yang banjir. Keesokannya, saya memanaskan baki lauk Asam Pedas ini, bukan sahaja Hubby tapi Aween dan Boy juga meletakkan kuah Asam Pedas banjir dalam pinggan masing masing. Pemandangan luar biasa kerana saya tidak pernah melihat keadaan serupa ini sebelumnya di rumah kami.
Sebetulnya, lauk seperti Asam Pedas, dimakan selepas sehari lagi sedap dan berasa. Kalau di restoran Melaka, diasingkan kuah dan ikan. Ketika hendak dihidangkan, baru diletak ikan sebab tak mahu ikan yang lembut menjadi hancur. Tapi kalau kita masak di rumah, kena berhati hati jer bila menceduk supaya ikan tidak hancur. Berlembut dan berhemah.
Kalau diperhatikan, saya banyak berkongsikan pelbagai resepi Asam Pedas yang saya pelajari dari kawan kawan. Kalau dah orang Malaysia, mana boleh dipisahkan dengan lauk pauk tradisional kan. Boleh klik di SINI untuk resepi yang saya belajar dari kawan anak buah saya. Di SINI pulak, untuk resepi yang saya belajar dari Ayu, isteri Ustaz Muaz manakala di SINI dan SINI untuk resepi dari Ita.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Hahaha belum pernah lagi saya menengok Hubby menghirup kuah asam pedas. Tapi serious memang sedap dan secukup rasa. Selamat mencuba...

Asam Pedas Ikan Merah Yang Terlajak Sedap
Oleh: Azie Kitchen
Bahan kisar
1 biji bawang besar Holland - saiz besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 hirisan lengkuas
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
Bahan bahan:
2 batang serai - ketuk
1 sudu besar asam jawa - bancuh dengan 1 mangkuk air
1 kuntum bunga kantan - belah 2
7-8 sudu besar cili kisar - lebih kurang 1/2 mangkuk
1-2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Garam - jika perlu
500 ml air
Garam - jika perlu
500 ml air
Minyak masak
Sayuran:
Bendi
Buah tomato - belah 4
Cara cara:
Masukkan air asam jawa dan masak sehingga pecah minyak lagi sekali. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai dan biarkan mendidih, baru dimasukkan ikan dan bunga kantan.
Kemudian masukkan sayuran seperti bendi tomato atau apa sahaja yang disukai.
Kecilkan api dan biar ianya merenih lama lama sehingga sayur separuh lembut. Sayuran akan terus menjadi lembut ketika kuah disejukkan. Saya suka sayur yang tidak terlalu lembut ketika dimakan.
Kecilkan api dan biar ianya merenih lama lama sehingga sayur separuh lembut. Sayuran akan terus menjadi lembut ketika kuah disejukkan. Saya suka sayur yang tidak terlalu lembut ketika dimakan.
Masukkan Maggi Cukup Rasa. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat. Masukkan garam, jika perlu
Sedapnya... saya suka sangat asam pedas :)
BalasPadamSy dh cuba cara ni...mmg sedap, anak dan suami menghirup kuah...tq
BalasPadamSaya dh cuba resepi tue..mmg sedap..
BalasPadamX-)
BalasPadamMemang sedap..saya dah cuba terbaik
BalasPadamMemamg sedap..terbaik...
BalasPadambubuh bawang merah ke x sebenarnya? sbb dlm list bahan xde pun bawang merah tapi dlm gambar ada 2 ketul bawang merah tu sy tgk, so mana satu ni...tlg sy pliz, nak masak jugak ni...
BalasPadamBawang merah atau bawang besar sama sahaja. Kena bubuh. Ikut resepi yg ditulis.
PadamSy juga da cuba..mmg..������������
BalasPadamDaun kesum letak tak?
BalasPadamDaun kesum kena letak tak?
BalasPadamMmg sedapp sgtt..sy dh try...terbaekk..
BalasPadamSedap sangat..terbaik
BalasPadamSedap sgt. Dah try dua Kali. Thanks aunty azie
BalasPadamoit ikan ape do
BalasPadamTu ikan pirahna
PadamWow.. sedap2..!!
BalasPadamSy pun dh cuba.. Mmg sedapp.. Tp KLu sy nk simpan jdikan pes mcm mne ye kak azie
BalasPadamBelacan x payah?
BalasPadamSaya tak guna belacan kerana saya allergy. Kalau dimasukkan belacan, lagi sedap
PadamSy dah cuba resepi ni...hubby puji...hehe...thanks kak azie...
BalasPadamT.q tapi tlupa lengkuas...tapi ttp mantappppp
BalasPadamAs Salam Kak, resepi terbaik . Simpan dalam peti dan makan tuk buka puasa esok lusa (9 dan 10 Muharram 1441) Semoga Allah beri kesihatan yang baik untuk akak dan keluarga.
BalasPadamMmg sedap. Tq resipinya
PadamDah masak harini, sy suka mkn asam pedas letak daun kesum, tp lupa nk beli, ganti limau purut..Mmg sedap resepi ni sampai ibu tambah 2 kali. Kepala ikan merah mmg saje sendukkan untuk ibu makan sorg2. Licinzz
BalasPadamThank you akak azie, saya baru cuba memang sedap. Selalu masak guna yang dalam package jer tapi yang ni memang mantap. Thank you for sharing
BalasPadamTq atas perkongsian...
BalasPadamSedap. Memang terbaik.tq azie kitchenπ
BalasPadamXpakai asam keping xpe ke...mak mertua gelakkan sy bila guna asam jawa. Tgk asam pedas sy dia kata macam masak sambal ikan .huhu..padahal elok jer sy buat ikut step ni...mungkin x kena dgn Cara dia masak asam pedas.
BalasPadamCara masak lain lain. Guna asam jawa lagi sedap dari asam keping. Itu pendapat saya. Tapi saya guna juga asam keping kalau nak mudah sebab kalau terlebih masam, saya ceduk keluar asam keping tu.
PadamBetul.. guna asam jawa lebih kaw...
PadamDah cuba tapi guna ikan siakap. Huhuhu. .. X gigih nak menyiangnya π π π
BalasPadamX letak lengkuas sebab kena beli yg besar & x guna sgt. Maggi secukup rasa x de lak kat kedai tapi letak Maggi pati ikan bilis. Sedap... Next cuba guna ikan merah pulakππ
Terima kasih rezeki ya.. sedap.. lengkuas dan bunga kantan xde.. apa pun sedap ja..
BalasPadamSalam kak Azie. Kalau Ikan merah nya 2 ekor sebesar tapak tangan Org lelaki. Saya dapat 6 ketul. Bahan nya masih sama ke dengan yg kak Azie beri kan nih. Atau Kene tambah lagi bahan2 nya?
BalasPadamSaya mmg selalu fail masak asam pedas sebelum ni. Sejak jumpa resepi ni menjadi2 asam pedas saya... suami pun kata sedap... dah masak beberapa kali.. mmg terbaik. Terima kasih
BalasPadamSngat sedap resepi nih... Sy dh umur 27 tahun bru first time masak asam pedas sndri..terima kasih ! π€☺
BalasPadamYeay...br buat folo cara kak azie. Sdap sgtt. Thank u.
BalasPadamKali pertama buat asam pedas, Saya tambah daun kesum dan ganti perencah rasa magi dengan belacan, then saya guna kepala (ikan mata besar). Ya Allah sedap betul
BalasPadamDaun kesum adalah antara bahan penyedap asam pedas selain itu bunga kantan dan daun limau purut. Belacan juga Penyedap tapi saya allergy dg belacan. Tahniah.
Padam