Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap

Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap

Pejam celik pejam celik hari ni dah hari Jumaat. Esok hari cuti bagi ibu ibu yang bekerja. Jadi esok bolehlah kita masuk dapur dan masak masakan yang special sikit untuk hidangan keluarga. Tapi sebelum layan bab Ayam Panggang Blackpepper, meh saya nak menulis sedikit buat renungan kita semua. 

Saya perhatikan manusia sekarang dah kurang rasional. Banyak kes di sekeliling kita yang kadang kadang tidak masuk akal, tapi tetap dibuat seolah akal diletak di kepala lutut. Saya bukan marah tapi kadang kadang kesal dengan sikap begini. 

Saya menggeleng kepala bila membaca komen komen yang ditinggalkan di Instagram. Alhamdulillah bukan Instagram saya. Setakat ini semua yang baik baik sahaja. Tapi bila baca Instagram artis artis atau jutawan seperti Aliff Syukri dan lain lain, boleh mengurut dada kita dibuatnya. Seolah mereka sangat kebal dan tidak takut dengan dosa. Maki hamun dan menggunakan bahasa lucah adalah seolah perkara biasa. Tanpa memikirkan apa yang ditulis tidak akan terpadam dengan sendiri selamanya. 

Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap

Cerita nya begini, sejak kebelakangan ini ramai yang komen di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Puncanya semata kerana saya tak memberi sekali resepi di video, menjadikan satu kemarahan sehingga saya dimaki sumpah seranah dengan bahasa kurang sopan. Walhalnya, ada ditulis untuk resepi sila rujuk pada blog Azie Kitchen. Saya memberi detail resepi dan cara cara penyediaannya. Saya memang tak kisah untuk berkongsi resepi pun. Aduhaai... sungguh saya tak faham dengan manusia zaman sekarang ni. 

Ayam Panggang Blackpepper ini memang sangat sedap. Boleh klik di SINI untuk melihat entri saya sebelum ini. Dimakan meratah ratah begitu sahaja pun sedap. Sangat mudah, cuma perlu diperap dengan sos tiram, madu, serbuk lada hitam dan Maggi Cukup Rasa. Dengan menyediakan sendiri, kita boleh menikmati seekor ayam dengan harga mungkin seketul atau dua ketul ayam jika dimakan di restoran. Bolehlah berjimat terutama jika menpunya keluarga besar.... Kepada yang menpunyai anak kecil atau anak remaja, saya pasti mereka akan suka dengan ayam panggang ini. 

Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini. Saya menyediakan 1 ekor ayam panggang. Resepi di bawah untuk 1/2 ekor ayam. Jadi kita cuma perlu gandakan sahaja bahan bahan yang digunakan. Jangan lupa menonton video berdurasi panjang yang saya sediakan di youtube Azie Kitchen channel di SINI. Kalau boleh subscribe sekali ya. Selamat mencuba...

Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap

Ayam Panggang Blackpepper

Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong 2
2 biji ubi kentang - belah 2
1 batang karot
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram Maggi
Sedikit madu
2 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya
Lada hitam secukupnya - tumbuk kasar
Sedikit minyak zaitun - renjis

Cara cara:
Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Masukkan 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa. Lumur pada ayam.  


Tuangkan sos tiram Maggi dan lumur rata. Tuang pula madu, dan lumur rata rata termasuk di celah celah bawah kulit ayam.



Akhir sekali tabur serbuk lada hitam secukupnya. Taburkan sekali lagi dalam 1 sudu besar Maggi Cukup Rasa atau secukupnya. 




Biarkan dalam 15-30 minit. Masukkan ayam ke dalam loyang bersesuaian. Susun ubi kentang dan karot. Renjis dengan minyak zaitun sebelum dibakar dan ketika sedang dibakar. Bakar pada suhu 180C sehingga ayam masak. 



Saya bakar lama dalam 45 minit dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa. Kuah dari baki membakar ayam, bolehlah disudukan dan hidang sebagai kuah pencicah ayam panggang.

Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap

Selamat mencuba...


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

22 ulasan for "Ayam Panggang Blackpepper Yang Paling Sedap"

  1. sedapnye....nampak persis hidangan restoran...pelikkan, sampai memaki hamun semata xde resipi disertakan...terima kasih banyak selalu memberi inspirasi untuk saya masak, yang kadang kala buntu, xtahu nak masak apa...

    BalasPadam
  2. Terima kasih Pn Azie kerana sudi berkongsi resepi jua petua2 masakan di laman ini. Semuga dimurahkan rezeki.

    Dr Jamaliah Majid, Taman Medan Cahaya, Petaling Jaya

    BalasPadam
  3. Saya suka dengan resipi2 puan Azie dan sering mencubanya untuk dihidangkan kepada suami dan anak2. Saya rasa kesal kerana ada yang menggunakan kata2 kesat terhadap Puan yang telah banyak berkongsi resipi yang sungguh menyelerakan.Bagaimana rezeki di meja ada barakahnya jika orang yang memasaknya suka memaki hamun? Naudzubillah...

    BalasPadam
  4. Jika teringin mencuba masak sesuatu yg baru sy pasti cari aziekitchen dulu sebelum beralih ke blog yg lain. Dari sebelum kahwin sampai sekarang 😍. Mungkin yg lontarkan kata2 tidak baik belum pernah mengikuti blog kak zie..

    BalasPadam
  5. Sedap dan mudah di sediakan. saya nk cuba. Sebelom ni saya pernah cuba resepi ayam masak merah dan ikan masak tempoyak puan. Sedap sangat.Terimakasih di atas perkongsian puan.Jazakallah..

    BalasPadam
  6. thanks for the recipes... sesuai untuk hidangkan makan malam bersama keluarga tercinta...

    BalasPadam
  7. Puan, saya antara yg dah pernah cuba resepi puan beberapa kali. Semua menjadi, husband pun suka. Terima kasih.

    Untuk resepi ni boleh x kalau campur je semua bahannya sekali?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Bila nak buat video, tunjuk asing asing

      Padam
  8. Pasal tk ada resepi pun maki hamun kee.. Dahsyat sungguh org malaysia skrg ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah sangat kurang beriman orang sekarang. Boleh sesuka hati membuat dosa di media social. Nampak sangat masyarakat yang bermasalah, itu sebab cepat marah dan tiada kesabaran

      Padam
  9. Klau nk renjiskn myk tu..bole ke selalu buka pintu oven tu..tk de apa2 ke klau kita selalu buka

    BalasPadam
  10. Saya selalu mencari resepi dari blog kak Azie sejak dulu lagi. Saya rasa masa tu, kak Azie tak buat pun video. Jadi sampai sekarang pun, mula2 saya buka blog dulu utk tengok resepi, lepas tu, baru saya tengok youtube.. mungkin betullah, mereka ni org baru dgn blog kak Azie...jadi dia tak tahu...

    BalasPadam
  11. astaqfirullah samapi gitu sekali....makasih atas recepie yg selalu d kongsikan

    BalasPadam
  12. Klau xde idea nk msk ape, mmg blog akk yg sy search. Smua rsepi mjadi n sedap. TQ kak

    BalasPadam
  13. Tq kak Azie utk resepi ni. Memang menjadi dan sedap sgt. 😀

    BalasPadam
  14. terima kasih kak azie utk semua resepi. Banyak yg saya cuba n semuanya marvellous. Abaikan yg maki hamun dah tentu hidup mereka tak bahagia dengan caci maki stp hari di media sosial.

    BalasPadam
  15. Sy suka resepi aziekitchen..klau nk masok gapo2 sy mesti cari aziekitchen,alhamdulillah setiap kali masak mmg jadiii...

    BalasPadam
  16. Resepi ni laa yg smpai buat anak2 mengidam. Terima kasih aziekitchen. Semoga ilmu yg di kongsi menjadi pahala yg berpanjangan. Insya'Allah. 🥰


    BalasPadam
  17. sy org baru dlm blog kak azie.. sy paling malas nak masak.. tp skali nk masak mmg kak azie rujukan sy.. then smua berhasil.. 😂 mekasih kak.. smoga pasni sy pndai masak mcm akak 😋

    BalasPadam
  18. Maaf,nak tanya kak azie masak ni utk seekor ayam ker?sbb nampak mcm seekor..ker sy silap tgok

    BalasPadam
  19. Resepi ditulis tahun 2017.. skrg ni dah tahun 2022. MashaAllah byknya pahala puan. Teringat waktu pertama kali saya menggunakan resepi ni utk menjamu kedua ibu bapa saya ketika mereka berkunjung ke rumah saya. Mak ayah pulak jenis yg makan, nak sedap2 je. Berkat taat kan resepi ni, ayah sampai tanya 2x,, bila nak buat lagi.. 😁 terima kasih puan. 🥰

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masya Allah. Terharu membacanya. Aamiin.

      Padam