Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Sotong



Sambal Sotong



Secara jujur, Saya sebenarnya masih seolah berada di dua dunia. Saya masih belum sepenuhnya menjadi diri saya. Minda dan fikiran masih seolah saya berada di Tanah Suci walaupun fizikal saya telah berada di tanah air. Malam sebelum tidur, saya akan mendengar youtube solat Terawih oleh Imam iman di Masjidil Haram ketika Ramadhan baru ini. Itulah sebabnya saya tak ada mood pun untuk berhari raya atau menghadiri rumah rumah terbuka. Malahan baju raya pun masih belum diambil. 

Namun begitu, beberapa hari ini, saya sangat sangat gembira dan sangat bersyukur. Tapi saya belum bersedia untuk mengumumkannya. Insya Allah saya akan kongsikan bila tiba masa nya. Haa sebelum itu, saya nak maklumkan bahawa Momen Perkahwinan anakanda saya, Dr Nana akan diterbitkan dalam majalah Nona keluaran bulan Ogos 2017. Hmm jangan lupa dapatkan naskhah anda ya. Sekadar berkongsi detik detik kegembiraan kami sekeluarga dengan pembaca blog Azie Kitchen semua. Lagi pulak, memang ramai yang menulis mesej pada saya meminta dikongsikan gambar gambar dan detik detik perkahwinan Nana. 



Sambal Sotong

OK sekarang kita masuk pula bab resepi. Resepi Sambal Sotong. Hubby ke Pasar Taman Tun Dr Ismail untuk membeli tulang lembu untuk dibuat sup. Jadi saya pesankan sekali, sotong yang bertelur. Bila balik, saya tengok sotong tak menpunyai telur pun. Jadi saya menanya Juita, sotong untuk dimasak apa. Bila Juita mengesyorkan Sambal Tumis, saya pun tak berlengah terus menyediakan Sambal Tumis. Tapi saya membuatnya sedikit kering, tidak seperti Sambal Tumis biasa. Caranya saya masukkan hanya sedikit air sahaja. Jadi sambalnya lebih pekat. 

Memasak sotong agak leceh sedikit kerana ia akan menghasilkan air yang banyak. Jika dimasak lama untuk mengeringkan air, sotong pula menjadi terlebih masak dan liat. Jadi cara saya ialah, saya akan memasakkan sotong seketika di atas dapur dan kemudian ditos kan airnya. Nak tahu caranya? Kenalah tengok di video yang saya sediakan.


Sambal Sotong


Saya memang suka memasak sambal tumis, tak kira lah apa pun asal sambal tumis kerana ianya mudah dan bahan bahan yang digunakan pun tak banyak. Cuma kena bersabar untuk menumis cili sehingga ianya benar benar garing. Yang lain semua dah ada dalam ingatan. Pendek kata lauk ini memang lauk feveret di rumah kami. 

Jom layan video di Instagram Azie Kitchen dan youtube Azie Kitchen channel di SINIuntuk melihat cara penyediaan. Meh kita lihat resepi di bawah ini.  



Sambal Sotong

Sambal Sotong

Bahan bahan:
Sotong secukupnya
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar - hiris
2-3 sudu besar gula
Garam
1 keping asam keping

Bahan kisar:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih

Cara cara:
Sotong dimasukkan dalam kuali dan panaskan atas dapur sehingga air sotong keluar dan toskan. Tujuannya supaya sambal saya tidak berair. 

Panaskan minyak yang agak banyak. Tumis bahan kisar sehingga sedikit wangi dan masukkan cili kisar. Perlahankan api dan tumis sehingga cili benar benar masak dan garing. Ia akan kelihatan sedikit berbuih bila telah garing. 

Masukkan gula terlebih dahulu bagi menjadikan warna sambal yang lebih cantik. Kacau rata. Kemudian baru dituangkan sedikit sahaja air. Masukkan sotong tadi. Kacau rata. 

Masukkan garam dan asam keping. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat kerana sotong tidak boleh dimasak terlalu lama kerana ia akan menjadi liat. 




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

9 ulasan for "Sambal Sotong"

  1. sedapnya. lama tak buat sambal sotong ;)

    BalasPadam
  2. Teringat chef cakap masak sotong paling lama pun lima minit jer...kalau tak gigih la menggigit...bahaha

    BalasPadam
  3. Puan azie...bole tak klau sya tmbhkan lgkuas atau pun serai dan halia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memasak ni ikut gerak. Hati nak tambah apa pun boleh. Cuma rasa sedap atau tidak. Klau nak tambah serai, boleh. Tpi lengkuas, tak sedap kot.

      Padam
  4. Kalau gantikan asam keping kepada air asam boleh x erk?😁

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Tpi warna sambal lebih cantik jika guna asam keping

      Padam
  5. Assalamualaikum sis.. Nk tya bajet utk 75kg Sotong blh tak..brpa byk bhn2 nya.. Sb 1st time Nk msak byk tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Saya tak pernah memasak sebanyak itu. Saya blogger saya bukan tukang masak. Apa yg boleh buat, semasa menumis, boleh tengok agak dah cukup atau belum. Kalau belum, boleh tambah. Kalau saya nak memasak sebanyak itu, cubalah memasak utk sekilo dulu, kemudian tengok macam mana. Jika ok, gandakan sahaja.

      Padam