Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Majlis Perkahwinan Dr Nana dalam Majalah NONA Ogos 2017

Majlis Perkahwinan Dr Nana dalam Majalah NONA Ogos 2017

Seperti saya tulis dalam entri sebelum ini, gambar gambar majlis perkahwinan anakanda kami Dr Nurliyana Ain dengan Alain Ilya telah diterbitkan dalam majalah kegemaran saya iaitu majalah NONA keluaran bulan Ogos 2017. 

Semoga anda semua dapat cepat cepat mendapatkan naskhah anda sebagai koleksi. Ianya merangkumi 3 majlis iaitu majlis akad nikah, majlis resepi sebelah Nana dan juga resepsi sebelah Alain yang diadakan dalam bulan Februari tahun ini. Untuk membaca coretan persiapan majlis dsb, boleh klik entri sebelum ini di SINI, SINISINI, SINI, SINI  dan SINI

Sejak majlis perkahwinan anakanda kami Nana berlangsung pada penghujung tahun lepas, ramai yang bertanya, ramai yang menulis message dan private message kenapa saya tidak banyak kongsikan gambar gambar majlis tersebut. Di dalam facebook juga, tidak banyak gambar yang saya kongsikan. Itu yang menyebabkan kawan kawan rapat tertunggu tunggu dan kehairanan. Agak susah juga untuk saya menerangkannya. 

Sebetulnya, saya agak lambat menerima gambar gambar dari photographer yang dipilih. Mereka memerlukan masa untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menepati kehendak kami. Kedua, Nana sendiri tidak berapa gemar gambar beliau dimasukkan dalam majalah. 

Setelah dipujuk, barulah dia setuju. Itu pun saya terpaksa meminta Hubby dan Alain menjelaskan tujuannya pada beliau. Tujuannya hanya sekadar ingin berkongsi detik bahagia ini bersama rakan rakan dan follower Azie Kitchen yang setia mengikuti kisah kami sekeluarga. Bukan sekadar mengikuti resepi, mereka juga mengikuti kisah dan perjalanan kehidupan kami sekeluarga. 

Walaupun kami bukanlah selebriti, namun saya sangat menghargai mereka yang setia dan ikhlas mengikuti blog saya selama ini seperti mana kawan facebook yang mengikuti perkembangan kawan kawan setiap hari. Komen komen yang ditinggalkan di blog, facebook Azie Kitchen dan Instagram, semuanya saya baca dan yang mana perlu, saya cuba sedaya upaya membalasnya. Sokongan mereka sangat saya hargai. Tanpa sokongan mereka, pastinya pageview blog Azie Kitchen tidak mencecah  melebihi 118 juta setakat ini. 

Majlis Perkahwinan Dr Nana dalam Majalah NONA Ogos 2017




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Majlis Perkahwinan Dr Nana dalam Majalah NONA Ogos 2017"

  1. X sabar nk baca.. 😊😊😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dah ada di pasaran sejak minggu lepas

      Padam
  2. tahniah Azie, kaknoor nak cari jugak majalah tu kat Brunei ni, mudahan masih ada lah dapatlah tengok nanti

    BalasPadam