Puding Roti Milo Yang Sedap
Kuliah Zohor Ustaz Zawawi hari ini. Apabila Hambaku bertanya kepada mu tentang Aku, maka Sesungguhnya Aku sangat dekat. Aku akan perkenan apa sahaja permintaan hambaKu. Bukan sahaja Allah mendengar tapi Allah akan perkenankan doa dan hajat hambaNya. Tapi berdoa juga mesti ada kualiti. Orang berdoa dengan meletak diri sebagai hamba, pasti doa nya akan diperkenankan. Adakah kita ketika mengucap doa adalah menpunyai perasan hati seorang hambaNya yang lemah.
Apa ciri ciri seorang hamba? Cirinya adalah orang yang memerlukan. Contoh nak pergi Haji tapi dalam akaun tabung haji hanya ada rm500 sahaja. Agak agak bila kita buat rayuan pada Tabung Haji, apa yang kita nak tulis. Ungkapan berbeza, surat rayuan juga berbeza antara orang yang ada duit saving RM50k dengan RM500.
Doa sebelum berbuka dan selepas berbuka pasti berbeza dari segi nada suara dan ungkapan. Di mana kedudukan hati kita semasa kita berdoa. Ada orang berdoa selepas solat, di mana berdoa sambil tangan melipat sejadah dan ada yang tengah buka WhatsApp. Ianya menunjukkan tangan tidak turut sama memohon. Macam mana doa hendak dikabulkan. Kita sepatutnya bermohon sebagai seorang hamba yang tidak punyai apa apa.
Kedua kita minta banyak perkara berdasar apa yang kita perlu. Adakala doa kita bercanggah antara satu sama lain. Hari ini kita minta ini tapi esok kita minta itu pulak. Tapi Allah perkenankan doa bergantung pada penilaian Allah. Allah bagi hidup kita berdasar apa yang baik pada kita.
Juga kita meminta sesuatu yang bukan milik kita. Contoh kita minta diberi kesihatan yang baik. Kesihatan yang baik adalah bukan milik kita. Ketiga diganti dengan perkara lain. Cth kita minta A tapi dapat B. Allah beri berdasar ilmu yang luas. Masa berdoa dalam keadaan kita tak mampu tahu samada baik atau tidak. Hanya serah pada Allah. Mohon sebagai hamba yang tidak punya apa apa.
Satu hari selepas berterawih, saya ambil keputusan untuk minum minum dan makan moreh dulu. Ternampak agar agar yang dihidangkan. Bila saya mengambil seketul, aduuh sedap lah pulak. Ambil lagi seketul. Hahaha.
Balik dari surau dengan gigihnya ambil ipad dan terus tanya pak cik Google, kot ada jawapan agar agar apa kah itu. Tapi cari punya cari, tak dapat clue pun. Rasanya macam ada seperti agar agar buih juga, ada juga rasa roti sikit sikit. Saya pun syor pada Juita untuk membuat agar agar atau puding sebab boleh juga saya bawa ke surau untuk berbuka. Itulah cerita bagaimana puding ini terhasil.
Saya tak berapa gemar chocolate emulco, jadi guna milo yang memang ada stock di rumah. Alhamdulillah laku juga. Jiran saya Dato Shoib yang kebetulan berbuka di surau hari itu, memberi feedback sedap. Alhamdulillah, risau lah juga sebab kita tak dapat nak merasa dulu kan. Balik dari surau, baru saya dapat merasa. Secukup jer rasa manisnya.
Saya tak berapa gemar chocolate emulco, jadi guna milo yang memang ada stock di rumah. Alhamdulillah laku juga. Jiran saya Dato Shoib yang kebetulan berbuka di surau hari itu, memberi feedback sedap. Alhamdulillah, risau lah juga sebab kita tak dapat nak merasa dulu kan. Balik dari surau, baru saya dapat merasa. Secukup jer rasa manisnya.
Sebenarnya puding atau agar agar adalah kuih yang mudah, cepat disediakan dan yang paling penting sangat mesra dengan tekak waktu berbuka, lebih lebih lagi jika dihidang sejuk sejuk. Memang win... Kalau mahu tengok resepi Puding Batik yang seakan sama dengan resepi ini, boleh klik di SINI. Cuma Puding Batik, tidak menggunakan roti.
Jom layan resepi puding yang sedap di bawah ini. Selamat mencuba...
Puding Roti Milo
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
10 gram agar agar serbuk
3 cawan air
½ cawan gula kaster
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
¼ cawan serbuk milo - bancuh dengan sedikit air panas
Bahan kisar:
½ cawan air
2 biji telur
4 keping roti
¾ cawan susu cair
½ cawan susu pekat
Cara-cara:
Masak serbuk agar agar bersama air dan gula kaster sehingga mendidih.
Kisar roti, telur, susu pekat, susu cair dan air. Kemudian tuang ke dalam periuk agar agar yang telah mendidih tadi.
Masukkan mentega dan kacau rata hingga mendidih lagi. Padamkan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan milo yang dibancuh dengan 1 sudu air panas supaya tidak berbiji.
Ambil 1 senduk warna asal dan tuang di tengah tengah loyang. Kemudian ambil 1 senduk adunan milo dan tuang di atas warna lapisan asal tadi. Buat secara berselang seli sehingga habis. Kena cepat sebelum adunan menjadi beku.
Setelah siap, masukkan dalam peti sejuk sebelum dipotong dan dihidangkan.
Nota:
Boleh ganti Milo dengan koko atau nescafe, ikut yang disukai
Nampak mudah ni. Nanti nak cuba resipi ya.
BalasPadamEmmm... sedapnya kak azie. Bagai terasa2 di tekak. Insyallah akan dicuba pula yg ini. Banyak resepi lain hasil perkongsian kak azie yg telah saya cuba dan keluarga amat menyukainya. Hari ini akan sediakan ayam masak merah juga dr respi yg pernah k.azie kongsikan dulu... family fav! Selamat berpuasa kak
BalasPadamTerima kasih kak Azie berkongsi resepi... Saya suka resepi yg akak postkan... Ada yg saya dah buat.. Menjadi.. N puas hati..salam Ramadhan kak... Pn As
BalasPadamBetul2. Makan agar-agar ketika sejuk. Sodap
BalasPadamakan cuba esok insya allah :)
BalasPadamboleh koyak2 kan roti ke sebelum tuang dlm loyang.
BalasPadamKalau x pakai telur boleh x
BalasPadam