Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua follower blog Azie Kitchen. Taqabbalallahu Minna Wa Minkum. Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci dan termasuk orang orang yang mendapat kemenangan. Aameen. 

Sejak balik dari menunaikan umrah Ramadhan lalu, saya masih belum mendapat mood untuk mengemaskini blog. Banyak jer lauk pauk dan kuih muih yang telah disediakan. Tapi mood untuk berblog belum datang lagi. Semoga sokongan anda semua akan membuatkan saya bersemangat untuk menulis kembali. 


Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Secara jujurnya, saya masih dalam mood umrah di Mekah dan Madinah. Malahan tidur malam juga masih termimpi seolah saya masih di sana, berkejaran waktu untuk ke masjid, berebut dan berhimpit himpit waktu beriktikaf. Belum lagi berebut rebut untuk mengisi air zam zam yang sentiasa penuh dikerumuni. 

Suasana itu, masih terbawa bawa dalam diri saya sehingga ke waktu tidur. Saya masih merindui kurma sukkari yang dijamah waktu berbuka puasa, masih dahagakan air zam zam, masih rindukan solat berjemaah di Masjidil Haram. 

Walau pun penat yang tidak boleh digambarkan dengan kata kata, namun saya sangat tenang dan bahagia di sana. Saya redha atas segalanya. Saya berdoa agar saya dijemput lagi untuk ke tanah suci...   


Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Kali ini saya ingin kongsikan resepi Puding Karamel yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Dua hari berturut turut menyediakan puding yang sangat hot ini. Klik di SINI untuk entri sebelum ini. Memang ramai yang menyukai puding karamel ini. Rasanya yang lembut dan sangat mesra dengan anak tekak. hahaha lebih lebih lagi yang baru dikeluarkan dari peti ais. Rasa air gulanya yang manis manis pahit sangat sangat sedap pada saya.

Jom layan resepi yang saya kongsikan semula di bawah ini. Semoga anda semua dapat mencubanya. Jika dibeli, ianya berharga RM1 untuk sebekas. Jadi sangat menjimat jika disediakan sendiri, dapat makan sehingga puas... Jangan lupa melihat video yang saya sediakan di Instagram Azie Kitchen dan youtube channel Azie Kitchen...



Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Puding Karamel Yang Sedap
Untuk: 20 bekas

Bahan bahan:
¾ tin susu pekat manis
1 tin susu cair
1 tin air
5 - 6 biji telur - buang mata
Esen vanilla

Bahan Gula Hangus:
½ cawan gula pasir
3 cawan air

Cara cara:
Goreng gula hingga perang. Bila gula cair dan bertukar warna, baru masukkan air. Masak sehingga menggelegak dan gula hangus menjadi cair semula. 

Tutup api dan biarkan sejuk sebelum disimpan dalam peti ais. Esok pagi, masukkan ke dalam bekas bekas kecil.

Telur dibuang mata dan dipukul tetapi jangan sampai berbuih. Masukkan semua bahan lain. Kacau sehingga sebati. 

Tuang ke dalam bekas kecil yang telah diisi dengan air gula hangus. 


Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap


Panaskan periuk pengukus sehingga air mendidih. Kukus selama 10 - 15 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. Sentiasa di lap penutup pengukus supaya permukaan karamel menjadi cantik. Atau dibalut penutup pengukus dengan tuala. 




Bila masak, buka tutup pengukus dan biarkan selama 2-3 minit tanpa penutup supaya air permukaan Karamel sedikit kering. Angkat dan sejukkan. 


Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap

Setelah sejuk, simpan dalam peti ais. Sedia untuk dinikmati. 



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

55 ulasan for "Puding Karamel Azie Kitchen Yang Sangat Sedap"

  1. Sdpnya kak azie...insylh sy cuba bt..tq kak azie atas perkongsian resepi

    BalasPadam
  2. salam kak azie...pukul telur tu kene guna mixer ker..atau pukul biasa2 jer..xyah guna mixer. tq kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pkl biasa lembut lembut supaya tidak berbuih. Baru tekstur cantik dan tak berlubang.

      Padam
  3. Gula hangus disimpan semalaman didalam peti ais tak beku ke Azie,tq

    BalasPadam
  4. Kak Azie, mata telur tu mcm mana ya? First time dgr ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ia macam putih berketul. Plg ketara dlm telur itik. Kalau telur ayam, tak buang pun tak apa. Tapibkalau telur itik, sedikit hanyir. Kalau tak nak buang, tapis sahaja. Ia payah dihancur bila di kacau

      Padam
  5. Memang tambah air ke dlm telur?

    BalasPadam
  6. Kak Azie ... kalau gula hangus tu, saya buat dua hari sebelum, akan masih okay ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok jer. Tutup elok elok. Memang elok buat awal awal. Tak da
      Ah tergesa gesa nak buat itu dsn ini

      Padam
  7. assalamualaikum,puding ni akak bukak utk tempahan tak?

    BalasPadam
  8. assalamualaikum..salam perkenalan kak azie sya kalu mask mesti tgk blog masak akk.. semuanya simple tp sgt sedap ..terbaiklah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Salam kenal dari saya buat Laila.

      Padam
    2. Assalamualaikum..nk tnya susu cair tu blh tukar kepada susu full cream blh

      Padam
  9. Ya Allah terliur! Besok jugak nak buat!!!

    BalasPadam
  10. Salam kak azie..slm pkenalan..nk tny kalau x letak susu cair just gna susu pkat sja boleh x??

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je..kita buat dia..tp sedap lg klu campur susu cair..pendapat saya la

      Padam
  11. Kak..Gula hangus mesti tunggu semalaman? Kalau buat terus boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh je nak buat terus..gula tu cpt keras bila sejuk..dia cair ats api je.

      Padam
  12. Saya ambil resipi ya. nak cuba buat bila free.. Thanks in advance .

    BalasPadam
  13. Akk.3/4ssu pekat tu cmne.3/4 dr tin ye.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi asal guna 1 tin. Tpi saya rasa manis. Jadi saya kurangkan. Agak agak sahaja lah. Tinggalkan sedikit dalam tin

      Padam
  14. Kak azie.. Susu pekat tu tin kecik ke tin besar

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum kak Azie....
    Terima kasih atas perkongsian resepi. sy dah pernah buat ikut resepi akk nie mmg sedap. rasanya lemak2 manis jer. cuma puding sy ketara lubangnya mgkn sy ter"guna" mixer masa kacau telur. ramadhan 2018 nie buat lg utk my family. keluarkan dr peti ais makan sejuk2 mmg sangat2 sedap

    BalasPadam
  16. terima kasih atas perkongsian resepi ni...sy guna yee

    BalasPadam
  17. Bila saya masuk air pada gula hangus...terus jadi cair...xpekat2.memang mcm tu ke

    BalasPadam
  18. Assalam kak zie..nak tanye..kalau gula hangus tu tak disimpan dalam peti semalaman (maksudnya terus isi dalam bekas kecil2 dan terus letak bahan puding dan terus kukus) boleh tak?

    BalasPadam
  19. Assalam Pn Azie. . nak tanya kenapa caremal saya jadi berbiji biji atas permukaan dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. Kemungkinan sebab ianya dikacau berlebihan sehingga ada perangkap udara atau masa mengukus.

      Padam
  20. Assalamualaikum...terima kasih atas perkongsian resepi...kini hampir setiap Hari buat SBB family suka Dan mula membuat tempahan utk kenalan yg lain. Minta dihalalkan ye.

    BalasPadam
  21. salam kak azie.. saya nurul.. nak tnya susu cair tu kak guna susu cair jenis apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susu cair dalam tin yang biasa diletak dalam Ais kacang tu.

      Padam
  22. assalammualaikum kak.. boelh tanya ke.. ni 1 resep bise dapat brpe cawan ye? same cawan cam digambar tu?

    BalasPadam
  23. Assalam k. Azie halalkan sya amik resepi nie..

    BalasPadam
  24. Tq share resepi..insyaallah sy try buat

    BalasPadam
  25. assalam k.azie tq diatas perkogsian..mintak hlalkn ye dunia akhirat..🙋🙋

    BalasPadam
  26. Salam kak.. betul ke sukatan susu pekat dn gula karemel tu.. xmanis sgt ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. boleh ubahsuai ikut citarasa sendiri

      Padam
  27. Gula hangus tu betul ke pki 3 cawan air?
    Saya buat x jadi. Tp puding dia ok. Jadi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh kenapa tak jadi. Tengok air gula dalam bekas karamel dlm gambar di atas. Air gulanya bertakung kan

      Padam
  28. Salam kak azie terima kasih bnyk perkongsian akak sy tgk n try buat sebb sy ni baru belajr nk masak, ap2 sy tgk akak punye blog ni... saye nk bertanye, resepi boleh di bakar dlm oven ke? Sbb buat dlm loyang je xde bekas kecil.

    BalasPadam
  29. Salam kak azie. Sy nak tanya. Kalau bekas plastik mcm tu, macam mana nk letak gula hangus tu ya? Tak cair ke bekas tu?? Part ni sy tidak faham. Semoga dpt jawapan. Confused pulak bila baca part ni. ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sis boleh nampak gambar tak dalam entri ni? saya takut sis tak nampak. Itulah yang jadinya tak ada hancur pun. saya guna gambar sebenar yang saya buat. Tak ada tipu tipu. ramai jer yang jual kat kedai tau hidang kat majlis kahwin.

      Padam
  30. Salam kak azie.. nak tnya kalo puding tu xjd licin elok , tekstur dia xcntik kenapa ye? kukus lama bole jd mcm tu ke ? Sbb sy kacau telur tu slow n xberbuih pun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. wslm. jgn kacau lama smp berbuih. yang kedua api masa mengukus bila air jatuh menitis.

      Padam
  31. Assalam..,akak nk tnye..,yg esen vanilla tuu sukatan dye bnykk mne ekk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak agak jer 1 sudu kecil pun boleh

      Padam
  32. salam akak, kenapa gula saya jd keras ya? air mmg kena lebih drpd gula? kena letak selepas dah bertukar warna ya? tak kisah pakai pan atau periuk ke?

    BalasPadam
  33. Nak tanya. Gula hangus tu. Kalau terus tuang dia keras terus tak ..

    BalasPadam
  34. kak azie, kalau saye tambah tepung kastard boleh ke?

    BalasPadam
  35. Terima kasih kak azie diatas perkogsian resepi ni. Saya dah try memang sedap. Nak tanya pendapat kak azie. Ada yg order.. Brp boleh jual utk sebekas tu yer. Tq

    BalasPadam
  36. Kak azie.. Mcm mana nk dapat gula hangus yang cantik sbb kami buat bila buh adunan telur tuh dia jadi mix skali gula hangus tuh. Dia xasing mcm kak azie buat pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak lama sikit sehingga air gula belengas dan melekit. Insya Allah tak bercampur

      Padam
  37. Mcm mna nk bg gula hangus tu keras supaya bila buh adunan telur dia x bercampur.

    BalasPadam