Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tom Yam Thai Sedap

Tom Yam Thai Sedap

Sedikit petikan yang saya salin semasa tazkirah Zohor tafsir dari Surah An Nisa oleh Ustaz Amran. Di akhirat apa yang diamal semasa dunia itulah yang kita dapat. Tak boleh mengharap pertolongan dari sesiapa lagi. Seperti lirik lagu selimut putih, tiada lagi gunanya harta, rakan karib sanak saudara. Jikalau ada amal di dunia, itulah hanya pembela kita. Jika ada orang yang dapat menolong pun kerana amalan baik kita semasa kita hidup dulu. 

Bila mati anak Adam, maka terputus segala amalan kecuali 3 perkara, iaitu doa anak anak yang soleh, sedekah jariah dan ilmu yang bermanafaat. Tapi amal dari orang lain sampai juga pada kita iaitu bekas amal atau kesan amal kita di dunia, akan sampai pada kita. Contoh kita mengajar sesuatu ilmu yang mana kemudian ilmu tersebut diamalkan, kita juga akan dapat beroleh pahalanya. Jadi kita kenalah perbanyakkan berkongsi ilmu yang bermanafaat dan berpesan pesan pada kebaikan. Semoga bermanafaat ya.


Tom Yam Thai Sedap

Alhamdulillah sejak Nana berpindah ke hospital UiTM, setiap hari dia balik memasak untuk makan malam. Kalau dulu, kami balik dari pejabat terus singgah di kedai untuk makan malam. Tapi kini, boleh dikatakan tiap hari makan di rumah. Bila Nana memasak, saya hanya melihat lihat apa apa yang patut di samping mengajar mana mana yang perlu. 

Nana memang pandai memasak tetapi memasak memerlukan praktis juga untuk menghasilkan masakan yang sedap dan cantik. Cantik juga perlu bagi menambah selera. Saya dah beberapa kali menyediakan tom yam menggunakan resepi ini. Ini kalau saya ada masa lah. Kalau tidak, saya hanya menggunakan pes tom yam segera. Namun begitu, lebih puas hati jika dapat menyediakan sendiri hidangan untuk keluarga. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. 

Jom layan resepi yang kami gunakan pada hari ini. Sangat mudah, malahan pes tomyam boleh dibuat banyak banyak dan simpan untuk kegunaan di masa hadapan...


Tom Yam Thai Sedap

Tom Yam Thai
Oleh: Azie Kitchen


Bahan Pes Tom Yam:

7 ulas bawang merah
1/2 biji bawang besar
3 biji cili merah
10 biji cili kering
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 sudu besar udang kering
4 helai daun limau purut
1 inci belacan - bakar
Air asam jawa
Gula dan garam

Cara cara:
Semua bahan di atas di kisar. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.


Bahan Sup Tom Yam:
Ayam - potong kecil
Makanan laut (udang, sotong, lala)
1 labu bawang besar-di potong 6
5 ulas bawang putih-di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
2 batang serai - di ketuk
6 helai daun limau purut
2 biji buah tomato - belah 6
2 ketul kiub tomyam
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis
3 sb susu cair (tak bubuh)
6 biji cili padi-di ketuk
Garam
Daun ketumbar

Sayuran:
Bunga kubis
Karot
Cendawan
Putik jagung

Cara cara:
Rebus ayam beberapa minit. Masukkan bawang besar, bawang putih dan daun limau purut, serai, cili padi dan lengkuas.


Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar.



Bila sudah sebati mendidih, masukkan sayur sayuran. Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi, sos ikan, perahan limau nipis dan garam.



Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar. Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas.

Selamat mencuba...



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

21 ulasan for "Tom Yam Thai Sedap"

  1. terima kasih puan Azie atas perkongsian yg sgt bermanfaat... izinkan sy menceduk resipi puan ya.semoga Allah memberikan ganjaran besar kpd puan yg sudi berkongsi ilmu di bidang masakan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Silakan. Terima kasih kerana sudi menulis komen di sini

      Padam
  2. Kak Azie sdpnyee...tq..insha Allah sy cuba nanti..

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum. Kak Azie boleh tahu cendawan apa yg sesuai utk tomyam ni? Dan macam mana cara masukkannya, adakah hanya perlu basuhkannya dan masukkan sekali sayuran lain..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Cendawan tiram. Basuhkan dan masuk. Kalau besar, belah lah 2 atau 3

      Padam
  4. Assalamualaikum...kak azie kalau dah pakai pes tomyam resepi akak ni..kiub tom yam perlu juga tak?

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. sedapp...nyeee

    BalasPadam
  7. assalam k.azie..nk try la resepi tomyam ni..tq ya

    BalasPadam
  8. assalamualaikum resepi kak azie memang terbaik.klu nak masak mesti refer resepi kak azie.tak pernah x sedap.terima kasih.

    BalasPadam
  9. salam kak.. bwang² tu xtumis dlu ke

    BalasPadam
  10. Resepi untuk berapa orang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pasti. cubalah sediakan sendiri dan tengok utk berapa orang makan. Saya masak utk famili sendiri dan mereka makan menambah nambah dan berulang ulang.

      Padam
  11. Buku masakan online bg sy adalah dr resepi kak azie... Nak masak mmenu² baharu... Pasti di blog ini yg menjadi pusat rujukan. Tq byk² kak azie ktn berkongsi resepi ngan kami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan lupa beli buku resepi saya. Rugi kalau tak beli sebab buku masakan boleh diturunkan ke anak cucu. Ilmu yang kekal selamanya.

      Padam
  12. Terima kasih Puan azie sbb buat page masak2 ni.. Amat berguna kepada saya yg xmahir masak...

    BalasPadam
  13. Salam puan azie. Pes tomyam berapa sudu ea? N kalau guna instant pes tomyam, brand ape yg puan pernah try?

    BalasPadam
  14. Hari ni saya cuba buat resepi tomyam paste kak azie ni. Menjadi sgguh dan sedap pulak tu. Saya akan buat stok masuk dlm peti ais nnti. Tkasih byk kak azie.

    BalasPadam