Sotong Celup Tepung
Hari ini adalah hari cuti setiap tahun sebagai meraikan Hari pekerja. Bila cuti jatuh pada hari Isnin, sangat terasa cuti yang merehatkan. Saya dan suami ke MKIC untuk melawat Juita yang akan menduduki peperiksaan A Level bermula pada 3 Mei. 2 hari di sana mnenemankan Juita study. Seperti dijangka perjalanan balik yang terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas di Karak sehingga masuk ke Gombak. Semoga Juita dan rakan rakan dipermudahkan untuk menghadapi peperiksaan A Level dan lulus dengan cemerlang. Aamiin. OK kita tinggalkan dulu bab perjalanan saya di cuti panjang.
Sekarang kita masuk sedikit bab pesanan dan peringatan buat kita semua. Bila kita melakukan sesuatu amalan dengan berilmu kita akan mendapat ganjaran yang lebih. Itulah pentingnya untuk kita menghadiri majlis ilmu. Ianya adalah taman syurga. Jika taman syurga di dunia, tidak kita kunjungi, apakah kita layak untuk mendapat syurga di akhirat kelak?
Contoh yang saya ingin kongsikan ialah solat Dhuha yang merupakan solat sunat yang ramai sekali melakukannya. Namun jika kita tahu waktu yang paling afdhal untuk melakukannya, kita akan mendapat pahala yang lebih. Waktu seperti yang diajar oleh Rasulullah. Walaupun waktu solat Dhuha adalah pagi kira kira matahari tinggi segalah dan berakhir kira kira 15-30 minit sebelum solat Zohor, namun waktu paling afdhal adalah waktu di mana anak unta beralih tempat iaitu kira kira dalam pukul 10.00 ke 10.30 - 11.00 pagi. Semoga kita dapat melakukannya dengan istiqamah dan mencari yang lebih afdhal. Harap ianya memberi manafaat.
Saya dan keluarga memang suka makan sotong celup tepung. Tapi kalau order sotong celup tepung di restoran, kena tengok dulu. Kerana silap silap bukan dapat sotong celup tepung tapi dapat cekodok sotong. Hahaha. Cara nak buat sotong celup tepung ni, kena tahu teknik supaya tepung melekat dengan elok di sotong. Pertama sotong kena betul betul kering. Dilap dengan tisu dapur. Kemudian, sotong dicelup dalam telur kuning, sebelum disalut dengan tepung. Setelah diangkat dari kuali, sotong mesti ditos dan kalau boleh masukkan dalam bekas yang dilapik tisu dapur dulu. Kalau kita makan di restoran besar, memang sotongnya bersalut cantik. Sotong celup tepung hari ini, disediakan Nana dengan dibantu Alain. Saya cuma menengok dan menasihat apa apa yang patut sahaja. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini.

Jom layan resepi dan cara menyediakan sotong celup tepung yang mudah dan sedap di bawah ini.
Sotong Celup Tepung
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Sotong - lap dengan tisu dapur hingga kering
Telur
Tepung gandum
Tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
Cara cara:
Telur
Tepung gandum
Tepung serbaguna
Minyak untuk menggoreng
Cara cara:
Sotong yang dihiris dilap dengan tisu dapur sehingga benar benar kering. Celup sotong di dalam telur. Kemudian masukkan ke dalam tepung gandum.
Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.
Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan...
Selepas itu, dicelup pula ke dalam tepung serba guna. Sedia untuk digoreng.
Goreng di dalam minyak yang agak banyak dan betul betul panas sehingga berwarna keemasan. Jangan digoreng terlalu lama kerana ianya akan menyebabkan sotong menjadi liat dan keras.
Angkat dan tos atas tisu dapur. Sedia untuk dihidangkan...
wah.. sedap ni. tq kak azie
BalasPadamKak azie tulis lh resepi yg senang di masak oleh students yg duduk kat hostel..
BalasPadamwah.. sangat sedap ni resepi sotong celup tepung. nanti saya cuba buat untuk menu berbuka puasa.. hehehe
BalasPadamTerima kasih share... Mmg suka sgt resepi nie... Tq kak azie
BalasPadamNak masak malam ni terus kak Azie. 😄
BalasPadamSelamat mencuba
Padammmg sedap terima kasih
BalasPadamTq Kak Azie. Sy mmg selalu guna recipe Kak Azie, sampai dari tak tau sgt masak sampai la skarang dh okay. Semua recipe Kak Azie yg sy try mmg jadi. Husband and family pn mmg suka. Moga murah rezeki Kak Azie, InsyaAllah
BalasPadamAameen. Terima kasih atas doa. Semoga kita semua dalam lindungan Allah jua
PadamTq kak azie...bnyk dah sy ikot petua akaaaak ...dalam memasakkk
BalasPadamAssalamualaikum kak azie... Sy memang suka ikot resepi kak azie.. Simple tp sdapp..suami n ank2..terima kasih kak azie sudi kongsikan resepi.. Semoga kak azie dimurahkan rezeki..aamiin
BalasPadamSlm nk ty..tepung sberguna tu tepung ape kak?
BalasPadamsalam kak azie tepung serbaguna tu tepung apa
BalasPadam