Ayam Masak Kurma Yang Sedap
Insya Allah lagi 2 hari kita akan melangkah ke bulan Ramadhan. Doakan agar kita dapat masuk ke bulan Ramadhan dan semoga ianya menjadi Ramadhan terbaik dalam hidup kita. Sesungguhnya harga syurga sangat murah di bulan Ramadhan. Sesiapa pun boleh membelinya. Inilah tawaran hebat yang Allah kurniakan untuk umat Nabi Muhammad SAW. Kuliah di Surau Ad Dhuha di mana Ustaz Mat Som menyebut Allah memanjakan umatnya di bulan Ramadhan. Mukmin yang tahu kelebihan Ramadhan, kalau boleh mahu setiap hari adalah bulan Ramadhan. Seandai manusia tahu apa yang ada dalam Ramadhan, pasti mereka mahu setiap hari adalah Ramadhan. Perbanyakkanlah langkah dan jalan jalan ke masjid. Orang yang seronok dengan kedatangan Ramadhan adalah dikira sebagai amal hati. Orang yang tidak suka dengan Ramadhan adalah dikira maksiat dan berdosa besar.
Kita perlu merancang apa yang perlu dibuat di bulan Ramadhan. Berapa juz Al Quran yang mahu kita baca. Baca Al Quran dalam bulan Ramadhan akan dapat pahala wajib. Seperti mendapat pahala mendapat pahala bacaan Al Fatihah dalam solat. Membaca surah Al Fatihah dalam dan luar solat, pahalanya tak sama. Setiap satu huruf dapat 10 pahala didarab lagi dengan 70 bagi amalan wajib. Jadi kita kena rancang bagaimana untuk khatam Al Quran. 1 juz ada 10 helai. Setiap kali selepas solat 5 waktu, kita baca 2 helai. Satu hari dapat habis 1 juz. Ibadah sunat dapat pahala solat wajib.
Teringat pesanan Ustaz Zul Ramli supaya memperbanyakkan doa pada kedua ibubapa hatta yang telah meninggal. Mereka seolah tangan menggapai memohon pertolongan. Teringat kepada arwah ibubapa yang telah mendidik saya. Mereka selain mengajar dan mendidik, juga menunjukkan contoh tauladan pada kami seperti rajin mengaji, solat secara berjemaah dsb. Malahan saya mengaji dengan arwah ayah sendiri. Sangat garang. Jika saya liat atau malas mengaji setelah dipanggil berkali kali, pasti yang akan singgah di belakang adalah penyapu lidi.
Sekarang masuk bab resepi pulak. Lauk ini dimasak selepas Nana balik dari hospital. Jadi waktu sudah agak lewat petang. Matahari pun dah semakin gelap. Jadi saya agak tergesa gesa, terus menceduk dari kuali dan letak dalam pinggan untuk snap gambar hari ini. Jadi kuahnya kelihatan tidak berapa terbit minyak lagi ketika gambar ini diambil. Selepas itu, saya kemudian menyambung merenih kuah sehingga betul betul pecah minyak.
Biasanya anak anak tak suka masakan kurma. Aween pernah minta suruh tukar menu bila diberitahu saya ingin memasak kurma. Tapi memang mengejutkan kerana masakan lauk kurma hari ini habis licin dengan sekali makan sahaja. Teringat semasa arwah ayah masih ada, arwah Bonda suka memasak Kurma Otak lembu. Ini adalah kerana tidak semua orang rajin dan pandai untuk mengerjakan kepala lembu untuk mendapatkan otaknya. Jadi kerana arwah ayah tahu, saya suka makan otak lembu, dia akan menyiangnya seorang diri. Selepas ayah meninggal, tidak ada lagi orang sanggup melakukannya. Sejak itu, saya juga tidak lagi makan masak kurma otak lembu.
Biasanya anak anak tak suka masakan kurma. Aween pernah minta suruh tukar menu bila diberitahu saya ingin memasak kurma. Tapi memang mengejutkan kerana masakan lauk kurma hari ini habis licin dengan sekali makan sahaja. Teringat semasa arwah ayah masih ada, arwah Bonda suka memasak Kurma Otak lembu. Ini adalah kerana tidak semua orang rajin dan pandai untuk mengerjakan kepala lembu untuk mendapatkan otaknya. Jadi kerana arwah ayah tahu, saya suka makan otak lembu, dia akan menyiangnya seorang diri. Selepas ayah meninggal, tidak ada lagi orang sanggup melakukannya. Sejak itu, saya juga tidak lagi makan masak kurma otak lembu.
Jom layan resepi yang kami gunakan pada hari ini. Resepi tapi mungkin cara menyediakan berbeza antara seorang dengan yang lain...
Kurma Ayam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 ekor ayam
5 ulas bawang merah - hiris
4 ulas bawang putih - hiris
1 biji bawang besar - belah 4 tapi jangan putus
2 biji ubi kentang
1 biji buah tomato - belah 2
Rempah penumis - bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
3 sudu besar rempah kurma
1 kotak santan kotak - campur air secukupnya
Garam
Gula
Serbuk perasa
Asam keping
1 sudu kecil kerisik
Bahan kisar:
4 ulas bawang merah
1 inci halia
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis dan bawang merah serta bawang putih yang dihiris sehingga kekuningan.
Masukkan bawang merah dan halia yang dikisar. Kacau rata sehingga wangi. Masukkan rempah kurma. Kacau rata. Tumis sehingga rempah kurma terbit minyak.
Masukkan ayam, bawang besar dan ubi kentang. Kacau rata dan biarkan sehingga ayam kecut dan naik minyak.
Akhir sekali, masukkan buah tomato. Setelah kuah naik minyak cantik, bolehlah ditutup api.
Sedapnya masak kurma tu.. Selamat berpuasa
BalasPadamNak Cuba buat..
BalasPadamNak Cuba buat. Slmt berpuasa.
BalasPadamSedap
BalasPadamaym x digoreng dulu ye...mcm senang..nk cuba buat..trima kasih..
BalasPadamTerima kasih ats perkongsian ilmu dunia dn akhirat...
BalasPadamDi try buat...memang sedap...cucu2 pun suka cause tak pedas.....tq ...kami share ye....
Padamkalau kerisik tu takde takpe ke?
BalasPadamBoleh juga tapi lebih sedap dg ada kerisik
Padamnak cuba ler..nak bawak ke masjid berbuka
BalasPadam1 kotak santan tu kotak 200ml / 500ml / 1000ml.
BalasPadamSaya dah Cuba, mmg mudah & sedap - yati
BalasPadamNak tanya, kalau kerisik tu yg kita beli dlm pek, dia mcm ada keluar minyak dah, elok lagi tak?
BalasPadamKlu yg ready made mmg ada minyak. Tak tahu apa yg depa buat. Klu terdesak, saya guna juga.
PadamMemang sedap resepi ni. Thanks sbb kongsi.
BalasPadamtak pernah buat, tengok kak azie share resepi simple mcm ni harapnya menjadi la ye hihi
BalasPadamsaya amek ye resepi akak. terima kasih sebab kongsi resepi
BalasPadamSantana tu holeh diganti dengan susu cair ?
BalasPadamBoleh
PadamTeringin nak bertemu puan azie. Saya mmg sentiasa mencuba resepi puan..dari masa belajar diluar negara sampai lah dah kawin dan menetap di malaysia. Terima kasih atas perkongsian resepi. Alhamdulillah resepi puan selalu menjadi. Tabarakallah ��
BalasPadamhye saya selalu mencube resepi di sini n memang sedap2x dan menjadi suami pun puji huhu..thanks kak azie kerane share ilmu yang sedap dan terbaik..
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi pn azie...insyaallah mak sye akan suke dgn masakkan sye nanti😊😊
BalasPadamMINTA IZIN RESEPI SIS..MAU CUBA
BalasPadamKlau nk bt msak kurma telor pun caranya sama jgk kan puan Azie?
BalasPadamya sama
Padamni berapa org makan ye ?
BalasPadamsantan berapa ukuran ya? 200,500ml?
BalasPadamTerima kasih. Resepi Dari Azie Kitchen antara yg selalu menjadi rujukan saya bila memasak. Lepas pencen ni hari2 mà sak. Wife selalu balik lewat.
BalasPadamKalau takde letak kerisik ad efectkn kekurangan pada rasa masakan atau pada rupa paras masakan sahaja tnpa jejaskan apa2 rasa pada masakan yer?
BalasPadamTq atas prkongsian lebih lnjut.
Kalau ada lagi sedap
PadamAlhamdulillah. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi. Sejujurnya saya sering menggunakan resepi dari puan dalam menyediakan makanan untuk keluarga saya kerana saya resei puan selain dari mudah, bahan-bahannya juga agak simple dan senang untuk dicari. Teruskan usaha puan dalam berkongsi kebaikan dan semoga Allah swt memudahkan urusan puan sekeluarga. In shaa Allah
BalasPadam