Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin


Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin

 
Hari jadi saya tahun ini lebih istimewa dari tahun tahun sebelumnya. Pertama kerana rezeki saya dimurahkan. Penglibatan saya sebagai blogger yang bermula hanya atas dasar dan niat ingin berkongsi ilmu, kini menjadikan saya dikenali dan menpunyai ramai follower yang mewarnai baki baki usia saya. Kedua, saya mendapat surprise birthday cake dan diraikan rakan rakan sekerja yang memang menceriakan hari saya. Boleh klik di SINI. Ketiga mendapat hadiah dari Hubby yang berupa brooch kristal yang sangat cantik. Berulang kali saya membeleknya. Cantik dan sesuai dengan citarasa saya. Dan yang paling istimewa ialah saya bergambar dengan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin sehari sebelumnya. Tengku Permaisuri ketika itu sudah hendak menaiki kenderaan rasmi bersama DYMM Sultan Selangor. Tapi mendengar permintaan saya untuk bergambar, Tengku Permaisuri berpatah balik dan terus pose. Saya mengenali Tengku Permaisuri sejak beliau membaca berita di RTM. Kalau selebriti lain, saya tak kenal dan tak ingat pun nama, apalagi wajah mereka. Tapi tidak dengan Tengku Permaisuri, di mana bukan sahaja ingat nama tapi juga rupa paras sekali. Kini, setelah bergelar Tengku Permaisuri Selangor, lebih lebih lagi dikenali. 

Serious, Tengku Permaisuri sangat cantik, sangat sempurna di mata saya bagi seorang wanita Melayu. Secantik gambar. Alangkah bertuah jika saya menjadi secantik Tengku Permaisuri. Tinggi lampai dengan potongan badan yang cantik, berkulit putih kemerahan yang gebu mulus, gigi yang cantik tersusun putih bak mutiara. Sepanjang beberapa jam berada dalam majlis dengan Tengku Permaisuri, beliau sentiasa dalam keadaan cantik dengan senyuman yang tidak lekang di bibir. Saya memang seorang yang sangat teliti bab penampilan. Saya akan melihat seseorang dari rambut hingga ke kaki gitu. Cara Tengku Permaisuri duduk, berdiri, berjalan semuanya cut out of a Queen. Cara bertutur, cara senyum, cara ketawa semuanya kelihatan manis, anggun dan berpenampilan.




Saya memang meminati golongan kerabat sejak di bangku sekolah menengah lagi. Sekali sekala, penampilan yang sangat anggun Tengku Permaisuri, ada iras dengan Raja Dato' Sri Eleena Sultan Azlan Shah yang juga merupakan antara wanita anggun yang saya minati. Bukan sahaja Raja Eleena tetapi juga Bonda beliau, Tuanku Bainun juga antara wanita yang saya minati.



Sesungguhnya saya sangat bertuah kerana berpeluang bergambar berdua dengan Tengku Permaisuri. Inilah hadiah harijadi yang paling manis dan teristimewa untuk tahun ini. Terima kasih tidak terhingga kepada Tengku Permaisuri...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin "

  1. Macam sama persepsi kita terhadap Tengku Permaisuri.

    BalasPadam
  2. cantik sangat keduanya....Tengku Permaisuri lembut wajahnya..manis...

    BalasPadam
  3. TQ kak azie atas bermcm ilmu resepi yg dikongsi. Bagi saya kak azie lagi cantik, bertudung menutup aurat.. akhlak yg cantik lebih kekal utk kita bawa ke kg akhirat, InsyaAllah...

    BalasPadam