Sup Daging Nana Ain Yang Sedap
Satu kelemahan saya dari dulu hingga sekarang ialah tidak dapat membuat keputusan sendiri dalam bab berfesyen. Saya perlukan input dari orang lain. Itu sebab bila ke Jakel, saya perlukan sales assistant yang boleh memberi input akan sesuatu design atau corak. Saya akan mendengar apa yang diperkatakan sehingga ianya dapat menyakinkan saya akan sesuatu pilihan. Kakak saya, Cikgu Asiah yang baru bersara awal baru baru ini memang sejak zaman remaja seorang yang anggun dalam berfesyen.
Kakak saya memang sangat cantik semasa remaja, malahan sehingga kini masih terserlah keanggunannya. Menpunyai citarasa tinggi. Dia adalah idola saya di mana dalam segala segi saya ingin mengikutnya. Sehingga set pinggan pertama saya juga adalah mengikut corak set pinggan Arcopal di rumah kakak. Baju baju dia pantang ada di rumah, sayalah yang akan mengebasnya. Seronok bila dapat bergaya dengan baju kakak. Semasa mendaftar masuk ke universiti, beberapa helai baju kakak juga saya rembat sebagai pakaian saya ke kuliah. Bukan sahaja pakaian tetapi bab rambut, dia yang memotong sendiri rambut saya menyebabkan saya tidak reti untuk memilih fesyen rambut sendiri.
Kakak saya juga sangat pandai di sekolah, aktif bersukan dan pandai memasak. Minat memasak dalam diri saya pun dipupuk secara tidak langsung apabila biasa menemani dia mencuba pelbagai resepi masakan dan kuih muih. Masih ingat lagi dia menyediakan sejenis kuih Raya yang sangat femes di Bukit Piatu Melaka. Ketika itu, dia belajar di Sekolah Menengah Teknik di sana. Katanya masyarakat di sana berlumba lumba untuk menghasilkan kuih yang dicanai nipis. Sejak dari Tingkatan Satu, beliau telah memasuki sekolah aliran Inggeris berasrama Sekolah Menengah Zainab yang merupakan sekolah elit di Kelantan untuk pelajar perempuan. Dialah kebanggaan dan kesayangan kami sekeluarga.
Berbalik pada fesyen, sehingga kini saya mengakui yang saya tidak menpunyai citarasa sendiri dalam berfesyen. Taste yang ada pada kakak saya kini ada pada Nellisa, anak saya yang kedua di mana beliau yang memilih corak dan rekaan pakaian saya. Apa yang lihat tidak cantik pada mulanya, tapi bila dipilih oleh beliau, saya akan melihat keunikannya. Saya cuma tahu mahukan sesuatu yang berkualiti tinggi yang dilihat dari harga yang mahal. Sedangkan kakak saya memilih yang cantik dengan harga murah. Amat ketara berbeza dengan saya. Jadi kakak saya bila bershopping, akan menghabiskan masa yang lama dan terkenal di kalangan keluarga kami. Pendek kata penat betis kalau mengikut dia bershopping. Cukup setakat ini kisah kakak saya. Sekarang kita masuk sedikit bab masakan.
Berbalik pada fesyen, sehingga kini saya mengakui yang saya tidak menpunyai citarasa sendiri dalam berfesyen. Taste yang ada pada kakak saya kini ada pada Nellisa, anak saya yang kedua di mana beliau yang memilih corak dan rekaan pakaian saya. Apa yang lihat tidak cantik pada mulanya, tapi bila dipilih oleh beliau, saya akan melihat keunikannya. Saya cuma tahu mahukan sesuatu yang berkualiti tinggi yang dilihat dari harga yang mahal. Sedangkan kakak saya memilih yang cantik dengan harga murah. Amat ketara berbeza dengan saya. Jadi kakak saya bila bershopping, akan menghabiskan masa yang lama dan terkenal di kalangan keluarga kami. Pendek kata penat betis kalau mengikut dia bershopping. Cukup setakat ini kisah kakak saya. Sekarang kita masuk sedikit bab masakan.
Hari ini saya mahu kongsikan Sup Daging yang disedikan Nana. Selain sup daging, kami juga memasak Ikan Siakap 3 Rasa yang sangat mudah dan sedap. Boleh klik di SINI. Sup seperti ini sedap juga menggunakan ayam tapi kalau ayam, tak perlulah dimasak dalam pressure cooker. Hahaha ini pesanan untuk anak anak yang baru belajar memasak lah. Nana pandai merasa masakan menyebabkan apa yang disediakan sedap dan secukup rasa. Kelebihan ini, tidak ramai yang miliki. Kadang kadang kena rasa berulang kali bagi menentukan samada sudah cukup asam garam sesuatu masakan.
Jom layan resepi yang mudah tapi sangat membangkitkan selera terutama di kala badan tidak berapa sihat. Saya dijangkiti virus influenza yang menyebabkan saya demam dan tidak sihat agak lama. Menurut doktor, ianya boleh memakan masa sehingga 6 minggu mengikut ketahanan badan masing masing. Jadi bila dapat menghirup kuah sup seperti ini, memang nyaman sekali rasanya.
Sup Daging
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Daging
1-2 biji ubi kentang - potong kecil
1 batang karot
Daun sup
Bawang goreng
Limau kasturi
Garam
Ajino-moto
Bahan Penumis:
5 ulas bawang merah - tumbuk kasar
3 ulas bawang putih - tumbuk kasar
1 inci halia - tumbuk kasar
1 sup bunjut
Kulit kayu manis, bunga lawang
Cara cara:
Rebus daging menggunakan pressure cooker.
Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan tumis sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan kemudian masukkan ubi kentang dan karot. Masak sehingga ubi kentang lembut.
Setelah daging empuk, tuang bahan yang ditumis ke dalam daging yang direbus. Masukkan garam, sedikit ajino-moto dan sesuaikan rasa.
Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng, daun sup serta sedikit air limau kasturi.
Best pulak bc cerita kakak puan ni. Setiap org ada klbihannye. Mcm puan pndai memasak dan pndai menulis juga. Nelisa pndai memilih corak
BalasPadamdn Nana pndai merasa mknn. Saya rasa sy pon pndai merasa mknn tu mcm Nana tp xpndai memasak pula. Tp sbb xpndai msk la sy smpai ke blog ni dgn carian kari ayam smlm. Lps ni sy nk bc setiap post dlm blog ni sbb menarik penulisannye. Tq pn Azie :)♡♡.
P/s: Nana tu ank Pn juga ye :p ?
Tersenyum saya membaca komen Nurul. Terima kasih atas komen. Betul tu, setiap orang menpunyai kelebihan masing masing. Nana adalah anak sulung saya.
PadamResepi dr akk mmg best semua nye..
BalasPadamThank atas perkongsian resepi... Saya ni tukang masak. Anak2 saya amat mengemari air tangan puan. Simple dan yg bagusnya enak. Tak berpeluh ketiak time nak cari barang. Kebanyakkan reaepi puan saya cuba pada anak2 saya. Alhamdulillah saya dapat tumb.. Tak rugi berkongsi. Di hrpkan puan success hendaknya....
BalasPadamdah lama follow azie kitchen cuma harini tergerak nak menulis. Tq so much puan sbb adanya blog puan masakan saya semakin sedap. Teringat kali pertama masak kurma untuk arwah ayah siap bubuh rempah kurma banyak sampai sakit perut arwah hahahaha. Ayah siap pesan dalam masakan kena ada masin masam manis. kena balance tp tak paham2 juga time. sampai time kahwin pun siap suami yang ajar masak. Alhamdulillah skrg x perlu malu nak masak dah sbb resepi semua ada dalm blog Puan. Terima Kasih
BalasPadamsy selalu follow blog azie kitchen...bkn setakat dpt resepi tp sy juga seronok mmbaca penulisan sis..thanx kak atas perkongsian pengalaman dn resepi..moga sis di murahkan rezeki dn diberi kesihatan yg baik
BalasPadamSama lah dengan saya hahahaha.......
PadamAlhamdulillah..baru je try buat sup daging...lama daa umi nk makan..tq kak azie..smua pakat dok puji sedap😊
BalasPadamSemua resepi azie kitchen mudah dan sedap..hihihi
BalasPadamHampir semua masakan saya akan rujuk resipi kak azie walaupun ada yg sy dh biasa masak...sy msh nk rujuk sbb Sgt puas hati...terima kasih atas perhatian, bukan shj resipi malah penulisan yg ringkas penuh pengisian...
BalasPadamTerima kasih berkongsi resepi sup daging. Sebelum ni selalu makan kat kedai ja. Tapi selalu pindah-pindah kedai sebab masakan kedai kegemaran tak konsisten atau makin tak sedap. Akhirnya, saya dan isteri fikir bagus masak sendiri. Hihih
BalasPadamSaya sangat bersyukur puan azie rela hati kongsi pelbagai resepi masakan dengan kami. Semoga kak azie dilimpahi rezeki yg banyak selalu dan sihat. Bantuan puan azie mmg tk ternilai harganya
BalasPadamTerima kasih atas perkongsian resepi² yg mmg best,sy yg bujang ni dr x tau msk skrg dh tererr hahahaa...
BalasPadam