Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Ketam


Masak Lemak Cili Padi Ketam


Sebenarnya hari ini adalah hari jadi saya. Telah setahun lagi usia meningkat. Walaupun kita biasa mendengar yang umur hanyalah sekadar angka, tapi saya melihatnya sebagai baki umur yang kian pendek. Semoga Allah menunjukkan saya dan kita semua petunjuk dan hidayahNya. Berbalik pada hari jadi saya, memang sangat terharu dengan ingatan rakan rakan pejabat khasnya Radzuan yang kami panggil dengan Wan kerana telah membelikan kek sempena hari jadi saya. Beliau memang sangat prihatin dan selalu cuba mengembirakan hati kawan kawan. Itu sebab Wan disenangi oleh ramai rakan sepejabat. Terima kasih tidak terhingga. 

Malam tadi, Hubby juga membuat kejutan dengan memberikan hadiah brooch yang sangat cantik. Sebetulnya telah agak lama kami tidak mengamalkan pemberian hadiah. Sekadar ucapan hari jadi dan keesokannya, keluar makan malam dengan semua anak anak. Itulah sampai saya bertanya siapa yang beri hadiah ini. Yang sebetulnya saya pun terlupa akan hari jadi sendiri.






Sebelum masuk bab resepi, jom kita baca tazkirah Zohor Ustaz Najhan kitab Ayyuhal Walad iaitu Nasihat Imam Ghazali ke 20 iaitu Ikhlas. Apa erti ikhlas? Ikhlas ialah segala amalan mu hanya untuk Allah. Dan hati tak rasa senang bila menerima pujian dan tak terkesan dengan kecaman mereka. Perbetulkan hati kita kerana hati tempat pandangan Allah pada seseorang. Allah hanya pandang hati manusia. Bukan jasad dan anggota badan manusia. Kena kukuhkan hati iaitu dasar hati. Dasar yang betul dan jernih. 



Add caption

Ikhlas ialah bila engkau jadikan semua amalan mu hanya untuk Allah. Khasnya ibadah. Hati engkau tak terasa apa apa bila dipuji atau dicela. Hati tak terkesan dengan apa apa pujian atau celaan manusia. Malahan kita tak suka orang puji. Dan tak rasa hina atau kecil hati bila dicerca. Bila kita tahu samada kita buat sesuatu untuk Allah? Ianya bila kita dapat respon dari orang lain. Ketika itulah, kita akan tahu keikhlasan kita yang sebenar.

Sekarang kita ubah ke topik masakan pula. Saya teringat yang sekarang ini tengah bulan penuh atau bulan mengambang. Jadi ketam akan berisi padat. Sempat lagi pesan supaya hanya membeli ketam betina. Ketam betina mempunyai bentuk seperti tiga segi bawah perut yang agak lebar. Jom layan resepi Masak Lemak Ketam saya pada hari ini. Masak Lemak mesti berkuah pekat, barulah sedap. 


Masak Lemak Cili Padi Ketam

Masak Lemak Cili Padi Ketam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
5 ekor ketam betina
6 tangkai cili padi kampung
2 inci kunyit hidup
Garam
Daun kunyit - hiris
1 kotak santan kotak

Cara cara:
Cili padi dan kunyit dihiris kecil dan ditumbuk lumat. Masukkan garam untuk memudahkan bahan tumbuk menjadi lumat.




Masukkan bahan tumbuk dalam kuali dan nyalakan api. Dikacau seketika sebelum dimasukkan santan dan air bagi menjadikan santan cair. Bila santan hampir mendidih, masukkan ketam.




Setelah ketam masak, masukkan pula santan pekat. Akhir sekali, masukkan daun kunyit.


Masak Lemak Cili Padi Ketam

Nota:
Untuk masakan udang atau ketam, saya tak letak asam keping.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Ketam"

  1. Assalam Kak Azie, wow. Sy pun suka pilih ketam betina masa nak beli tapi sejak akhir2 ni mcm dah susah nak jumoa la

    BalasPadam
  2. sedapnya kak azie...Terliurr..

    www.farahsanusi.com

    BalasPadam