Sebuah ikatan perkahwinan perlu di war war kan dan diraikan. Tiadalah majlis resepsi perkahwinan tanpa kehadiran tetamu. Bila ditanya siapa VIP majlis resepsi Nana, saya akan menjawab semua tetamu adalah VIP. Mereka amat istimewa. Tanpa mereka, tiada lah kemeriahan majlis resepsi. Selain keluarga kedua dua belah pihak, kehadiran sahabat handai dan jiran tetangga amat dihargai. Saya menjadi seorang yang lebih menghargai persahabatan dengan adanya majlis ini terutama rakan sejak zaman persekolahan dan zaman kampus yang telah seperti adik beradik. Mereka sanggup datang dari jauh untuk menghadiri majlis ini. Menyebut beberapa nama tetamu yang datang dari luar Kuala Lumpur antaranya adalah Dato Hashim Hamzah dari Kedah, Dato Wan Nazari dari Terengganu, Dato Syed Nasaruddin dari Pahang, Dato Ibrahim dari Melaka, Prof Dr Mohad Anizu dari Kelantan, Encik Abu Bakar Shaari dari Pulau Pinang, Kol (B) Mohd Ramzi dari Johor, Datuk Ahmad Hizzad dan Encik Azuddin dari Labuan dan mungkin ada ramai lagi yang saya tidak menyebutnya sini.
Seperti dijanjikan sebelum ini di SINI, hari ini saya ingin kongsikan sebahagian dari tetamu yang hadir yang gambar gambar mereka sempat dirakamkan di lensa kamera jurugambar yang dilantik untuk majlis resepsi di Dewan Merak Kayangan...
Adun Kota Damansara YB Datuk Hajjah Halimaton Saadiah dan suami
Haji Adnan Abd Rahman dan Yang Dihormati Dato' Salehuddin Saidin
Datuk Abdul Khalil dan Dato Puteh Rukiah
Datin Tengku Nurzaheran dan Datuk Zakaria Abd Rahman
Dato' Seri Dr Sheikh Nordin dan Datin Seri Noniswara
Kapten Abd Rahman, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, YM Raja Zulkifli & En Adlin Murtadza
Datin Rohani, YB Datuk Hj Mohd Idris Jusi, En Che Din Hj Sulaiman, Dato' Rahim Ismail & Datin Ismati
Kol (B) Mohd Ramzi dan Puan Kamsiah
Pn Rasanubari Asmaramah, Dr Nafsiah Rashid, Hj Shaharuddin, En Haszeri Hussin & Dr Zalina
Puan Asmawati, Datuk Muez Aziz, Datin Rafidah, Puan Zuraina dan Puan Sarina
Tuan Syed Wafa, Puan Maziah, Puan Saadiah, Encik Wan Azman, Puan Fauziah Mohd Khalid
Rakan rakan Kolej Kediaman Ketiga Universiti Malaya
Dari BNM Dato Mohamad Daud, Dato Sani, Datuk Ahmad Hizzad, Datuk Zamani & En Abu Hassan Alshari
Nurhaniza Dato Seri Mohd Khalil dan Datin Norhayati
AzieSelamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat.
Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak.
Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Kongsi
1 ulasan
for "Tetamu Di Majlis Resepsi Dr Nana dan Alain "
Salam kak. Ramai rakan2 sekolah dan tempat kerja dapat berjumpa lagi masa perkahwinan anak perempuan saya dulu. Secara tak langsung jadi seperti 'reunion' yg tak rasmi bagi kami. Seronok betul masa tu kan....
Salam kak. Ramai rakan2 sekolah dan tempat kerja dapat berjumpa lagi masa perkahwinan anak perempuan saya dulu. Secara tak langsung jadi seperti 'reunion' yg tak rasmi bagi kami. Seronok betul masa tu kan....
BalasPadam