Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Rendang Ayam Cili Padi Nogori Yang Sedap



Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan


Sebelum kita berkongsi bab resepi, saya ingin kongsikan berkenaan cubaan pecah masuk rumah kami hari Sabtu malam Ahad yang lalu. Taktik penyamun sekarang bila masuk ke kawsan perumahan, akan memberitahu guard di security check point untuk pergi ke rumah VIP yang tinggal dalam kawasan tersebut. 

Mereka memandu kereta mewah Alphard yang dipandu oleh wanita yang wajah persis wanita dari negara Timur Tengah. Mereka juga melakukan cubaan ini dalam pukul 8.00 - 8.30 malam, bukan lagi pagi hari seperti dahulu. Kami bernasib baik kerana ada jiran jiran yang sangat prihatin antara satu sama lain. Jiran saya yang ketika itu sedang berbasikal bersama isteri beliau, melihat kereta diberhentikan di tepi rumah kami. 

Apabila jiran kami menghampiri, kereta tersebut dipandu dalam keadaan tergesa gesa dan tidak berhenti melihat kereta yang bergesel kuat dengan tepi jalan. Ianya menambah curiga jiran kami yang mula meninjau sekeliling dan ternampak ada kepala manusia di dalam longkang tepi dinding pagar kami. Jiran kami berpura pura tidak nampak dan berhenti agak jauh untuk terus memerhati dan melaporkan pada security. Penyamun tersebut kemudian melarikan bila melihat guard datang. Mereka bertiga bersenjatakan pisau dan memakai ski mask. 



Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan

Lemah menggigil lutut saya bila mendapat panggilan dari jiran. Saya ketika itu berada di Tropicana Medical Centre (TMC) melawat Dato Salehuddin yang menerima rawatan di situ. Hanya Boy dan Nelly sahaja yang ada di bilik masing masing ketika itu. Saya berkongsi pengalaman ini sebagai peringatan untuk kita semua supaya lebih berhati hati dengan taktik yang digunakan oleh manusia yang bertopengkan iblis ini. Setiap kali keluar dari rumah, saya akan membaca doa yang diajar oleh arwah Bonda iaitu, 

"Bismillahi tawakkaltu 'alallahi walaa haula walaa quwwata illa, billaahil aliyil adzhiim".
(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya).


Barang siapa keluar dari rumahnya, lalu membaca zikir di atas, maka malaikat akan berkata kepadanya: “(sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)”, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya, dan setan yang lain berkata kepada temannya: Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Ta’ala)?” 

Ada ketika saya akan membaca ayat kursi ketika melangkah dari pintu rumah ke pintu pagar sebelum masuk ke kereta. Sebenarnya tiada daya dan kekuatan untuk kita melainkan pertolongan Allah. Jadi saya menyerahkan semuanya pada Allah. Ustaz Ibrahim Muhammad berpesan juga supaya dibaca sebelum tidur 2 ayat (284-286) terakhir Surah Al Baqarah sebagai pendinding rumah di samping doa yang telah saya amalkan di atas. 

Keesokannya ketika pergi mengaji, kami singgah makan di gerai Kelantan sebelah kuaters Kastam Kelana Jaya. Memang dah lama kami tak bersarapan di situ, sejak kemaruk makan pulut dengan kelapa parut dan ikan masin di Restoran Jaya. Ternampak Kak Rokiah, tuan punya gerai yang menjual masakan Nogori yang saya belajar Rendang Cili Padi Nogori di SINI dan di SINI. Saya pergi menegur dan bersembang sembang berkenaan rendang yang diajar. 

Balik dari mengaji, kami bergegas ke Tropicana Medical Centre kerana YAB Dato Seri Azmin Ali Menteri Besar Selangor akan melawat Dato Salehuddin. Lama juga MB meluangkan masa di situ. Beliau ditemani oleh Setiausaha Politik beliau, CEO dan Pengarah TMC. Masa balik ke rumah saya teringat utnuk memasak Rendang Cili Padi Nogori kerana teringat ada stok ayam yang dah lama tersimpan. Lagi pulak rendang boleh disimpan lama di dalam freezer untuk dimakan oleh anak anak yang memang ada di rumah.



Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan


Saya memasak memang ikut gerak hati. Rasa nak tumis, saya tumis. Rasa nak masak bahan kisar terus dengan ayam pun boleh. Begitu juga bahan bahan. Ada kala saya hiris, ada ketika saya kisar semua sekali. Ada juga separuh hiris dan separuh dikisar. Semua ikut gerak hati waktu di dapur. Tiada satu kaedah yang tetap dalam menyediakan Rendang. Tapi saya biasanya suka menghiris sebahagian bawang bawang, jika tidak dalam keadaan tergesa gesa. Tapi hari ini kerana tergesa gesa untuk ke TMC semula, saya kisarkan sahaja semuanya.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Jika suka serdak rendang yang banyak, boleh tambah lagi kuantiti bahan yang digunakan. Tambahkan juga santan. Memasak bukan seperti membuat kuih muih, boleh juga ditambah dan dikurangkan bahan. Jika rasa kurang kerisik, tambah kerisik, rasa kurang masin tambah garam. Begitulah umpamanya.



Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan

Rendang Cili Padi Nogori
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam
1 - 1 1/2 kotak santan kotak
2 - 4 batang serai - ketuk
2 sudu besar cili kering kisar - opsyenal untuk cantikkan warna supaya kemerahan
1 keping asam keping
4 keping daun limau purut - opsyenal. Saya letak sebab guna serai 2 sahaja
1 sudu besar kerisik
Garam
Gula
Sedikit serbuk kunyit - jika perlu
Minyak untuk menumis

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
7-10 tangkai cili padi kampung -  boleh tambah
4 hirisan nipis lengkuas

Cara cara:
Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan kisar, serai dan cili kisar hingga air agak kering sedikit. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut.


 

Masukkan santan dan air secukupnya. Bila mendidih masukkan asam keping, gula dan garam. Bila hampir terbit minyak, masukkan kerisik. Jika masuk daun limau purut, boleh masukkan ketika ini. Saya memang suka rasa dan bau daun limau purut. Atau boleh juga masukkan daun kunyit.




Masak sehingga rendang hampir kering dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api. Sedia untuk dinikmati.


Rendang Ayam Cili Padi Negeri Sembilan
 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Rendang Ayam Cili Padi Nogori Yang Sedap"

  1. Sedapnya..saja je buat orang terliur..hehe

    BalasPadam
  2. Thank goodness Kak Azie and family are fine. We heard so many of these but until it happens to us, we won't understand how scary it really is. Having good neighbours definitely help.

    BalasPadam
  3. Kak Azie, your rendang look so delicious. I have bookmarked it to cook :)

    BalasPadam
  4. salam kak Azie,

    utk keselamatan pasang lah timer kat porch, kat dalam rumah dan di ruang atas. Supaya bila waktu malam, Nampak macam ada orang bila waktu maghrib. Toksah lama lama just buka dari senjakala hingga ke isyak. small light will do. Nampak rumah bercahaya dimalam hari tak Nampak gelap gelita. Kat Landing area kalau ada tingkap, pasang la satu timer. Beli lamppost pasang plug ke timer. Lampu led ikea clip tu pun cukup.
    kat dapur belakang. lepas tu kalau nak Nampak real akak set kan juga maghrib sampai isyak. lepas tu kul 10 mlm setengah jam. pukul 2,3 15 mins.

    lepas tu bagus kalau langsir ditutup atau half drawn di siang hari bila tiada di rumah. supaya mereka tidak memerhati mengintip kat gelas. Selain tu pakai lah lace curtain juga.

    lagi satu - pakai lah radio buruk kat dapur satu. kat landing tingkat atas satu biar bergema suara berkumandang.
    Kalau nak masuk biar dia tahu ada orang kat atas atau bawah.
    Pasang different channel kat dapur chat show, kat living room ikim, kat tingkap atas mengaji.
    So mereka akan ingat ada orang didalam.

    mereka tidak dapat pastikan siapa ada didalam. Itu yang baiknya.

    camnilah, saya dah buat kat sini. tempat tinggal saya dulu luar sikit dari Bandar. Dahlah sini kita org berwarna.So the local tend to ada jealous dan macam macam dia buat. So mula mula saya pasang cctv depan belakang(duduk rumah semidetach je)
    then we realized the behaviour of these bunch were getting worst, we found another house in central L, so the existing house is empty for almost a while until we can get sort new place. Then we hardly balik rumah lama, sebab jauh dan kerja. so we balik once a week, then once a months. First month dah notice depan pintu pasu jatuh pokok lily kena pijak.sebab mula mula pasang lampu aja and rely on lace curtain (I didn't want tu pull the black out curtains...after that so I pasang kain muslin attached to the lace curtain at the window. and also put a lace curtain on the door glass. so it is not a total black out lights shone through at night but they cannot see the inside of the house. I put 20watt bulb on bedsite lamp with timer down stairs front living room. dari maghrib sampai pukul 1030 malam non stop. pukul 11 intermittent until pukul 2 pagi. selalunya from 11 tu saya tukar tukar setiap kali balik. cepat kan 15 mins atau 30 mins. kadang kadang pukul 830 mlm padam 15 mins lepas tu on balik tukar tukar time.
    Bilik saya pasang 1 timer desk lamp aja on timer. dari maghrib sampai isyak. lepas tu padam lepas tu pukul 9 mlm sampai 11. pukul 12-2, then pukul 3 for 15 mins 5-6 am.

    depan landing saya buka pintu bilik air so from the window Nampak cahaya lampu. saya set maghrib sehingga seblm masuk isyak then 9 mlm- 11- 12.20 for 15 mins, 3 am for 15 mins, 5 amfor 15 mins, 6 am for 45 mins .

    Bilik computer saya letak satu lampu kecik je timer selalu nya dari pukul 1 am sampai 4 am sebab saya selalu berjaga time tu dlm bilik tu dpean computer.
    bilik kakak saya pasang lampu klip led ikea ja,tutup langsir dan lace, renggang blackout curtain for 2,3 cmm kat tengah tengah. halakan je lampu yg di klip itu dmana mana ny boleh angle kan lampu tersebut ke tingkap. surprisingly waktu malam nampak cahaya amplified.
    The kitchen and conservatory blind turun kan tapi kalau peep macam kita duduk di depan watching tv.

    so for almost 15 months looks like someone is in the house but tak keluar keluar. so they tried on garage side, we just on the radio on timer as well. So through out the day the radio ada talking programme dg segala programme. not too soft not too loud but enough to hear a voice in the house.

    So kak Azie beli lah timer pasang lampu di landing, bilik sembahyang, kitchen, porch, dan pasang lah radio bila di siang hari. jangan bunyi sunyi sepi .. pasang blind.
    Also keliling rumah beli lampu led sensor light spot light cover every angle, so mlm hari ada makhluk aja ia akan bernyala.

    Inshaallah. selasai usahakan berdoalah..utk perlindungan
    alhamdullillah.

    BalasPadam
  5. salam kak Azie,

    24 Hour Segment Square Timer Switch ni boleh di beli di ikea.
    beli la dalam 6-7 biji. Akak invest bedside lamp with or standalone lighting dan energy saver bulbs.

    Also radio transistor lama tu plugged juga kat timer. So it can take many break and use throughout the day.

    Kat bahagian luar tu pasang above on first floor wall keliling rumah
    http://www.lazada.com.my/30w-led-outdoor-spotlight-with-pir-motion-sensor-warm-white-2549964.html
    ) Sensitivity from 0-12M;

    (2)Lighting time from 5sec. to 8 minutes;

    (3) Lux environment from night to day light

    kalau 50 watt lagi bagus.. wire covered in case and the outside lighting please make sure mereka tak boleh jolok dan pecahkan lampu tu macam seperti jiran baru saya kena


    kat bahagian keliling rumah atau pagar taburkan pebbles atau gravels, bila dipijak akan berbunyi boleh terdengar. Pilih pebbles yang semua putih atau aggregate gravels yg colourful merah ke purple ke etc .. sebelum tabor, alaskan dengan fabric ground matting cover, to avoid grass and lalang tumbuh.


    bila dah lakukan ini, lepas tu kita perlu berdoa inshaallah kita dah berusaha tapi Allh jua kita bermohon..


    https://www.bing.com/images/search?q=pebbles+around+the+house&id=EADA373AB937077C853C0B8048585925FCADBAA2&FORM=IQFRBA

    Ground cover matting





    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, dear for the suggestions insya Allah will follow

      Padam
  6. Salam kak azie few more things, bioa pasang led spotlight with sensor or pir tu akak pastikan it lights up to maximum. Lepas tu kalau boleh lah kan akak pasang lah outdoor led flourscent light on four corners of the wall with switches in the house down stairs or upstairs.
    Maybe dekat landing atas dan bawah.
    Reasons: kalau ada apa apa pelik tgh malam buka je lampu terang. Spot light tu first wave of surprise. Flourecent lights tu bila ada dalam rumah dan bila sensor lights tu dah padam. So bila suddenly terang kalau ada makhluk di luar.. mereka tahu lah lampu dah bernyala ada orang dengar bunyi.
    Again wire letak dalam pipe casing. And above on wall on first floor. Beli yg panjang semetre flourescent light yg minimum. Beli led punya yg anti vandal punya flourescent.

    The whole idea is kita tak mo dia dekat dgn perimeter bangunan rumah.

    Kalau boleh akak letak letak led spotlight atas metal pole ke kalau ada pokok tinggi.. hala dalam.kawasan tapi facing the pokok dlm laman kedalam.
    Wire dlm pipe and use outdoor wiring. Anybody trying to hode celah pokok the sensor will light up. The reason to use led spotlight.. the lampu tu boleh di lentokkan angle hala ke bawah 90 degree vertical to 45 degree face down. Same as sensor.
    Infact akak boleh beli sensor with wider sensor.. then pasang away from lampu flourescent or spotlight unit without pir or sensor. So by the time sensor detect motion lampu on the wall terus bernyala

    Jgn publish ni ye kak..

    BalasPadam
  7. Also pagar.. akak pasang trellis above pagar akak slightly higher at least 1 metre buat la nicely in decorative ..so kalau nak panjat kena make effort so
    It is troublesome to climb.
    Also jangan buat sturdy sangat..supaya kalau ada yang memanjat trellis tu akan jatuh kopak dan ada meninggalkan kesan forensik.
    So no to strong sampai dia boleh pijak dan duduk..tapi enough to show as if its looks tak tercabut kena angin ribut.. psycologically..just to give an impression. But when panjat it wont take the load and kopak or jatuh or etc.
    So kalau siang hari jalan keliling rumah nampak kopak maksudnya ada yg telah cuba.

    So more prevention and care can be arranged.

    BalasPadam
  8. Also keliling pagar rumah tanam lah pokok limau purut. Pokok yang berduri..ros.. dalam pasu ke garden box. Letak dekat tembok pagar. So as it grow larger it also can act as deterrent

    Buat around the house dekat pagar dekat denga rumah punya bangunan pebbles or gravels tapi buat nicely as a decor. Block with dari bersepah ke rumput etc letak concrete border.jgn compact but loosely.
    Rumah kat sini polis suruh buat camtu. Kalau luar bandar letak gravels.kat driveway kelliling rumah pokok berduri..lampu sensor..timer..org tua tua pensioner pasang radio ..tak semua mampu nak ada alarm.
    But it works.
    Haritu polis datang nak bri advice macamana nak setup benda tu dgn trellis.
    Bila saya cakap cctv kat corner belakang dan depan.
    Sensor pir lantern depan dinding kiri kanan pintu belakang dan depan.dan spotlight kat first floorwall facing depan porch compound. One wth sensor one with switches.
    Then belakang sensor light gate belakang ..wall.at shared driveway.sebab its long..so i installed
    One at shared driveway and then the side door gate itself. Then depan tangga lantern with pir sensor on left and right wall. Opposite outbuilding apex one sensor spot light.face down. Then belakang outbuilding another one.infact few more. Now police suruh letak trellis not sturdy but break if panjat about 1 metre or so.

    If nak tanam pokok dlm pasu letak away from dinding rumah.. unless.pokok berduri..itu tak pe. Kalau kat malaysia tanam lah pokok berduri daun limau purut ...banyak banyak.dalam pasu besar.. atau atas tanah. Kalau atas tanah ia akan jadi pokok renek
    . Make sure train dahan memanjang selari dgn tembok... kalau pokok limau purut..akak boleh ambil daun dain sedekah pada kawan kawan..so no problem nak buang dahan trim sebagainya.. ia sebagai perlindungan dan dapat juga.bersedekah.. saya cadangkan pokok ni ditanam dipagar belah yang agak sunyi dan terlindung.. jadi bila tengok pohon berduri duri.. mereka turn off.
    That is also my late mom tanam kak belakang rumah dekat pagar sebab bilik bilik kat situ..so far orang nak cuba tak masuk dari situ tapi dari depan..sebab depan takde pokok berduri..

    And pokok limau purut tu kalau hidup atas tanah subur.. dan.besar jadinya.. tak payah jirus bila akar dah dalam.
    Jangan trim dahannya bila dah tinggi.
    To start with akak letak dalam pasu besar.

    BalasPadam
  9. Anyway maaf kalau panjang lebar.. tapi i believe prevention os better than cure.

    Alarm is good but there will be time we are not using.. so these lightings inside and outside and radios on timer always helps. All you need to potray the house is occupied and busy and buzz with activities during the day and night. That will help.
    Sebab walau ada security gate kat luar.. ada yg tukang memerhati
    .rumah mana gelap macam takde org.
    Ini berlaku di rumah saya sekarang. Pukul5 ptg keluar hantar kluarga naik teksi suitcases segala.. bila balik dari airport dah pukul 830 or.9mlm so mereka thought takde orang.
    Pukul 12 mlm genap bunyi garden box kena buka hempas. Bunyi garden tool tangga klunking.
    Saya kena turun buka semua lampudapur dan lampu depan ruang tamu
    .lampu tingkap atas. just to show ada org didalam rumah. Ini telah berlaku beberapa kali ... masa tu lampu belakang dan sensor light belum pasang lagi..cuma ada one at shared driveway.
    Dan kemudian ada hamba Allah kat rumah ni buka langsir dedah tingkap.. dapur.. konon nak tunjuk takde apa.ada aja bunyi..sbb saya bilik belakang...so boleh dengar..ada orang kat garden
    So saya start pasang radio with dj talkshow on through out theday and mlm after midnite.just bunyi suara.. bila cakap pasang radio ada timer..pasang day and mlm.. police dengar tu terus ok. Maksudnya pecah rumah ni ada dua benda yg sangat menjadi penyebab...target..rumah sunyi takde orang dan gelap.. lain lain adalah penyebab biasa.
    Dan kita tak mahu dia masuk masa kita tidur atau ada dlm rumah. Dulu saya bergelap buka lampu bilik.tapi sekarang saya make sure timer radio kat dapur belakang buka disiang hari dan malam hari lepas semua masuk dalam lepas makan.
    Lampu display cupboard saya letak.timer maghrib sampai isyak.lepas tu pukul10 sampai 12. Break every 45mins. Kalau akak ada display cabinet tu akak akak letak lampu clip led ikea timer plug in. Clip bahagian atas facing window etc.. time.lain lain.. for an 30.mins pukul.3.am..etc and the other cupboard 230am.. for an hour or so. So everyday it will menyala then once a week a months tukar time.selang selikan.
    Radio kat dapur tu biar bergema sikit kat dapur basah dan kering. Kalau boleh ada rancanga bercakap. Tapi benda benda ni semua jgn kasi.terdedah.org boleh nampak.bertimer lampu dan radio. Kena letak discreet.sikit.
    Kami ada pekerja polish mcm perangai.pekerja imigran kat.msia..lepas mereka.buat hal.mencuri barang saya terus tak beri mereka pegang kunci.rumah dan pasang cctv camera yg lain.
    Lepas tu sebok tanya berapa.ramai dalam rumah.
    Since area kami ada org memerhati..setiap kali nak pergi long weekend saya reverse kereta dekat dgn pintu rumah. Dan discreetly masukkan suitcase. Atau saya malas masuk suitcase kecik dlm beg hitam..best tak nampak mcm.takde org kat rumah alhamdullillah..
    Of course.saya berdoa setiapkali keluar rumah..
    Ok kak yang ini jgn publish.ye..

    BalasPadam
  10. Btw kalau rumah ada balcony and area senang nak panjat pasang lampu kat wall above that area.

    Kalau org pekerja kontrak kalau boleh takyah beri masuk rumah atau cakap berapa anak.
    Etc
    Kalau ada sliding door glass.. pastikan
    Pintu tu disendal.dgn kayu sepanjang length railing itu letak didalam rail pintu tu supaya kalau ditolak kopak ia tak bergerak. Sbb kayu tu fill dalam space railing.
    Letter box kalau pergi lama please ask jiran tolong angkat simpankan. Newapaper delivery cancel..

    BalasPadam
  11. Ingat tau timer and radio jangan kasi nampak dari luar.. it will give away

    Make.it discreet..

    BalasPadam
  12. http://rootofscience.com/blog/2017/sains-senibina/perihal-pecah-rumah/

    Good write up.
    But lampu above door outside must be higher and unreachable.

    BalasPadam
  13. Hi Kak , resepi kamu memang delicous.Tq for sharing.
    I nak share Resepi Pisang Goreng Rangup Sedap Dan Mudah.
    Boleh try ni....
    Source and citation: http://resepipisanggorengrangup.blogspot.com/

    BalasPadam