Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap



Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap


Jika sebelum ini saya menyediakan nasi goreng Kampung menggunakan perencah nasi goreng Kampung SERI-AJI di SINI, kali ini saya ingin kongsikan satu lagi resepi mudah dan sesuai untuk hidangan Sahur iaitu nasi goreng Cina SERI-AJI. Saya memang suka menggunakan perencah SERI-AJI kerana ianya telah secukup rasa dan senang digunakan kerana perencahnya dalam bentuk serbuk. Suami saya jika ke pasaraya membeli barang dapur, pasti dibeli sekali perencah nasi goreng SERI-AJI. Ianya dapat membantu saat mahu memasak nasi goreng. Dengan nasi goreng, kita tak perlu nak memasak lauk lauk lain lagi.


 Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap

Berbalik pada cerita menu Sahur bulan Ramadhan, walaupun mahukan yang ringkas, kena pastikan hidangan yang disediakan seimbang dan berkhasiat. Ini sangat penting supaya kita kekal sihat dan bertenaga.  Jadi bagi memudahkan urusan, kita sediakan bahan bahan yang diperlukan sebelum masuk tidur. Keluarkan ayam dari freezer dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Supaya hidangan lebih seimbang, saya akan memasukkan sayuran kegemaran saya seperti karot dan kacang panjang. Pemilihan sayuran adalah warna warni kerana setiap warna memberikan khasiat berbeza. Manakala bahan lain samada ayam atau ikan bilis atau udang bergantung kepada citarasa pada waktu itu.

Selain itu wajib ada bagi nasi goreng ialah telur. Ada pelbagai cara, samada telur terus dipecahkan ke dalam bahan tumisan dan digaul atau saya menyediakan ala ala scramble egg dan ditabur di atas nasi yang telah siap digoreng. Atau saya menyediakan telur mata untuk setiap orang. Tapi kalau nak jimat, masukkan terus ke dalam nasi, 2-3 biji telur dah mencukupi untuk satu kuali nasi goreng. Satu lagi bahan yang boleh diguna untuk menambah perisa nasi goreng kita ialah dengan menambah minyak bijan. Cuma bila memyediakan nasi goreng, ianya lebih sedap dan lebih cantik jika ianya menggunakan nasi semalaman.  Nasi goreng akan menjadi cantik dan berderai. Klik di SINI, bab cerita sahur kami di bulan Ramadhan yang lalu. Gambar bila diambil waktu Sahur, memang lah tak cantik. Jadi kali ini, saya siapkan resepi dan cara saya memasuk nasi goreng untuk sahur sebelum bulan Ramadhan lagi.

Jom layan resepi mudah dan sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur sekiranya anda pun seperti kami yang tak suka makan nasi dengan lauk pauk waktu bersahur. Tunggukan video di Instagram dan Azie Kitchen channel di youtube...



Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap


Nasi Goreng Cina Sedap Dengan SERI-AJI

Bahan bahan:
1 mangkuk nasi putih - 2 1/2 pot beras
1 paket perencah nasi goreng Cina SERI-AJI
5 ulas bawang putih - ketuk
1 batang karot - potong dadu
8 batang kacang panjang
2 biji telur
10 ekor udang - boleh buang kulit, jika suka
Minyak bijan - opsyenal
Minyak masak

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan. Boleh dibuang kulit udang jika suka.


Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih sehingga kekuningan. Masukkan karot. Selepas karot lembut, masukkan pula kacang panjang.




Ketepikan bahan, pecahkan telur dan dibiar seketika sebelum dikacau sehingga telur agak masak. Tuangkan baru nasi putih. Kacau sehingga bergaul rata.



Masukkan perencah nasi goreng Cina SERI-AJI dan kacau rata. Akhir sekali, tuang sedikit minyak bijan, jika suka.




Masukkan udang yang telah digoreng tadi. Sedia untuk diangkat dan dihidangkan.


Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap

Sebelum dihidang, tabur bawang goreng. Selamat mencuba.

Nota:
Jika suka pedas pedas, boleh juga diketuk 2-3 tangkai cili padi.  Dimasukkan bersama kacang panjang.
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Nasi Goreng Cina SERI-AJI Sedap"

  1. nk kena bli jugak ni perencah seri aji...

    BalasPadam
  2. sedapnye....rietta blom pernah cuba....boleh la cuba lepas ni....

    BalasPadam
  3. Nak tahu cara travel secara backpack dan murah selain banyak tips-tips travel, boleh jemput datang ke blog saya

    www.missdae.blogspot.my

    BalasPadam