Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik


Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik


Syukur Alhamdulillah. Syukur yang tidak terhingga dengan rezeki yang tak disangka sangka. Saya sama sekali tidak menyangka yang blog saya dikunjungi oleh begitu ramai follower. Setiap hari, mencatat 100 ribu hits yang memang tidak pernah terlintas di fikiran sebelum ini. 

Saya merasa sangat sangat terbaru dan berharap semoga ianya dapat memberi manafaat kepada anda semua samada dari perkongsian ilmu dari tazkirah yang saya hadiri dan juga resepi. Saya membaca semua komen yang ditinggalkan, cuma ada ketika saya tidak sempat untuk membalasnya. 

Yang pasti, saya menjawab semua salam dan hati saya sentiasa mendoakan anda semua. Dalam hidup yang singkat ini, saya berazam untuk lebih berkasih sayang dengan semua. Saya mencatat azam yang akan saya lakukan sementara nyawa masih dikandung badan. Insya Allah...



Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik


Saya beli telur itik di Restoran Mabiq di Tanjung Lumpur, Kuantan ketika singgah makan tengahari sewaktu mengambil Juita balik bercuti. Bila melihat masak lemak telur itik yang cantik dan sebiji biji seperti ulas durian, saya seperti biasa tak akan senang duduk. Sekejap sekejap saya melihat dan menyenduk telur telur itu dan mengambil gambar. Lantas saya mencari dan mendekati pekerja restoran untuk menanyakan bagaimana mereka memasak telur itik. 

Mereka memberitahu yang mereka memasak menggunakan api yang besar dan dimasukkan telur ketika kuah telah betul betul mendidih. Ianya berbeza dengan cara Bonda Rozita yang memasukkan telur ketika kuah belum mendidih dan menggunakan api perlahan. 

Boleh klik di SINI. Saya juga menanyakan di mana mereka mendapatkan telur segar. Rupanya telur diperolehi dari ladang mereka sendiri. Jadi saya meminta untuk membeli. Oleh kerana mereka tak pernah menjual telur itik mentah, saya menelefon isteri boss sendiri. Katanya bekalan telur hanya cukup untuk kegunaan dimasak dan dijual di restoran sendiri tapi agaknya melihat kesungguhan saya, mereka setuju untuk menjual dengan harga RM1.00 sebiji. Saya beli hanya 10 biji.



Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik


Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini dan juga jangan lupa, melihat video di Instagram Azie Kitchen serta youtube Azie Kitchen channel. Walaupun banyak entri berkenaan masak lemak telur itik yang telah saya kongsikan, tetapi kesemua resepinya berbeza beza. 

Ada masak lemak cara Kelantan, ada cara negeri Sembilan dan ada cara Puan Rozita Sendayu Tinggi. Kalau nak cari kesemuanya, boleh google Masak Lemak Telur Itik Azie Kitchen, pastikan disenaraikan. Itu cara mudah untuk minta pertolongan Pak Cik Google. hahaha...



Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik

Masak Lemak Telur Itik

Bahan bahan:
5 biji telur itik
1 kotak santan kotak
1 keping asam keping
Garam
Gula

Bahan Kisar:
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili padi merah
6 tangkai cili padi
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Kisar semua bahan dan tuang ke dalam periuk. Masak hingga bahan kisar agak masak. Masukkan santan cair. Sambil terus dikacau, besarkan api sehingga kuah mendidih.






Masukkan telur sebiji demi sebiji. Jika cekap, pecahkan telur dengan sudu dan terus pecahkan ke dalam kuah yang sedang mendidih. Tapi kena pastikan telur segar dan elok. 




Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik


Masukkan asam keping, garam dan gula, jika suka. Akhir sekali, masukkan santan pekat. Selepas dimasukkan santan pekat, masak sekejap sahaja supaya kuah tidak pecah minyak. Bolehlah tutup api.

Nota:
Kuah masak lemak telur itik mestilah pekat baru sedap.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

16 ulasan for "Masak Lemak Telur Itik Yang Sedap dan Cantik "

  1. Assalam Kak Azie, wah, sebutir2 telurnya ya Kak Azie

    BalasPadam
  2. Selalu jugak mengadap telur itik masak lemak ni.
    Sebab ada bela itik sendiri.
    Selalunya buat telur masin aje.

    BalasPadam
  3. Assalam,, walaupun tak pernah bertentang mata dgn Kak Azie tapi rasa sayang itu ada untuk akak. Semoga kak Azie sentiasa berada di dalam rahmat Nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. samalah kita. Setiap kali membaca komen yg ditinggal, terasa sayang sangat pada semua. Destinasi kita sama. Semoga kita saling menyayangi kr Allah Taala. Luv u

      Padam
  4. Assalam kak azie.. dah banyak saya cuba resipi yang kak azie kongsi..terima kasih kak azie.. anak-anak dan suami suka makan :-) semoga Allah memberi ganjaran di atas segala perkongsian ilmu kak azie

    BalasPadam
  5. Terima kasih k azie.. Byk resepi akak sy dh Cuba. Semoga Allah memberi rahmat Dan ganjaran atas perkongsian k azie

    BalasPadam
  6. Google nk masak utk ayah ptg ni..hihi

    BalasPadam
  7. Sy adalah di antara yg selalu kalau cari resepi apa2 yg di cari pasti blog kak azie..hehe..tq akak sbb selalu berkongsi dan apa2 yg d kongsikan memenuhi cita rasa..

    BalasPadam
  8. TQ Akak Azie Untuk resepi Ini. Nampak sangat sedap dan menyelerakan saya mesti Cuba :).

    BalasPadam
  9. saya pun sama. bila search apa2 resepi kalau keluar yang azie kitchen mesti saya bukak yang azie kitchen dulu.

    BalasPadam
  10. Dah cuba menjadi...terima kak. dah banyak saya belajar.

    BalasPadam
  11. resepi k.azie mudah & menjadi wpun cubaab kali pertama.terima kasih ats ilmu masakan yg dikongsi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam
      Telur itik x lekat pd periuk ke klau letak gtu je kak azie

      Padam
  12. Semua resepi k.azie kalau try mmg x rugi...semua jd . Tq k.azie😍

    BalasPadam
  13. Sy adalah antara hamba Allah yg selalu folow resepi k. Azie...resepi k. Azie slalu simple n memudahkn sy untuk memasak...alhamdulillah slalu menjadi....

    BalasPadam