Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Percik Kelantan Asli Yang Sentiasa Dirindui



Ikan Percik Kelantan Asli



Sempena kedatangan bulan Ramadhan tidak berapa lama lagi, terus terang saya merasa sangat excited dan tidak sabar. Dalam bulan Ramadhan, aktiviti dapur saya akan dikurangkan. Jadi sebagai persediaan menghadapi Ramadhan, kita kena membuat persediaan mental dan menyediakan senarai semak akan apa yang ingin kita capai sepanjang bulan tersebut. Seorang sahabat bertanya Nabi apa doa paling afdhal. Nabi ajar supaya meminta keampunan dosa dan selamat dunia dan akhirat. Bila Allah ampun dosa kita, kita selamat. Yang Nabi ajar, inilah yang paling baik. 

Jadi di bulan Ramadhan ini, kita target untuk mendapat 2 perkara tersebut. Kenapa perlu memohon kedua perkara di atas? Sebabnya kerana dosa kita yang sangat banyak. Dosa dengan ibubapa, dengan suami isteri, anak anak, jiran jiran, teman teman dan sahabat. Belum lagi dikira dosa dengan Allah dari akil baligh sampai sekarang, pasti tak tercatat banyaknya. Berapa banyak dosa kita dengan ibubapa yang kita telah buat mereka berkecil hati. Belum lagi dosa peribadi seperti sombong, riak, hasad dengki yang kadang kadang di luar kawalan kerana syaitan berjalan mengikut darah manusia. Bukan kita plan nak sombong tapi secara tak sedar dah bertelingkah laku yang orang kata kita sombong. Kalau dosa yang pelbagai ini tak diampun, bagaimana nak dapat selamat dunia akhirat? Bagaimana kita nak hadapi saat hadapi sakaratul maut. 


Ikan Percik Kelantan Asli

Kita tak tahu andai Ramadhan ini adalah yang terakhir. Bagaimana kita menghadapi sakaratul maut jika dosa belum diampun. Cemas dan takut hadapi saat sakaratul maut. Sesunguhnya maut itu ada sakarat. Sakarat maksudnya mabuk atau dasyat. Iaitu dalam keadaan fikiran tak fokus, hadapi ketakutan, cemas, keliru dicampur pulak dengan bayangan dosa silam. Kata Nabi, tiada sakit seumpama mati. Belum lagi cerita nak ke kubur. Waktu diusung, jika orang baik akan minta dipercepat kerana nampak kubur sebagai bayangan syurga. Tapi orang jahat akan bertanya, kau nak bawa saya ke mana ni? Si mati dah tahu kubur nak jadi lubang dari satu lubang api neraka. Semua ketakutan dari sakaratul maut, diusung ke kubur, soal jawab dalam kubur, azab kubur, semuanya ini menyangkut berkenaan dosa. Soalan mungkar Nakir kita tak dapat jawab. Semuanya sebab dosa yang banyak. Jika dosa tak settle, kubur kita penuh dengan ular yang  sekali dipatuk azab bertahun lama nya. Kubur menghimpit badan jika dosa yang dibawa banyak. 

Kita tak mahu mati nanti bawa dosa. Itu sebab kita gagahkan diri buat ibadah.  Nak supaya dosa kita diampun, kita kena bersungguh sungguh mendapat keampunan terutama di bulan Ramadhan kali ini. Semoga petikan dari video oleh Ustaz Shamsuri ini memberi manafaat pada kita semua. Terlanjur dalam bab dosa, saya juga ingin memohon ampun dan maaf pada semua andai ada tulisan saya yang menyinggung hati tanpa sengaja mahupun secara sengaja. Saya juga menghulurkan salam kemaafan pada anda semua walaupun saya tahu anda tidak berbuat apa apa salah pada saya. Malahan anda semua telah mewarnai dan menceriakan hidup saya selama ini. OK sekarang kita berkisah bab resepi pulak. 


Ikan Percik Kelantan Asli

Semasa zaman di kampung dulu, saya pernah sekali menyediakan ikan percik ketika kedua ibu bapa bekerja di bendang sawah padi. Kali pertama menyediakannya, jadi asyik bertanya dengan Kak Nik Bidah, sepupu yang tinggal di sebelah rumah akan bahan bahan yang digunakan. Tapi saya masih ingat yang percik saya hari itu agak menjadi. Malahan ianya masih kekal dalam ingatan, masih terbayang rupa ikan percik saya yang agak kemerahan kerana banyak memasukkan cili kering. Bahan bahan ditumbuk menggunakan lesung batu dan ikan dibakar atas dapur kayu. Kami memang memasak menggunakan dapur kayu ketika itu. Ikan yang dibakar akan dicucuk dengan lidi supaya ikan tidak patah ketika dibakar dengan dikepit di batang buluh yang dibelah. 

Saya merasa sangat bertuah kerana saya merasai kehidupan sebagai anak kampung yang terpaksa membantu ibubapa bekerja di bawah panas matahari yang terik, merasai pengalaman mandi air di telaga, memasak menggunakan kayu api, malam bercahayakan lampu pelita minyak tanah. Semuanya menguatkan semangat dan jati diri saya. 

Walaupun kini saya hidup dengan senang lenang, namun sekali pun saya tidak lupa asal dan kehidupan masa lalu saya. Apa yang saya perolehi hari ini, adalah semata mata rahmat dan rezeki yang Allah kurniakan. 100% berbeza dengan kehidupan masa dulu saya. Sesungguhnya saya sangat bersyukur kerana berpeluang untuk mengecapi hidup seperti mana yang saya cita citakan sedari kecil. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Resepi percik hanya menggunakan bahan yang ringkas sahaja. Untuk melihat dengan lebih jelas apa yang saya tulis dalam entri ini, kenalah singgah di Instagram Azie Kitchen dan juga youtube Azie kitchen channel untuk melihat video yang saya sediakan...


Ikan Percik Kelantan Asli

Ikan Percik Original Kelantan 

Bahan bahan:
4 ekor ikan kembung - lumur garam kunyit
1/2 cawan santan pekat - guna 1/2 kotak santan kotak
1/2 keping asam keping
1 sudu besar gula - kena ada rasa manis
1 sudu kecil garam
1 batang serai diketuk - tak letak

Bahan tumbuk:
1/2 sudu besar cili kisar
6-8 ulas bawang merah - kena lebih

2 hiris nipis halia

Cara cara:
Ikan dikelar dan dilumur garam kunyit. Tumbuk bawang dan halia sehingga halus. 

Bakar ikan sehingga masak. Sementara itu, masak santan bersama bahan tumbuk, asam keping, garam dan gula sehingga pekat. Setelah pekat, tutup api.



Setelah ikan masak, dibalik balikkan. Lumur kuah percik pada ikan dan dibakar lagi. Balikkan dan lumur lagi kuah percik berulang ulang kali. Sedia untuk diangkat.


Ikan Percik Kelantan Asli


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Ikan Percik Kelantan Asli Yang Sentiasa Dirindui"

  1. Sedapnya ikan kembung percik, nak2 kalau guna ikan fresh baru naik dari laut.

    BalasPadam
  2. Ado hok cucuk batae lidi pada ikae tu...

    BalasPadam
  3. Yg serai tu mcm mne ye ? Xfaham

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1 batang serai yg diketuk dimasak bersama santan. Bagi harum.

      Padam