Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup



Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup


Hari ini warga Wilayah Persekutuan seperti saya bercuti kerana menyambut Hari Wilayah. Ramai yang ambik kesempatan untuk pergi bercuti kerana kebetulan boleh dapat cuti panjang dengan mengambil satu hari cuti semalam. Saya pula sebenarnya tidak pernah merancang percutian, malahan tak sedar pun hari yang cuti panjang kerana berkebetulan dengan cuti cuti umum seperti minggu ini dan minggu Hari Thaipusam. Setiap hari saya tidak pernah ada dalam hati untuk ke mana mana samada dalam atau luar negeri. Kalau dalam negeri, lagi lah tiada perancangan kerana malas dengan kesesakan jalan raya. Bila cuti jer jalan raya sesak di sana sini. Banyak masa terbuang dalam kereta. Masa diambil untuk perjalanan ke Kota Bharu sama dengan masa penerbangan ke Perth Australia. 

Di bandar Kota Bharu pulak sesak dengan kenderaan plat dari luar Kelantan. Keduanya kerana saya memang tak nak bercuti dalam negara. Agaknya dulu, kami dah berjalan merata. Jadi anak anak pun tak mahu ikut jika bercuti dalam negara. Kalau ke luar negara pula, memang seronok tetapi saya pun malas dengan cuaca yang sejuk. Kalau saya pergi pun, semata mata nak mengembirakan anak anak. Jadi saya pun tak tahu apa yang saya nak sebenarnya. Apa yang saya tahu, saya suka duduk di rumah sahaja. Lebih tepat duduk memerap di bilik. Adooi parah lah penyakit macam ni. Tolooong apa nak buat niiii? Bila dilihat gambar gambar lama, rupanya banyak negara juga yang telah saya kunjungi. Jadi memang patutlah kalau saya macam dah tak ada perasaan untuk bercuti. Meh kita masuk sikit bab resepi dan masakan. 


Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup


Bila selera makan tak ada, memang saya mencari masakan yang ringkas. Kadang kadang makan dengan nasi putih tak berkuah pun. Lebih lebih lagi nasi menggunakan beras Basmathi atau yang menggunakan beras yang sedap sedikit. 

Kalau masa kecil dulu, kami hanya makan nasi menggunakan beras yang padi ditanam sendiri oleh kedua ibubapa kami. Padi yang ditanam akan disimpan untuk dimakan sehingga musim padi berikutnya. Bila kehabisan beras, saya ditugaskan untuk menjemur padi di atas tikar dan bila kering akan ditumbuk. Saya sempat juga menghantar padi dengan menaiki basikal untuk dimesin di kilang berdekatan. 

Saya beli petai yang dijual di depan gerai makan Tangling ketika ke sana untuk bersarapan. Nampak isinya besar dan bulat bulat, beli 2 ikat dengan harga RM10.00. Kebetulan juga Juita ada balik, jadi saya memasak lauk pauk berasaskan petai kerana Juita memang sukakan petai. Boleh juga lihat resepi Masak Sardin dengan Petai di SINI 

Jom layan resepi yang mudah dan sangat menambat selera. Pendek kata masakan ringkas seperti ini boleh menambah selera makan. Jangan lupa tengok video di instagram azie kitchen dan LIKE sekali. 

Hahaha abaikan kuali antik saya tu. Kuali pertama yang dibeli selepas berumahtangga. Hitamnya dah tak boleh disental. Nama pun kuali kan. Kalau tak hitam, dah tak macam kuali. Jadi ada sentimental value. 

Walaupun ada banyak kuali di rumah, kuali tu juga yang jadi pilihan setiap kali hendak memasak. Ada periuk dan kuali yang dibeli di US dan ada yang dibeli di Australia. Rajin membeli tapi sayang nak diguna. Lagi pun saya memasak untuk hidangan keluarga, bukan sekadar memasak untuk blog....



Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup

Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup

Bahan bahan:
1 papan petai - hiris nipis
1/2 mangkuk ikan bilis
2 - 4 tangkai cili merah - tumbuk
1-2 tangkai cili padi - tumbuk
Sedikit garam

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng petai hingga kekuningan. Angkat dan tos. Masukkan pula ikan bilis dan goreng sehingga garing. Angkat dan tos. 






Menggunakan minyak yang sama, tumis cili merah dan cili padi yang ditumbuk sehingga naik bau. Masukkan sedikit garam. Jangan lebih kerana ada ikan bilis yang agak masin. Jika tiada cili hidup, boleh juga menggunakan cili kisar tapi kena dimasak agak lama sedikit sehingga cili benar benar masak.





Setelah cili masak, tutup api dan biarkan sehingga agak suam. Masukkan petai dan ikan bilis yang digoreng. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.




Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Sambal Ikan Bilis dan Petai Ranggup"

  1. nampak sedap walaupun yang tengok ni tak makan petai.. hehe

    BalasPadam
  2. Selepas sesuatu kemeriahan seperti yang puan lalui itu kita akan mengalami perasan yang sangat meruntun jiwa. Mengambil masa juga untuk balik kepada keaadaan biasa. Cheer up.

    Ikan bils cili padi petai good combination. Best.

    BalasPadam
  3. Tulis buku Puan..sprt buku2 Puan Roza dan Prof kamil....ada yg menetap disebakn belajar ada yg menetap disebabkn bekerja..ada yg saja berjln2 untuk meulis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah, puan telah menyuntik semangat baru dalam diri saya.

      Padam
  4. As Salam Pn. Azie . . sangat-sangat inspirasi tulisan Puan setiap kali . . saya sentiasa mengikuti secara diam . . teruskan penulisan Puan & bukukan . . salam sayang buat Puan Azie sekeluarga . .

    BalasPadam
  5. Kak Azie, I also like to stay at home. Tak boring pun. With this dish, you have ignited my craving for petai again hah..hah.. Oh, I noticed you hiris the whole petai pod, not just the biji. Interesting!

    BalasPadam
  6. Makan nasi panas2 dgn sambal bilis petai rangup...pppeeerrh..Makan x hinggat,thanks kak azie...semoga dpt ditemui apa yg dicari...

    BalasPadam