Daging BBQ Ala Korea Yang Sangat Sedap
Hari ini, saya nak kongsikan resepi istimewa yang direka oleh anak buah saya sendiri iaitu Daging BBQ ala Korea. Sejak balik dari percutian di Korea Disember 2015, saya memang teringat ingat dengan keenakan daging BBQ mereka. Sangat sedap dan lembut sahaja dagingnya. Memang betul betul cinta rasa pertama. Suapan pertama yang meninggalkan kecintaan yang mendalam.
Bahan bahan yang digunakan dalam resepi ini adalah bahan bahan simple sahaja tapi bahan yang wajib ada adalah minyak bijan dan serbuk black pepper. Seperti mana serbuk lada putih, serbuk lada hitam pilihan saya ialah dari AJI-SHIO® black pepper. Dengan AJI-SHIO® black pepper, saya tak perlu nak menumbuk numbuk lada hitam. Ianya telah mengandungi garam dan MSG yang mampu menjadikan bahan perapan atau masakan kita lebih terasa perisa dan aroma lada hitamnya. AJI-SHIO® black pepper boleh digunakan dalam pelbagai kaedah dalam masakan samada untuk marinade, untuk topping yang ditabur atas masakan sebelum dihidangkan atau dimasukkan dalam kuah atau sup.
Hari ini saya menggunakan AJI-SHIO® black pepper sebagai bahan perapan atau marinade daging batang pinang yang akan saya gunakan untuk menyediakan daging BBQ. Untuk melihat bagaimana saya menyediakan Daging BBQ ini, boleh lihat video di Instagram Azie Kitchen.
Serious, sangat sedap daging BBQ ini hinggakan anakanda saya Dr Nana yang saya minta untuk merasai daging yang sedang dimasak pun berkali kali memuji keenakannya. Sangat terasa bahan perapannya. Saya marinade dan menyimpan dalam peti sejuk dalam 3 jam.
Jom layan resepi mudah dan yang paling penting, sangat sedap ini. Seolah olah kita sedang menikmati hidangan masakan di Korea. Saya memang suka sesuatu yang ringkas dan cepat kerana sebagai wanita berkerjaya, saya perlu menggunakan masa dengan sebaiknya. Tak mahu lah terlalu lama terperap di dapur untuk memasak, sedang makan hanya tak sampai setengah jam. Jangan lupa mencuba. Rugi kalau tak mencubanya tau....
Jom layan resepi mudah dan yang paling penting, sangat sedap ini. Seolah olah kita sedang menikmati hidangan masakan di Korea. Saya memang suka sesuatu yang ringkas dan cepat kerana sebagai wanita berkerjaya, saya perlu menggunakan masa dengan sebaiknya. Tak mahu lah terlalu lama terperap di dapur untuk memasak, sedang makan hanya tak sampai setengah jam. Jangan lupa mencuba. Rugi kalau tak mencubanya tau....
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/4 kg daging batang pinang - hiris nipis
2 sudu besar minyak masak
Bahan Perap:
Serbuk lada hitam AJI-SHIO® black pepper secukupnya
2-3 sudu besar kicap masin
4 ulas bawang putih - cincang halus
Secubit gula
Bahan Opsyenal:
1 biji bawang besar Holland - hiris nipis
1 tangkai cili merah - hiris
1 - 2 sudu besar bijan - goreng garing tanpa minyak
Cara cara:
Perap daging dengan bahan bahan perap selama 15-30 minit dan simpan dalam peti ais bagi mengekalkan kemanisan daging. Nota: lagi lama diperap, lagi sedap.
Panaskan kuali dengan minyak dan masukkan daging yang telah diperap. Masak dengan api perlahan sehingga daging masak. Balik balikkan daging sehingga masak di kedua dua permukaan.
Boleh juga masukkan sedikit air untuk mempercepatkan daging empuk. Masak sehingga daging lembut dan air kering serta pecah minyak.
Boleh juga masukkan sedikit air untuk mempercepatkan daging empuk. Masak sehingga daging lembut dan air kering serta pecah minyak.
Masukkan bawang besar hiris dan cili merah. Kacau sehingga layu. Sedia untuk ditutup api. Akhir sekali tabur bijan sebelum dihidangkan.
Nampak sedap tu ha...bestnyaa
BalasPadammenu baru ni....rietta belom pernah rasa lagi...boleh la rietta cuba....thanks share resipi...
BalasPadamKak Azie, will try it soon. Looks really tasty!
BalasPadamMenyelerakan, boleh cuba. Sat lagi nak beli barang dapur. ;)
BalasPadamSLM,nk tny minyak bijan brand ape ye yang akak pakai?
BalasPadamApa apa brand pun boleh, dear.
PadamSalam nak masak daging tu pakai minyak bijan ker minyak masak? (Rie)
BalasPadamWslm. Saya guna minyak masak biasa sahaja
PadamNak cubalah..asik tak jadi je buat syok sendiri
BalasPadam