Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Kegemaran Keluarga



Sambal Tumis Udang


Bila bersendirian saya suka membayangkan perkara yang pelik pelik. Saya akan mengingati kembali detik detik ketika bersama arwah ayah, abang abang, Bonda dan semua yang rapat dengan saya yang telah meninggal dunia. Saya terbayang yang suatu ketika dulu, saya duduk bercakap cakap dengan mereka, makan bersama sama tapi kini mereka tiada lagi. 

Saat bersama mereka umpama video yang kekal di memori saya. Saya melihat semuanya dengan jelas umpama saya sedang menonton televisyen. Namun mereka tidak lagi dapat dicari di mana mana sudut. Tak boleh lagi call. Dulu saya akan mencari mereka tat kala menpunyai masalah, kini mereka tiada lagi. 



Sambal Tumis Udang

Ramai lagi orang yang dulu pernah saya temui, kini telah tiada lagi. Ke mana mereka semua? Soalan bodoh yang saya tanya pada diri saya sendiri. Bodoh kerana bertanya soalan yang saya telah tahu jawapannya. Saya terbayang pulak, kubur di mana mereka dibaringkan di dalamnya. Bagaimana mereka yang dulu pernah makan tidur bersama kini berbaring seorang diri ditimbusi tanah sedikit demi sedikit di atasnya. 

Saya tak tahu jika orang lain juga mengalami keadaan seperti saya yang imaginasi sangat tinggi. Setiap kali mendengar berita kematian, saya akan membayangkan roh mereka yang sedang melihat apa yang sedang terjadi pada jasad. 

Saya dulu amat takut untuk melihat orang mati. Sehingga terbawa bawa ke dalam tidur. Mungkin kerana tiada ilmu. Tetapi kini, baru saya sedar menziarahi kematian bukan sahaja memberi keinsafan pada diri tetapi juga diberi ganjaran pahala yang sangat besar, sebesar Bukit Uhud yang dapat kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bagaimana besarnya saiz bukit itu. 

Selepas sahaja saya menulis ini, saya dapat message WhatsApp dari sahabat baik saya Zaiman yang memberitahu rakan beliau baru meninggal. Hari yang sama kami bersembang berkenaan kematian isteri rakan sekerja kami sehari sebelumnya. 

Sesungguhnya dunia hanya pinjaman. Jika diberi kesenangan dan kebijaksanaan, ingatlah ianya adalah ujian. Jika diberi kesusahan dan kekurangan, ianya juga ujian. Usah berkeluh kesah. Kita sama sama lalui ujian ini dengan tabah dan sabar. Peringatan buat diri saya sendiri. 

Saya memang gemar ke Pasar Taman Tun yang sangat bersih dan kering walaupun ianya pasar basah. Boleh pakai dress dan berkasut tinggi lah bila ke sana. Setiap kali ke sana, mesti mata menjadi rambang melihat ikan yang besar dan segar. Saya tidak bercadang pun untuk membeli udang tapi bila melihat udang yang besar dan segar, saya dah tewas. Itu pun saya minta hanya sekilo. Seekor bersaiz lebih besar dari ibu jari saya. Bila udang jer, pasti terbayang lauk yang mudah tetapi sedap iaitu sambal tumis udang.  

Sebenarnya, masaklah apa sahaja jika menggunakan udang, pasti sedap. Saya suka masak goreng kunyit sahaja. Ringkas dan sedap sangat sangat. Masakan yang biasa dimakan di zaman kanak kanak dulu. 

Jangan lupa melihat video penyediaan sambal tumis udang di Instagram Azie Kitchen ya. Jom tengok resepi yang sangat mudah...
 ,

Sambal Tumis Udang

Sambal Tumis Udang Simple

Bahan bahan:
1/2 kg udang
5-6 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar Holland
Gula
Garam
1 keping asam keping

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan tos.

Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar dan cili kisar sehingga cili benar benar masak dan garing. Masukkan gula dan kacau rata. Masukkan pula garam dan asam keping. Tuang sedikit air.

Masukkan pula udang yang telah digoreng. Kacau rata sehingga udang masak.

Masukkan pula bawang besar yang dihiris nipis dan kacau sehingga bawang besar masak dan layu. Sesuaikan rasa dan boehlah diangkat dan dihidangkan.

Sambal Tumis Udang

Nota:
Sambal yang sedap mesti ada rasa manis sedikit.

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Sambal Tumis Udang Kegemaran Keluarga "

  1. Ini kegemaran mak saya.. macam mudah je bila baca entry akak��.. Takziah saya ucapkan atas pemergian sahabat akak ye..

    BalasPadam
  2. Kak Azie, your sambal tumis is making my mouth water. I must buy some prawns and try your recipe. And buy petai also heh..heh..

    BalasPadam
  3. I want to read your recipes.. your blog is so gorgeous, unfortunately I couldn't find the translator button to translate in English...

    Please visit: http://from-a-girls-mind.blogspot.com

    BalasPadam
  4. kak azie, pinggan ni jenama apa yer?

    BalasPadam
  5. terima kasih bayak kak...saya da cuba resepi kak dlm 2 3 resipi...mmg mnjdi dan sedap..terbaikkk la kak...kali ney nk cuba yg ney pulakk..meleleh air liur sy tgk ney.. :)

    BalasPadam