Pasta Sedap Ala Restoran Mewah Dengan Prego
Pasta adalah makanan kegemaran anak anak zaman sekarang. Bila makan di restoran, anak anak akan memesan pasta. Bila mereka tak mahu makan nasi, mereka akan mencadangkan pasta. Bila disebut sahaja pasta, apa yang ada dalam kepala kami sekeluarga adalah jenama Prego. Malahan sos Prego sentiasa ada di rumah kami sebagai bekalan di saat tekak meminta untuk makan makanan barat yang telah di Malaysia kan.
Saya telah diberi beberapa set sos Prego dan pasta. Amboii seronok sangat hati ini kerana berpeluang mencuba semua sos Prego yang terdapat di pasaran. Terdapat 2 saiz sos Prego iaitu dalam tin dan juga dalam botol kaca. Yang dalam botol kecil seberat 350 gram dan besar 680 gram. Ada 2 jenis sos pasta Prego, yang merah iaitu Mushroom, tomato basil & garlic, mushroom & green pepper, traditional, manakala yang putih pula ialah Carbonara mushroom, Alfredo cendawan, Keju & Herba.
Pendek kata ada pelbagai perasa yang boleh dipilih mengikut selera masing masing. Kesemuanya sangat sedap, pekat dan sangat berkrim. Juga tidak lupa, Prego juga baru memperkenalkan pasta jenis Spiral dan Angel Hair.
Prego telah melancarkan kempen Hari Jumaat sebagai Hari Pasta. Hari Jumaat hari yang lebih santai dan ditunggu tunggu ramai setelah penat seminggu bekerja. Bila tiba hari Jumaat, memang hati dah keseronokan gembira. Rasanya semua orang pun setuju dan alami perkara yang sama. Kepada ibu ibu yang bekerja, cara mudah menyediakan makanan hebat serta mewah di rumah ala ala restoran pada hari Jumaat adalah dengan menyediakan pasta buat anak anak. Dengan adanya Prego, saya dapat menyediakan pasta dengan sangat mudah. Semudah 1, 2, 3 sahaja. Tak payah nak pening pening, ikut jer resepi yang diberikan di bungkusan di botol atau tin.
Yang penting, kegembiraan terpancar di wajah suami dan anak anak ketika di meja makan dek keenakan pasta yang disediakan. Memang sangat sedap Spagetti Carbonara menggunakan sos Carbonara Mushroom dan Pasta Fettuccine. Menyediakan sendiri pasta menggunakan sos Prego sangat menjimatkan. Seperti biasa, setiap kali menyediakan hidangan untuk keluarga, saya akan menggunakan bahan bahan segar dan berkhasiat bagi memastikan keluarga saya mendapat khasiat pemakanan seimbang. Jadi saya memilih bahan bahan segar yang digemari mereka seperti ayam, sosej bagi memastikan mereka mendapat makanan berkhasiat semasa menikmati pasta kegemaran mereka. Manakala bagi sayuran pulak, saya memilih karot dan mushroom. Yang lain lain seperti daun parsley adalah opsyenal sahaja. Jika ada dalam peti ais, saya letak.
Selain itu, saya juga menyediakan pasta menggunakan angel hair dengan sos merah Cendawan Mushroom sebagai hidangan petang. Anak anak bujang saya, Boy dan Aween makan di luar rumah sambil melakukan aktiviti luar. Boy sedang membelek belek kereta. Juga kali ini saya selitkan karot, cendawan butang, ayam dan juga udang. Haa boleh tengok gambar gambar di bawah... Nampak macam best tak?. Aween menambah nambah makan. Memang dialah penggemar pasta no 1 di rumah ini.
Apa kata kita sama sama menyediakan sendiri pasta di rumah. Memang sedap dan sangat berbaloi baloi. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Prego, boleh singgah di Instagram atau facebook @Prego Malaysia juga lawati website www.prego123.com.my Prego dijamin halal dan disahkan oleh Jakim.
sedap nyee..teringin pulak nak masak..hehee
BalasPadamKak Azie, I have used Prego sauce before and it is good.
BalasPadamPrego pilihanku
BalasPadamyup, saya pun suka sos prego kak Azie. mmg anak2 sy feveret food diaorg makaroni dan pasta haha..
BalasPadammak aih sedapnya kak huhu..
BalasPadamaida memang guna prego kak.
BalasPadamsesuai...
memang biasa masak ala2 western gini.
ringkas. sesekali tuko tekak melayu ni hah :)
http://wawaadlina.blogspot.my/
BalasPadamPrego memang tak pernah menghampakan..
BalasPadamMemudahkan kerja memasak dan hasilnya juga sedap..
I like!
saya kalau masak carbonara mesti guna sos prego. sedap and very easy to cook also! :D
BalasPadamhttp://leinafanna.blogspot.my/
sedapnyaaaaaa
BalasPadamterliur tengok ....
BalasPadamHalal ke sos prego ni ? nak try jugak hehe.
BalasPadamhttp://moonlightsssss.blogspot.my/
Sedap! Sedap! Sedap! Paling suka keju & herbs hihi..
BalasPadam