Ayam Masak Kicap Paling Simple
Sejak pandai ber Instagram ni, rajin juga saya melayan video ringkas artis yang suka memasak. Antara yang saya suka tengok ialah IG masakan Fasha Sandha dan Dato Aliff Terlajak Laris. Nampak macam mereka pandai memasak. Lauk lauk yang dimasak oleh Fasha adalah lauk harian yang mudah seperti ikan kembong goreng, sup ayam, ayam masak kicap, sambal belacan dan sayur bayam.
Yang simple begitu, juga yang tak jemu dinikmati. Walaupun sekadar ikan kembong goreng, tidak semua kita pandai menggoreng ikan dengan garing walaupun setelah sejuk. Begitu juga dengan sambal belacan, tak ramai orang rajin untuk menumbuk cili untuk dibuat sambal belacan. Itu termasuklah saya sendiri. Lagi yang saya tengok ialah ayam masak kicap yang sangat simple, sesuai untuk hidangan anak anak kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Jadi hari ini, saya memasak ayam masak kicap seperti Fasha Sanda. Masak kicap kosong kerana tidak diletakkan cili kisar atau serai atau kulit kayu manis pun.
Yang simple begitu, juga yang tak jemu dinikmati. Walaupun sekadar ikan kembong goreng, tidak semua kita pandai menggoreng ikan dengan garing walaupun setelah sejuk. Begitu juga dengan sambal belacan, tak ramai orang rajin untuk menumbuk cili untuk dibuat sambal belacan. Itu termasuklah saya sendiri. Lagi yang saya tengok ialah ayam masak kicap yang sangat simple, sesuai untuk hidangan anak anak kecil yang tidak boleh mengambil makanan pedas. Jadi hari ini, saya memasak ayam masak kicap seperti Fasha Sanda. Masak kicap kosong kerana tidak diletakkan cili kisar atau serai atau kulit kayu manis pun.
Sementelah menyentuh nama Dato Aliff Syukri Terlajak Laris, saya sebenarnya tidak pernah kisah pun mengenai beliau. Cuma satu hari bila terbaca IG beliau, saya tiba tiba menjadi kagum akan kegigihan dan semangat kental yang beliau miliki. Ketiadaan kelulusan tinggi dan ketidakpandaian berbahasa Inggeris bukan menjadi penghalang untuk beliau menggapai kejayaan. Yang penting dalam pekerjaan, terutama yang bekerja sendiri mesti lah bekerja dengan bersungguh sungguh. Jangan nak mengambil kesempatan atas kebaikan dan pertolongan yang diberi oleh boss. Kena menjaga batas dalam pergaulan. Kena tahu batas antara boss dengan staf. Kena sensitif dengan perasaan dan maruah orang lain.
Berbalik kepada resepi pula, masakan seperti ini sangat praktikal disediakan di kala sedang bercuti sebab bahan yang digunakan sangat simple dan memasaknya juga sangat mudah. Ada kalanya saya suka tinggal di apartment yang boleh memasak masa bercuti terutama ketika ke Kota Kinabalu. Puas dapat menjamu anak anak dengan makanan laut yang lebih jimat dan sedap jika dimasak sendiri.
Resepi ini hanya menggunakan bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk. Jika suka, boleh juga diletakkan sedikit halia tetapi anak anak mesti tidak suka rasa halia.... Jom kita layan resepi mudah ini.
Ayam Masak Kicap Paling Simple
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
6-7 ketul ayam - lumur garam kunyit dan goreng
Kicap lemak manis
1/2 biji bawang besar Holland - belah 6
1 tangkai cili merah/cili padi
Beberapa helai daun kari - tak letak
Beberapa helai daun kari - tak letak
Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara cara:
Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata.
Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.
Panaskan minyak menggoreng ayam dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan ayam yang telah digoreng. Kacau rata.
Masukkan pula kicap lemak manis secukupnya. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili merah. Sesuaikan rasa. Bolehlah ditutup api.
Walau pun simple, tapi nampak sedap.
BalasPadamLebih2 lagi kalau guna daging ayam kampung.
Salam . . . Masakan yang paling simple jika di bandingkan resepi Azie yang sebelum ini. Tetapi resepi dari blog Azie Kitchen memang pilihan. Blog puan memberi inspirasi untuk saya berblog juga. Jika ada masa silalah baca puisi 'Pilih Resepi' di blog notatertulis.blogspot.com terima kasih.
BalasPadamlgi satu saya suka follow noor nabila kakak neelofa.. resepi dy pun simple tapi yummy sngt
BalasPadamKak Azie, that looks delicious. That's why I love your blog. Your recipes are simple and yet the results are delicious. I tried your nasi goreng petai with ikan bilis and it was simply amazing!
BalasPadamLauk pauk yang simple pun kaau pandai buat sexappp sangat. Makan dengan kicap cili potong. Fuhhh
BalasPadamAyam masak kicap..fav anak2 jugak..mamanya pun suka sebab senang hehe..next time bleh try resepi akak plak ;)
BalasPadamJemput datang ke blog saya yer Kak Azie
yanifreshpickslovers.blogspot.my
Terima kasih..
Assalamualaikum kak... saya student di universiti islam madinah al munawwarah, Arab Saudi... saya selalu mencuba resepi kak dan semuanya Masya Allah sedap... kadang2 dah boring makan makanan arab sya akan buka blog kakak n cuba resepi2 dalam nie... Terkenang sekejap kampung huhuhu
BalasPadamSalam..saya suka follow resepi dari blog akak..keep it up
BalasPadamAs slm...terima kasih resepi dri blog adik byk bantu kak, masakan yg simple tpi sedap...
BalasPadamDah cuba resepi ni...sedap sgt. Sy tambah sos tiram sbb dh alang2 ada. Suami tambah 4 kali 😂
BalasPadamWahh simple dan sedapppppp
BalasPadamX letak asam jawa ke azie..
BalasPadamSaya tak letak. Masak kicap ada masin manis dah OK. Jika suka campaklah sekeping asam keping atau asam jawa
PadamOo yer ker...X der asam jawa pun x per
BalasPadamSelalu juga masak ayam kicap ni. Hari ni anak minta masak ayam masak kicap lagi. Terus teringat blog puan. Sangat simple. Hasilnya.... selepas berbuka nanti tengok respon anak dan suami macamana. Terima kasih puan.
BalasPadamTerima kasih atas resepi..boleh cuba jemput singgah blog saya dirawanhartawan.blogsport.com
BalasPadamTerima kasih akak :) Sbb sudi share ilmu. Sy akan bertolak ke UK utk blajar tak lama lg. Ngah bljar memasak spy mudah bila di sana nnti. Suka baca blog akak. Resipinya mudah & simple.
BalasPadamsalam,daun kari tu utk ape ye akak?
BalasPadamSy mmg suka follow blog resepi akak. Mmg mudah n simple nak buat. Menjadi pulak tu. Sangat sedap. Thanks kak sbb bg resepi yg mmg senang n mudah utk masak
BalasPadamSaya suka ayam masak kicap.
BalasPadamkak, kalau nak add more kuah, macam mana kak?? tq
BalasPadamResepi ni mmg jenis kering. Jika nak berkuah. Tambah air lebih sikit dan letak kicap lebih sikit sehingga agak berkuah spt yg kita mahukan. Biarkan mendidih dg api perlahan sehingga air ayam mesra dg kuah tadi.
PadamSangat sedap ayam masak kicap versi kering ni.
BalasPadamActually saya suka ayam kicap, tp sy guna kicap jalen lemak manis mcm jd xsdp.. kak azie guna brand apa ye?
BalasPadamSalam..sy suka tngok resepi azie kitchen memang menjadi dn sedap pulk tu...
BalasPadamterima ksih pn dengan perkongsian resepi..mantop
BalasPadamKlau dah letak kicap manis x payh letak secukup rasa ke kak???
BalasPadam