Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sup Sayur Campur Dengan Tauhu Telur Yang Sedap


Sup Sayur Campur Tauhu Telur Yang Sedap


Kuliah Ustaz Ibrahim Muhammad hari ini sangat menarik untuk dikongsikan kerana kita semua adalah anak kepada ibubapa kita dan kita juga mungkin menpunyai anak. Ianya berkenaan tanggungjawab seorang anak kepada ibubapa samada mereka masih hidup atau telah meninggal dunia. 

Hadis Rasulullah menyebut ibadah khusus yang dilakukan oleh anak yang sampai kepada ibubapa ada 4 perkara. Yang pertama ialah sedekah. Apa sahaja sedekah yang melibatkan harta seperti wakaf dsb. Ianya tanda kasih sayang kepada kedua ibubapa yang telah memelihara kita. Niatkan, "Ya Allah, aku sedekahkan untuk kedua ibubapa ku yang telah meninggal". Kalau tak diniatkan, hanya kita sahaja yang dapat pahala. 



Sup Sayur Campur Tauhu Telur Yang Sedap

Sebagai anak, kita kena ada dalam diri masing masing rasa kasih sayang pada ibubapa. Jangan bila ibubapa telah meninggal, kita jadi lupa dan terputus ingatan pada ibubapa yang telah meninggal. Yang kedua ialah doa. Kedua dua doa dan sedekah, boleh dibuat tiap tiap hari. Berdoa lah seperti, "Ya Allah ampunilah dosa kedua ibubapa aku, berilah rahmat kepada mereka, kasihani lah mereka seperti mana mereka mengasihi ku. Masukkan mereka ke dalam syurga". Atau boleh berdoa apa apa sahaja yang baik baik. Yang ketiga ialah mengerjakan ibadah Haji jika ibubapa belum mengerjakan Haji semasa hidupnya. Manakal yang terakhir ialah melakukan korban seekor kambing. Korban seekor kambing, boleh diniatkan untuk ramai kerana satu nyawa. Korban lembu ada banyak perselisihan samada korban sampai atau tidak pada orang yang telah meninggal. Rasulullah masa meletak pisau, baginda berdoa Ya Allah terima lah korban dari Muhammad, keluarga Muhammad dan umat Muhammad. Untuk melakukan ibadah korban, kita boleh menyimpan duit dari awal secara berdikit dikit. Itulah 4 amalan yang Nabi nas secara khusus selepas ibubapa meninggal. 

Hadis riwayat Ahmad. Hadis umum, menyebut anak anak bila melakukan amalan soleh, pahala akan dapat oleh ibubapa samada ibubapa masih hidup atau telah meninggal. Ibubapa dapat pahala walaupun anak tak meniatkan pahala. 

Bagi anak yang berbuat kejahatan pula, ada 2 keadaan. Kalau ibubapa telah mendidik, tapi anak masih berbuat jahat, dosa ditanggung oleh anak sendiri. Sekiranya ibubapa tak mendidik dengan betul, maka ibubapa akan tanggung dosa yang di buat oleh anak samada ibubapa telah meninggal atau masih hidup. Jadi kesimpulannya, setiap anak kena jaga ibubapa walau pun mereka telah meninggal. Kena ada rasa kasihan belas pada ibubapa. 

Sekarang kita masuk bab resepi pula. Serious sup ini sangat sedap. Saya tidak meletak udang atau ayam kerana tiada stok. Jadi saya meletak 1 kiub ayam Knorr sebagai perisa. Ada orang tak suka kiub perisa ni kerana dikatakan menpunyai high sodium. Kalau dimasukkan udang, rasanya akan lebih lagi sedapnya. Kalau dah letak udang, tak perlulah lagi kita memasukkan kiub ayam kerana udang akan memberi rasa kemanisan semulajadi pada sup. Saya makan menghirup hirup kuah sup begitu sahaja. Jangan lupa layan video di Instagram Azie Kitchen untuk melihat cara saya menyediakan sup sayur dengan tauhu telur yang sangat mabeles ini ya... 

Jom layan resepi mudah tetapi sangat sedap dan berkhasiat di bawah ini...



Sup Sayur Campur Tauhu Telur Yang Sedap

Sup Sayur Campur dengan Tauhu Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 pek tauhu telur - potong kecil
Udang - saya tak letak
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 kiub perisa ayam Knorr - opsyenal
Sayuran campur
1 tangkai cili merah - hiris
Garam
Lada putih - tumbuk
Daun bawang
Bawang goreng

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng tauhu telur. Balik balikkan. Angkat dan ketepikan.





Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.  Jika menggunakan udang, tumis udang yang dibuang kepala seketika.

Masukkan air secukupnya. Masak sehingga mendidih, masukkan kiub ayam Knorr. Nota: Jika menggunakan udang atau ayam atau apa apa makanan laut, tak perlu lagi memasukkan kiub ayam Knorr.

Masukkan sayuran campuran dan bila agak lembut, masukkan tauhu yang telah digoreng tadi.  Masukkan garam dan serbuk lada putih secukup rasa.





Sebelum dihidangkan tabur cili merah, daun bawang dan bawang goreng. Sedia untuk dihidangkan.



Sup Sayur Campur Tauhu Telur Yang Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

11 ulasan for "Sup Sayur Campur Dengan Tauhu Telur Yang Sedap "

  1. assalamualaikum.

    mmg ada pek yang dijual sudah siap-siap ada semua sayur campur mentah ke? di pasar area sini tak ada macam tu. kena beli sayur satu2. tp sayur campur memang sedap! yum yum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di pasar Taman Tun ada. Jadi jimat lah kerana tak perlu beli satu satu.

      Padam
  2. sedapnye....xpernah lg masak mcm ni...boleh la buat menu hujung minggu....

    BalasPadam
  3. sangat menyelerakan ...sy suka sup sayur

    BalasPadam
  4. Kak Azie, your soup is loaded with lots of healthy goodies! Just the soup alone is good enough for a meal.

    BalasPadam
  5. Sy selalu buat sayur ni & masukkan telur yg dah dikocak, lg sedap

    BalasPadam
  6. Thank you kak azie
    Memang sangat sedap

    BalasPadam
  7. Tq kak azie,resepinya sangat ringkas,org lelaki seperti saya pun tahu nak masaknya.

    BalasPadam
  8. Terima kasih puan azie. Jap lagi nak masak.boleh makan dgn anak umur setshun lebih skali.

    BalasPadam
  9. T.ksh k.azie sy mhn share ye mane2 resepi akk dlm mane2 blog akk ..semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kak azie..t.ksh byk..semoga Allah murahkan rezeki akk di ats setiap perkongsian ilmu dan resepi utk kami pembaca blog akk..alhamdulilah

    BalasPadam
  10. Terima kasih kak zie.sya mohon share mane2 resipi.dh byk resipi sya cuba ikt.alhmdulilh menjadi.

    BalasPadam