Kuih Keria Lembut dan Sedap
Saya terkesima mendengar titah ucapan Sultan Nazrin Shah di radio semasa dalam perjalanan ke pejabat pagi ini. Antaranya yang sempat saya petik ialah "anak Melayu yang telah berjaya, telah berjawatan, telah berkedudukan jangan jadi seperti kacang lupakan kulit. Bangkit untuk membantu anak bangsa. Walaupun telah bersarapan dengan keju dan sosej". Sangat dalam maknanya kerana apa yang saya perhatikan orang Melayu memang jarang untuk membantu anak bangsa. Saya tidak kata, tak ada langsung. Tetapi jarang. Bak kata P Ramlee, jarang jarang. Berbeza dengan kaum China atau India yang saling membantu dan lebih "ukhwah" antara mereka.
Saya tidak berniat untuk bercakap berkenaan "racist". Yang mana baik kita jadikan contoh teladan. Tapi lihat sendiri di sekeliling di dalam mana mana organisasi yang kita sekarang berada. Tidak dapat dinafikan anak Melayu masih perlu dibimbing dan dipimpin. Peluang peluang yang diberikan kerajaan menjadikan segelintir anak Melayu berjaya. Namun bila mereka berjaya, apa sumbangan mereka untuk membantu anak Melayu yang lain. Masih banyak yang ketinggalan dan perlu diberi perhatian.
Antaranya ialah cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris bagi menambahkan "marketability" di kalangan graduan Melayu. Orang China dan India fasih berbahasa Inggeris sejak kecil. Mereka menpunyai kelebihan dalam temuduga pekerjaan atau biasiswa dan juga dalam kerjaya sendiri. Masih teringat Allahyarham Tan Sri Mohamed Basir Ahmad yang memberi pertimbangan khas dalam memberi markah penguasaan bahasa Inggeris kepada calon Melayu yang menghadiri temuduga terutama jika mereka datang dari kampung setelah mengambilkira infrastruktur dan persekitaran pembelajaran di kampung.
Sebelum kita melihat resepi, saya mahu menceritakan sedikit bab kuih keria. Kuih ini merupakan kuih kegemaran Encik Hubby. Lebihan ubi keledek yang saya rebus untuk membuat Kuih Chek Mek Molek yang diminta oleh Juita, saya simpan untuk dibuat Kuih Keria sebagai hidangan petang. Boleh lihat Kuih Keria yang saya pernah buat dulu di SINI.
Cara untuk menyediakan kuih keria atau chek mek molek yang sedap ialah dengan menggunakan tepung gandum secukupnya sahaja. Jika terlebih tepung gandum, kuih akan menjadi sedikit keras dan tidak sedap. Bab ini memang kena pandai mengagak. Kalau menyediakan kuih keria, saya sedikit trauma dengan bab menyira.
Pernah saya menyediakan kuih keria yang banyak untuk dibawa ke majlis perjumpaan dengan geng geng alumni. Sekali gula yang disira pada kuih keria mencair dan menjadi belengas. Perasaan kecewa memang tak boleh nak diceritakan lah. Rasa nak nangees. Dari situ, saya belajar tips untuk mengelakkan ianya menjadi cair ialah dengan memasukkan sedikit tepung gandum semasa proses menyira.
Jom layan resepi menyediakan kuih keria dan bahan yang digunakan untuk menyira kuih keria di bawah ini. Jom layaaan...

Kuih Keria Lembut
Ubi keledek - rebus dan tumbuk
Tepung gandum secukupnya
Cara cara:
Cara cara:
Satukan kedua dua bahan di atas dan gaul sebati. Ambik secubit adunan dan dibulat bulatkan.
Ambik sebiji doh yang dibulatkan dan dibentuk seperti kuih keria dengan dileper dan kemudian dibuat lubang di tengahnya. Kalau nak tengok video, sila ke Instagram Azie Kitchen.
Panaskan minyak sehingga betul betul panas dan goreng kuih keria. Bila ianya berwarna keperangan, dibalik balikkan. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu. Sedia untuk disira.

Bahan Sira:
3 sudu besar gula
2 sudu besar air
Secubit tepung gandum - opsyenal
Cara cara:
Cara cara:
Masakkan gula dan air dengan api perlahan sehingga air gula pekat dan berbuih buih. Masukkan kuih keria yang telah disejukkan dan dikacau rata rata.
Apabila air gula bersalut rata di kuih keria, taburkan sedikit tepung gandum supaya ia tahan lama dan tidak mudah cair.
Terus dikacau rata sehingga kerak gula melekat di kuih. Tutup api dan bolehlah dikeluarkan dari kuali.

nati nk try buat guna resepi kak azie tq
BalasPadamKak Azie, I miss kueh keria. It is one of the ultimate comfort foods for me. I used to eat this a lot from the university cafeteria. Those were the good old days.
BalasPadamActually, there is quite a number of Chinese students who are not proficient in English. Generally speaking I find that the command of English among our graduates is very poor, irrespective of race. It's quite sad.
Its so true phong hong
PadamFavorite sy mmg kuih keria..terima kasih kak azie share resepi
BalasPadamteringat kat masakan mak..suka makan kuih keria air tangan mak. tapi diri sendiri belum pernah mencuba untuk buat kuih keria ni. InsyaAllah nanti nak cuba buat menggunakan resipi ni. terima kasih diatas perkongsian resipi.
BalasPadamYg sira guna gula melaka cmane ye k.azie? Saya dh try, keras n x manis mana
BalasPadamSira guna gula pasir bukan gula melaka
PadamKrledek n tepung jeke..grm xperlu ye
BalasPadamTerima kasih kongsi resipi. Mmg kegemaran dari dulu. Penah tolong arwah mak buat tp biasalah masa tu muda, sombong, tak salin resipi. Kaedahnya ingat² lupa. Dah cuba tadi & sukses, Alhamdulillah
BalasPadamTime nak sira gula tu saya fail. Semalam sira ngan gula melaka tapi tak jadi la sis. Kenapa ye? Adakah tak bole masukkan banyak2 atau gula saya tak cukup? Sebab bila gaul kuih tu jadi pecah pastu kemek. Gula pulak tak berderai.
BalasPadamSaya pun pernah fail. Kalau masuk banyak ok jer tapi mesi air gula yang mencukupi. Baru akan lekat bersalut
PadamMmg best kuih keria..
BalasPadamwww.momstoreretail.blogspot.com
Sy da try mcm xde beza pon nina..hahahahaa..buat sendri lebih better bole ejas sendri..nk bnyk tepung ke x.
BalasPadamSis...mmg guna tepung dan ubi jak ka sis..tak payah pakai yis...?
BalasPadamGaram xpayah masukkan ke?
BalasPadamsaya tak masuk garam
PadamThanks share resepi, saya try buat, dan menjadi ...
BalasPadamSusah nak dapat kuih keria yang dijual lembut dan manisnya secukupnya.
BalasPadamTq kak Azie
BalasPadamApa caranya nak dpt kuih keria yg lembut
BalasPadamKuih keria lah ptg ni...
BalasPadamIf adunan kuih keria agak masin, boleh tambah gula kah? Atau ada cara baiki yang lain ?
BalasPadam