Masak Lemak Udang Dengan Timun Tua Yang Sedap
Secara jujur saya katakan bahawa saya tidak menyangka dengan apa yang saya alami sekarang ini. Semuanya di luar dugaan. Saya tidak menyangka sama sekali bahawa blog yang saya hasilkan dengan tujuan untuk berkongsi resepi menjadi sangat dikenali.
Semasa remaja dulu, pernah berangan angan untuk menjadi seorang yang popular, ingin masuk dalam majalah. Hahaha sejak kecil memang memasang angan untuk menjadi penyanyi kekonon. Tapi kini saya masuk majalah bukan kerana menceburi bidang seni tapi adalah kerana masakan.
Saya memang sejak dulu sangat suka menyimpan resepi dan memang akan berusaha mendapatkan resepi walaupun dengan mereka yang tidak dikenali. Saya mengakui kadang kadang agak susah untuk mendapat resepi. Ada orang yang bila ditanya sepatah, jawab sepatah. Seperti tidak betul betul mahu berkongsi resepi. Mereka hanya menayangkan gambar masakan, bila diminta resepi, akan diam menyepi. Tapi ada juga yang nampak keikhlasannya, akan ajar satu persatu sehingga jelas. Begitu lah ragam manusia. Ada pelbagai ragam.
Saya sungguh terharu dan bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan bila ramai memberitahu mereka mendapat manafaat dari blog saya. Selain itu, saya juga mengambil peluang untuk berkongsi ilmu sebagai dakwah dari majlis majlis ilmu yang saya hadiri. Dan yang mengembirakan bila mereka juga memberitahu suka membaca coretan tazkirah yang saya tulis. Alhamdulillah semoga kita semua mendapat manafaat di dunia dan akhirat.
Saya tidak sempurna, jauh sekali dari menuju ke arah itu. Saya tidak sekali kali ingin menjadi seorang yang sempurna kerana kesempurnaanhanyalah milik Allah sahaja. Jadi bila ada yang menulis bahawa mereka melihat kehidupan saya sangat sempurna dan memiliki segalanya adalah tidak tepat. Saya cuma mungkin bernasib baik kerana Allah memberi peluang untuk merasai kenikmatan hidup. Tapi hidup saya juga tidak lepas dari ujian. Namun sebalik ujian atau penderitaan, pasti ada kemanisannya. Jika kita sabar, pasti Allah menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik.
Sekarang kita masuk bab resepi pula. Seperti biasa, saya ada menyediakan video untuk masakan ini. Jadi jika ingin melihatnya, bolehlah singgah di instagram Azie Kitchen. Saya pernah memasak Masak Lemak Udang menggunakan resepi ini di SINI. Tapi ketika itu, saya menggunakan peria kerana tidak ada timun tua.
Oleh kerana teringat ingat keenakan Masak Lemak Udang dan Timun Tua ketika berbuka puasa di surau semasa Ramadhan lalu, saya berusaha juga mencari timun tua. Oleh kerana lama tersimpan, timun dah menjadi masak dan lembik. Jadi tak perlu untuk direbus dulu.
Satu perkara yang unik berkenaan dengan masak lemak saya hari ini ialah kerana ianya tidak menggunakan bawang merah sebaliknya hanya menggunakan bawang putih. Kalau biasanya yang ditemui adalah penggunaan bawang merah. Kecuali masak lemak cili padi negeri Sembilan yang langsung tidak menggunakan bawang. Jom layan resepi yang mudah dan sangat cepat disediakan ini.

Masak Lemak Udang dengan Timun Tua
1 kg udang - buang kulit tengah
1 biji timun tua – rebus seketika
2 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
Garam
Gula
1 kg santan pekat
2 batang serai - ketuk
2-3 helai daun kunyit
Cara cara:
Timun dibuang kulit, biji dan dipotong. Rebus terlebih dahulu sehingga lembut. Saya tak rebus kerana timun sudah masak dan lembik.
Kisar cili merah, cili padi dan bawang putih. Masak bahan kisar dengan sedikit air sehingga mendidih. Kemudian dituangkan santan dan masukkan daun kunyit dan serai sehingga mendidih dengan api perlahan sambal terus dikacau.
Setelah santan mendidih, masukkan udang dan timun. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
Nota:
Boleh juga jika mahu menumis bahan kisar dengan sedikit minyak sebelum dimasukkan santan.
nak sedap lagi, mak saya cakap gantikan timun tu dengan kacang buncis. dapnyaaa.. :D
BalasPadamsedap ... sy suka mkn timun tu ... klu letak betik muda pun sedap kak azie
BalasPadamTimun tua ke namanya? saya panggil timun cina.. hihi.. timun ni masak tempoyak sedap.. =)
BalasPadamMaaf bertanya, timun tua yg dimaksudkn tuu timun berwarna kuning ke?? Atau hanya timun hijau yg da tua.
BalasPadamYang berwarna kuning. Kulit keras sikit
Padamkalau timun muda boleh letak ke x??
BalasPadamTimun biasa pun boleh letak juga
Padam