Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap


Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap


Petikan Kuliah Ustaz Syed Abd Kader Al Joofre, ustaz muda yang sangat hensem. Terpegun melihat ustaz secara in person. Topik adalah berkenaan Israk Mikraj. Tapi yang saya nak kongsikan ialah berkenaan bab lain yang ustaz kongsikan dalam mukaddimah. Ustaz berpesan supaya mengucapkan syukur Alhamdulillah bila berada dalam majlis ilmu. Kemudian dalam hati bolehlah mengucapkan syukur kerana Allah pilih aku untuk berada dalam majlis ilmu. Ramai lagi orang lebih baik dari aku walaupun dosa aku banyak. Siapa yang Allah nak bagi kebaikan maka Allah bagi faham bab agama. Bukan sebab kita rajin atau baik tapi kerana Allah yang pilih. Jadi kenalah syukur. 



Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap

Siapa tak pernah rasa mengantuk berada dalam majlis ilmu? Para ulamak boleh duduk dari pagi hingga tengahari dalam majlis ilmu dengan  penuh kusyuk seolah burung bersarang atas kepala mereka. Allah kurniakan kepada mereka satu rasa dalam hati yang berupa satu nikmat bila dapat belajar. Nikmat yang tak dapat kat tempat lain. Jadi bila ada nikmat, akan boleh tumpu. Umpama suami isteri tengok bola. Isteri akan rasa bosan bila tak minat bola tapi terpaksa menemani suami di depan TV, sedang suami pula sangat kusyuk dengan bola tanpa rasa mengantuk. Bagaimana untuk mendapatkan rasa nikmat tersebut? Konsepnya ialah tambah dulu rasa bersyukur. Kerana nescaya Allah akan tambah nikmat dalam hati kita. 

Bab kedua ialah, kita sekarang berada dalam bulan Syaaban tak lama lagi akan menjelang bulan Ramadhan, namun tak ada seorang pun boleh menjamin yang mereka masih hidup dalam bulan Ramadhan nanti. Bila bila masa Allah boleh ambik nyawa kita. Termasuk orang yang lebih muda dari kita yang telah meninggal dunia. Amatlah rugi jika tak dapat berada dalam bulan Ramadhan tahun ini. Jadi kita kena "reserve" dulu pahala Ramadhan. Bagaimana caranya? Caranya dengan berniat untuk mendapat kebaikan Ramadhan seperti dengan memperbanyak membaca Al Quran, bersedekah, solat sunat dsb. Walau bagaimana pun niat  mesti disertai dengan perbuatan. Tidak boleh hanya sekadar angan angan. Contoh niat nak khatam Al Quran 3 kali. Kena ada persiapan seperti mula membaca Al Quran dari sekarang sebelum masuk bulan Ramadhan lagi. Niat berada dalam majlis ilmu hari ini juga adalah sebagai persiapan untuk menghadapi Ramadhan. 


Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap


Masuk sikit bab makanan sebelum menengok resepi dan cara penyediaan. Memang dah lama teringin nak memasak Pulut Mangga selepas teringat keenakan pulut mangga yang dimakan di Hatyai. Dulu kami rajin berulang alik ke Hatyai semasa membeli barang barang keperluan untuk pembinaan rumah kami. Itu semua tinggal kenangan dan syukur kerana berjaya juga membawa masuk peralatan bilik air yang rupanya amat rumit kerana perlu mendapatkan AP untuk membawa masuk ke Malaysia. Alhamdulillah kerana akhirnya berjaya mendapatkan AP dari CIDB. Hari ini memang masa terbaik untuk menyediakan Pulut Mangga kerana adanya mangga Harum Manis yang dibeli dari sahabat kami dari Perlis. Layan video di bawah ini.




Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita layan resepi pulut mangga yang mudah dan sedap ini...


Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap

Pulut Mangga Thailand

Bahan-bahan 
3 biji mangga - potong ikut suka
2 sudu besar bijan - digoreng tanpa minyak

Pulut Kukus
Bahan bahan:
2 cawan beras pulut – rendam semalaman atau 4 jam
1/2 santan pekat + air secukupnya + 1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan – carikkan

Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 15 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. 

Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. 

Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 20 minit atau hingga masak.


Sos Santan
Bahan bahan:
1/2 cawan santan kotak
1 cawan air 
1 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin
1 helai daun pandan 
1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air

Cara cara:
Satukan semua bahan kecuali tepung jagung. Masak hingga mendidih. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kemudian masukkan tepung jagung dan masak hingga sos nampak pekat. Teruskan kacau supaya santan tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi tepung jagung.


Pastikan kuah mempunyai rasa yang agak masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis buah dan pulut. Angkat dan sejukkan. Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.


Cara Menghidang
Letak pulut ke dalam pinggan. Hiris mangga secara kiub atau apa yang disukai. Tuang sos santan ke atas pulut. Tabur bijan. Sedia untuk dihidangkan.


Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

25 ulasan for "Pulut Mangga Thailand Yang Sangat Sedap"

  1. assalamualaikum Azie
    semoga Allah sempatkan kita utk sampai ke bulan ramadhan nanti
    Dan meraih pahala yg amat banyak di bulan ramadhan itu

    btw pulut mangga tu mmg mengancam lah
    teringin tengok macam nak makan masa ni jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya Allah Kak Noor. Semoga kita dipanjangkan umur dalam ketaatan

      Padam
  2. Assalamualaikum Kak Azie,
    Salam perkenalan dari Madrid..
    Saya banyak cuba resepi dari blog Kak Azie dan menjadi..Masha Allah.
    Jazakillah akak sebab kongsi resepi. Moga Allah rahmati akak dengan kesihatan dan rezekiNya. Aamin.

    Semalam saya cari beras pulut di kedai sebab suami dah belikan mangga. Tiba2 teringin nak makan pulut mangga ni. Harapnya jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Wah bestnya berada di perantauan. Salam kenal ya nkeep in touch

      Padam
  3. Assalamualaikum Kak Azie,
    Salam dari Dubai. Saya pun sama selalu bukak blog akak cari resepi bila nk masak.. duduk di sini rindu masakan Malaysia masakla sendiri.. mak jauh.. sob.. sob.. sy pun Alhamdulillah improve dlm memasak sikit2.. terima kasih kak sudi berkongsi.. semoga Allah berkati dan beri pahala bnyk2 pada akak sekeluarga.

    Ikhlas dari saya, Dian

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Salam kenal. Wah Dubai best makan kambing di satu restoran. Tapi lupa nama. Kat Dubai banyak lace tak? Dulu masa saya pergi. Tak jumpa pun. Pergi ke airline shop.

      Padam
    2. Haah sini kambing sedap.. kalau Dubai kain lace maybe dkt area textile souq di bur dubai kut.

      Padam
  4. sedap resepi nie perlu cuba

    BalasPadam
  5. Tgh kukus pulut..yg lain sume dh ready...org umah nk dinner pulut pauh pulok hari ni...huhu..mntk halal guna resipi ye kak azie..

    BalasPadam
  6. Just nak tanya..memang takde guna gula ke untuk penyedian sosnya ?

    BalasPadam
  7. Santan untuk pulutpun takde gula jugak rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sy letak gula dlm pulut tu jgk.. Sos pn sma

      Padam
    2. Gula kalau nak letak, boleh tabur sikit atas pulut utk jadikan ianya berkilat. Yg penting mesti ada masin garam. Lagi pun buah dah manis

      Padam
  8. assalam k.azie..salam kenl yea..sy dh cuba bt ikut resepi akk..mmg terbaik le..cuma pulut tu sy de tmbh gula cmpur skli santan..ala2 mcm nk bt ketupat tu..sb ank2 suka mkn pulut nye saja..time ksih kak ats resepi nye...mmg sedap.

    BalasPadam
  9. Esok nk cuba lah tp pulut lum bli lg ...

    BalasPadam
  10. alhamdulillah selesai buat resepinya....kebetulan dapat harum manis...tggu berbuka puasa utk merasa

    BalasPadam
  11. Salam perkenalan dari UK,

    Kat sini takde mangga harum manis, tp teringin nak makan maklumla puasa...so saya nak try jugakla recipe kak Azie...maybe mangga tak sesedap mangga kat sana but nevermind ����

    BalasPadam
  12. Salam perkenalan dr Uk,
    Kat sini saya tak jumpe lagi mangga harum manis, tp teringin nak makan pulut mangga so saya try jugala pakai recipe akak maklumla puasa, many thanks...

    BalasPadam
  13. Salam perkenalan dri Brunei
    Resepi ini untuk berapa hidangan?

    BalasPadam
  14. Salam ka azie
    Resepi ini untuk berapa hidangan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Maaf saya pun tak pasti. Cara nak kira sensng sahaja. Kalau 2 cawan beras pulut berapa orang makan dalam keluarga sendiri. Itu jer cara kira. Sebab saya tidak berniaga. Apa yang saya masak utk dimakan keluarga sendiri.

      Padam
  15. Alhamdulillah tq, kak untuk resepi ni..saya datang mencari resipi. Dapat sekali ilmu yang akak kongsikan tadi..rasa bersyukur sangat ada orang saling mengingati kita dalam fasa macamni

    Tq kak..teruskan blogging😊

    BalasPadam
  16. Assalammualaikum Kak Azie sy antara pengikut setia resipi2 Kak Azie.
    Teringin nak makan pulut mangga ni selalu sy beli je rupanye senang je yea ��.
    Tapi ape yg menarik sy tgk Mukadimah Kak Azie berkenaan ceramah Ustaz (terima kasih atas perkongsian) dan akak mention pasal bulan Syaaban dan Ramadhan.
    Sy tgk balik date artikel ni ialah pd 11 May 2016. Ya Allah kebetulan skrg ni time PKP bulan islam yg sama lagi 5 hari nak Ramadhan. Masyallah kebetulan.
    Terima kasih banyak atas perkongsian ilmu memasak dan resipi2 yg sgt mudah di ikuti, semoga Allah terima apa semua yg akak kongsikan sebagai amalan jariah yg tak terhingga disana nti. Sekali lagi terima kasih kak.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum, kalo tak bubuh padan boleh ke? ke ade effect sampingan kalo x letak???

    BalasPadam
  18. Assalamualaikum Kak Azie Kitchen. Saya dah cuba banyak resipo kak Azie. Memang menjadi salah satu rujukan resipi untuk saya. Tq kak. Semoga murah rezekisrezeki dan share resipi lagi ya...tq💖

    BalasPadam