Peria Goreng Bertelur Yang Sedap dan Berkhasiat
Hari ini saya ingin kongsikan petikan dari kuliah Ustaz Hamim di surau Ad Dhuha dalam bab Asma Ul Husna yang ke15 iaitu Al Qahhar. Al Qahhar bermaksud yang Maha Memaksa. Ianya tidak boleh dipandang sebagai negatif seperti mana paksaan makhluk. Persoalannya, adakah ianya melibatkan azab dan kemurkaan sahaja. Adakah ianya menafikan sifat rahmat dan kasih sayang Allah?
Apabila menyatakan sifat bijaksana selepas sifat Al Qahhar. Bukan bermakna ianya dibuat sesuka hati kerana Allah Maha Mengetahui Hikmah yang sesuai untuk hambanya. Manusia yang zalim seperti memaksa, penjajah memaksa, perompak yang memaksa. Ianya jauh dari unsur kebijaksanaan. Sebaliknya ia adalah bentuk kezaliman. Namun Al Qahhar Allah, bukan begitu.
Apabila Allah membuat satu ketetapan, maka ia akan berlaku pada makhluk. Mahu tidak mahu pasti berlaku. Sifat ini juga berlaku pada kebaikan. Contoh apabila Allah menetapkan rezeki pada kita, ia pasti akan sampai jika itu yang ditetapkan walaupun ada makhluk yang cuba menghalang. Begitu juga sebaliknya walau seluruh manusia dan jin berusaha untuk bagi manafaat pada seseorang, tak akan mampu jika Allah tidak menetapkan begitu. Ketetapan Allah tidak dapat diubah.
Unsur Al Qahhar bukan sahaja pada perkara melibatkan kemurkaan Allah. Kita boleh berusaha dan ikhtiar tapi akhirnya ketetapan Allah lah yang akan berlaku. Jika apa yang dirancang sama dengan ketetapan Allah, maka ianya pasti akan berlaku. Andai kehendak kita bercanggah dengan ketetapan Allah, ianya juga satu hikmah yang hanya Allah mengetahuinya. Sesungguhnya Al Qahhar Allah bukan hanya pada azab Allah tetapi pada semua ketetapan Allah. Keyakinan kepada perkara ini menjadikan kita tidak bergundah gelana andai apa yang kita citakan tidak kesampaian.
Peria sangat baik untuk kesihatan kerana dikatakan boleh mengurangkan kadar gula dalam darah. Apa apa yang pahit dan kelat memang baik untuk mengurangkan kadar bacaan gula dalam darah. Kalau boleh jangan terlebih masak supaya rasa pahit dan kelat masih ada. Barulah khasiatnya terpelihara. Jom layan resepi yang sangat berkhasiat dan bagus untuk kesihatan ini. Selamat mencuba...

Peria Goreng Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 ulas bawang putih - ketuk dan cincang
1 biji bawang besar - hiris
1 biji buah tomato - potong
1 biji buah peria - hiris nipis
1 biji telur
Garam secukupnya
1 tangkai cili merah - hiris
Cara cara:
Hiris buah peria dan rendam dengan sedikit garam. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih sehingga hampir keperangan, masukkan bawang besar. Kacau rata. Masukkan pula tomato dan kacau sehingga bawang besar dan tomato layu.
Kita tak pernah tolak peria ke tepi... mengenangkan khasiat untyuk kesihatan itulah yang membuatkan sayur ni tersenarai dlm pilihan wajib masuk bakul sayur!
BalasPadamsetiap kali nak buat nak buat apa masakan mau pon kek sy gemar ikut resepi puan azie,menjadi trima kasih puan..
BalasPadamTerliur dah ni. Hiihihiih.. terima kasih.
BalasPadamPeria ...mmm sejenis sayur yang mengandungi khasiat tersendiri.
BalasPadamsaya suka sgt review masakan kak azie n cuba resepinya..tq kak azie
BalasPadamSaya banyak ikot resepi puan azie... Mmg menjadi .. Ayam masak kari, mee goreng ,ayam goreng berempah, ikan masak kicap simple... Semuanya senang2...thanks puan azie
BalasPadam