Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi Tapi Sangat Sedap


Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi Tapi Sangat Sedap


Saya nak share antara petikan dari kuliah Dhuha oleh Ustaz Iqbal. Kelas ini adalah kelas tafsir Surah Ali Imran tapi di antaranya Ustaz juga menyentuh mengenai beberapa perkara yang menarik minat saya untuk dikongsi dengan pembaca semua. Perkara yang menyentuh kehidupan kita seharian yang boleh menjadikan penawar hati yang kadang kadang berduka tanpa sebab. Pertama bab aib. Setiap orang ada menpunyai aib. Siapa pun kita pada hari ini, pasti kita mempunyai aib yang hanya kita sahaja yang tahu. Kita kena bersyukur kerana Allah tidak membuka aib kita. Jadi bila Allah telah menutup aib kita, jangan pula kita sendiri yang membukanya. Yang lepas biarkan berlalu, jangan diingat lagi. Sebaliknya berbanyak memohon keampunan dari Allah. Juga haram kita mencari dan membuka aib orang lain. 



Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi Tapi Sangat Sedap

Kedua, berkenaan rezeki pula, dikongsikan bahawa jika Allah hendak memberi rezeki, tak akan ada orang yang boleh menghalang. Lagi banyak bersedekah, lagi banyak rezekinya. Sedekah tidak menjadikan seseorang jatuh miskin. Ketiga bab amalan untuk kita masuk syurga. Kita masuk syurga bukan kerana banyaknya amalan tapi kerana rahmat Allah. Jadi carilah kasih sayang Allah dalam segala amalan dan perbuatan kita. Sentiasa ingatkan diri sendiri dengan ucapan, "Yang aku cari dalam setiap amalan ku adalah rahmat dan kasih sayang Mu Ya Allah". Dengan ucapan itu, mudah mudahan mendidik diri kita untuk ikhlas kerana Allah Taala sahaja. Jika Allah bagi lain dengan apa yang kita minta, maka pasti ada yang lebih baik buat kita. Akhir sekali, berkenaan jangan kita mudah menyalahkan atau menjatuhkan hukum pada sesiapa tapi doakan semoga semua orang boleh masuk syurga walau sejahat mana sekali pun seseorang itu. Sama sama doakan supaya dia bertaubat dan berubah menjadi seorang yang baik. 


Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi Tapi Sangat Sedap


Nasi goreng yang dimasukkan ikan bilis memang kegemaran saya. Kebetulan sekarang ini jarang memasak, jadi bila ada lebihan nasi disimpan dalam bekas dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Boleh klik di SINI dan di SINI untuk entry nasi goreng ikan bilis saya sebelum ini. Boleh lihat video penyediaannya di bawah ini. Layan....




Jom layan resepi mudah dan senang disediakan samada untuk sarapan, hidangan petang atau disediakan sebagai hidangan sahur. Anak anak saya suka bersahur dengan nasi goreng yang dimakan dengan ayam goreng yang simple sahaja. Mereka tidak suka makan nasi dengan lauk pauk bagai. Paling tidak pun, hanya nasi putih dan telur goreng atau ayam goreng sahaja. Oleh kerana Ramadhan akan tiba tidak lama lagi, bolehlah simpan resepi mudah ini untuk dicuba...


Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi Tapi Sangat Sedap

Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi

Bahan bahan;
1 mangkuk besar nasi putih 
8 ulas bawang merah - hiris
4-5 ulas bawang putih - hiris
1-2 sudu besar cili kering kisar
1 genggam ikan bilis - tumbuk kasar
2 biji telur
1/2 mangkuk sayuran campur - guna kacang peas
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
Minyak

Cara cara:
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 

Masukkan cili kisar dan goreng sehingga agak cili masak. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk kasar. Kacau rata.

Ketepikan bahan tumis dan tuang telur. Kacau telur seketika sebelum dituangkan nasi putih yang telah disejukkan. Kalau dapat nasi semalaman lagi elok. Kacau rata. 

Masukkan sayuran dan garam. Kacau rata. Sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan. Saya makan dengan ikan rebus goreng. 

Selamat mencuba. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Nasi Goreng Ikan Bilis Sempoi Tapi Sangat Sedap"

  1. tang ikan rebus goreng tu memang sedap dimakan! family sy biasanya goreng ikan sardin yang awal2nya direbus dengan garam, gula dan asam keping. sedapnya! (lama dah tak buat)

    BalasPadam
  2. Err.. Ikan bilis nya bila masa masuk dalam kuali? Tak sebut pun .. Lupa ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aah tertinggal. Dah update. Boleh tengok juga dalam video yang saya sediakan

      Padam