Mee Talam atau Mee Bodo Lagi
Saya ingin mulakan entri ini dengan ucapan syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga. Sesungguhnya Allah Maha Kaya dan Mana Mengetahui. Saya belum dapat menulis mengapakah saya berkata begitu. Banyak nikmat yang Allah telah berikan pada diri ini. Terlalu banyak sehingga ada perkara yang tidak pernah difikirkan tiba tiba muncul. Doa supaya Allah memberikan rezeki yang tak disangka sangka akhirnya termakbul. Alhamdulillah. Hari ini jom kita hayati petikan Kuliah Ustaz Nakhori di Surau Ad Dhuha berkenaan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang bertaqwa. Iaitu orang yang takut pada Allah. Mereka akan melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.
Allah tidak pandang tubuh badan dan rupa paras kamu. Kita patut hias apa yang Allah pandang bukan habiskan duit untuk hias diri supaya manusia pandang cantik. Kalau kita cari keredhaan manusia, manusia boleh lama lama berubah menjadi tak suka. Kalau kita buat kerana Allah, Allah tidak mungkir janji. Jika cari keredhaan Allah, Allah suka dan manusia mungkin pada peringkat permulaan tak suka tetapi di akhirnya, manusia akan menjadi suka. Allah akan tengok pada hati yang ikhlas. Hanya Allah yang boleh tengok dan menilai hati manusia. Manusia tak dapat tengok hati orang lain. Sekadar hati bersih tapi tak melakukan apa apa kebaikan pun, tak boleh juga.
Boleh klik di SINI untuk entri Mee Talam yang saya sediakan sebelum ini. Entri itu tak berapalah bodo mee nya kerana saya letakkan sedikit udang untuk anak anak. Mee sebenar hanya menggunakan batang kangkung yang dipotong pendek. Diletakkan pun tak banyak. Jarang jarang sekali, terjumpa kangkung dalam mee tu. Hihihi copy apa yang sahabat saya Maznah tulis dalam group WhatsApp. Mee sebodo bodo mee jer. Jadi kali ini, saya cuba buat versi bodo tanpa udang. Cuma batang kangkung tu, macam masih terlebih banyaknya sebab nak menghabiskan stock. Ada masa saya tengok MokDoh gunakan sayur kacang panjang juga. Tapi kebanyakan masa, menggunakan sayur batang kangkung sahaja. Balik kampung nanti nak cuba dapatkan kicap cap Ikan Mas di Pasar Jelawat. Warna mee ini patut lebih gelap lagi. Mungkin sebab faktor kicap dan gula Melaka yang digunakan.
Jom layan resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan ini terutama untuk generasi seperti saya yang membesar dengan mee talam...

Mee Talam aka Mee Boko
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahannya;
1 1/2 peket mee kuning
1/2 ikat kangkung - ambil batang sahaja
1 sudu besar cili kisar
Garam
Bahan Tumbuk:
5 ulas bawang putih
9 ulas bawang merah
Bahan masak:
Kicap pekat cap Ikan Mas - guna Kicap Jalen
1/4 keping Gula Melaka
Cara cara:
Masak sedikit air dengan gula Melaka hingga gula hancur. Masukkan kicap dan masak sehingga berkilat. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga garing. Masukkan pula cili kisar. Terus tumis sehingga cili benar benar masak.
assalamualaikum. nak bertanya tentang penggunaan kicap pekat cap ikan mas. pertama kali dengar. adakah rasa kicapnya sangat sedap untuk mee goreng? selama ni yang sy tahu, kicap mee jenama tamin. tq kak azie :)
BalasPadamKicap manis yang dijual di Kelantan
Padam