Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Ikan Rebus Goreng Kegemaran Saya


Ikan Rebus Goreng


Saya ingin mulakan dengan sedikit petikan kuliah Ustaz Jafri Abu Bakar di Surau Ad Dhuha berkenaan tanda tanda orang yang berdosa. Kita boleh semak diri sendiri jika tanda tanda ini ada pada kita supaya langkah segera dapat diambil.  

1. Berat nak melakukan amal ibadah walaupun ibadah paling ringan. Contoh membaca surah Al Ikhlas sebanyak 10 kali, kita akan diberi istana di syurga. Sangat senang tapi susah hendak dibuat. Ini adalah kerana hati kita yang kotor dengan dosa. Berapa ramai antara kita yang tidak melakukan solat sunat, sedang kita tahu solat fardhu kita tak sempurna. Solat tak kusyuk. Allah tengok ibadah solat terlebih dahulu sebelum amalan yang lain. Solat kita macam kain buruk. Allah tanya ada tak hamba ini melakukan solat sunat? Kenapa berat nak melakukan solat sunat? Yang memberatkan itu adalah dosa. 


2. Susah untuk bangun bersola tahajjud. Allah sayang kat kita. Bila lagi tua, umur dah semakin pendek. Tidur susah dan selalu terjaga. Ini adalah kerana Allah hendak kita bangun dan menunaikan solat. Allah kejut suruh bangun tahajjud. Waktu mustajab doa. Allah turun ke langit dunia setiap malam. Allah kata pada Malaikat ada tak di kalangan hambaku yang berdoa akan aku makbulkan doa. Ada tak hamba ku yang nak minta apa apa. Aku nak tunaikan hajatnya. Kita banyak masalah. Hutang banyak tak selesai lagi. Kalau ada yang nak minta ampun, aku akan ampunkan dosanya. Waktu itu, kita sangat dekat dengan Allah. Allah tahu kita banyak masalah. Allah kejutkan dengan sangat lembut. Kita bangun, hanya untuk pergi toilet. Sambung tidur balik. Yang hairannya boleh bangun tengok bola. Bulan Ramadhan, muslimat boleh bangun memasak untuk sahur tapi susah nak buat solat 2 rakaat semua kerana banyaknya dosa. Di Padang Mahsyar waktu berdiri dibangkit dari kubur. Kita akan bergerak seketat manusia dari zaman Nabi Adam hingga manusia akhir zaman. Lemas kerana terlalu ramai manusia. Matahari sejengkal atas kepala. Lemas dalam peluh. Siksa waktu tu. Dahaga seperti terpotong leher. Berdiri selama 70 tahun. Menangis hingga keluar air mata darah. Apa istimewa kita yang Allah nak tengok pada kita. Allah bagi tips dalam surah Al Isyrak, kita kena duduk di makam terpuji. Siapa mereka?. Orang yang sebahagian malam bangun bertahajjud melakukan ibadah sunat. Mahu tak mahu kena bangun. Buat 2 rakaat pun dah cukup. Bangun awal 10 minit dari Subuh pun dah tak apa. Buat solat tahajjud. Doa apa sahaja terutama yang ada masalah. Masuk Subuh terus solat Subuh. Kot yang sikit itu lah yang paling ikhlas yang Allah nak pandang. Jangan pandang kecil ibadah kecil. Jangan pandang kecil pahala kecil kerana ia mungkin itu yang Allah pandang. Jangan pandang kecil akan dosa kecil kerana itu yang mungkin buat kita masuk  ke neraka. 

3. Apa sahaja yang Allah nak bagi kat dia. Ilmu yang Allah nak bagi semua tak masuk dalam hati dia. Boleh hantar orang mati hingga ke kubur, atau turun hingga ke dalam kubur tapi tak ambik pengajaran pun dari kematian. Apa orang cakap pun, dia tetap tak buat. 


Ikan Rebus Goreng


Sebelum ini di SINI saya kongsikan resepi nasi goreng ikan bilis yang sempoi giler tapi sedap dan dimakan pula dengan ikan rebus goreng, jadi hari ni nak tayangkan lauk ikan rebus goreng pula. Ikan rebus ini tidak sama dengan ready made ikan rebus yang dijual di pasar pasar. 

Semasa ke kampung suami, ada nampak arwah Bonda Mertua beli ikan rebus. Tak sama sekali dengan ikan rebus Kelantan dari segi rasanya. Ikan rebus Kelantan mesti direbus dengan asam keping dan garam yang banyak supaya cukup rasa masam dan masinnya. Ikan direbus dengan air agak agak tenggelam ikan sehingga air hampir kering supaya tiada rasa hanyir. 

Ikan ini yang diguna sebagai lauk nasi berlauk atau sebagai lauk goreng dimakan dengan pulut kelapa parut. Kalau direbus dan dibiarkan semalaman sebelum dimasak, lagi lah sedap. Kalau guna ikan selayang atau di sini dipanggil ikan sardin, aduhaai sedapnya. Ikan selar kuning pun sedap. Aduh duh duh semua ikan pun sedap. Kelantan tetap di hati dan makanannya serasi dengan tekak ini.

Jom layan cara penyediaan ikan rebus goreng yang sangat sedap dimakan dengan pulut dan kelapa parut atau dimakan dengan nasi kerabu dan pelbagai lagi...


Ikan Rebus Goreng

Ikan Rebus Goreng
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Ikan rebus
1/2 biji bawang besar - hiris
1 biji cili merah - hiris

Cara cara:
Ikan direbus bersama sama asam keping yang banyak dan  garam sehingga airnya hampir kering dan biarkan semalaman. Ikan rebus mesti ada rasa masam dan masin.


Ikan Rebus Goreng


Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing. Masukkan bawang besar dan cili merah. Kacau sehingga bawang layu, bolehlah ditutup api.


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Ikan Rebus Goreng Kegemaran Saya"

  1. Assalamualaikum pn azie
    im ur silent reader...
    mohon share post yg ini ye..credit to aziejaya..

    BalasPadam
  2. Salam Pn Azie, Husband saya suka makan ikan rebus goreng. Minyak untuk menggoreng ikan tu perlukn minyak yang banyak atau sedikit sahaja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang sedang sahaja. Agak agak separuh tenggelam ikan..

      Padam
  3. Kak..macam mana nak goreng ikan rebus ni tanpa letup2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mmg akan meletup sebab kandungan air dalam ikan. Lepas masuk dalam kuali, terus tutup kuali.

      Padam
    2. Terima kasih kak..tips akak memang best. saya dah cuba. seronok bila dapat makan ikan rebus goreng. masa nak goreng ikan tu pun dah xguna talian hayat lagi..hehe

      Padam
  4. Assalamualaikum kak azie.

    Tahniah kerana di samping berkongsi resepi kak azie juga byk sampaikan tazkirah peringatan. Semoga dlm rahmat Allah selalu melimpah kak Azie & keluarga.

    Resepi kak Azie byk yang saya cuba & memang menjadi.

    Semoga diberi kemudahan & kekuatan untuk terus menyumbang dengan kepakaran kak Azie ni.

    Terima kasih ye. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm.. Aamin atas doa. Semoga kita sama sama dalam lindungan Allah

      Padam
  5. Allahu, sentap habis blog kak azie.. nak cari resepi tapi jumpe ilmu sekali. Alhamdulillah. Jzkk ye kak azie. Mknn kegemaran ni. Arwah ma sllu msk sbb tau ank bongsu dia suke. Skrg kna msk sndiri la huhu

    BalasPadam
  6. Kalau taruk ni gula melaka ok ke sikit org kelantan cakap nissan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada orang masuk gula melaka masa merebus terutama utk dijadikan lauk nasi dagang Terengganu

      Padam
  7. Alhamdulillahhh..SY suka guna resepi Dari kak azie.memang menjadi Dan sedap.terima kasihnya atas perkongsian ilmu kak.semoga sentiasa murah rezeki & sihat selalu

    BalasPadam