Sotong Rebus Kuah Hitam
Saya tertarik untuk berkongsikan antara petikan kuliah Maghrib di surau Ad Dhuha berkenaan isteri dan anak Nabi Nuh yang tidak mengikut ajaran Nabi Nuh. Tidak beriman. Ini adalah kerana iman tidak diwarisi. Harus diingat bahawa Hidayah milik Allah.
Jadi kepada sesiapa yang menpunyai anak yang beriman, haruslah bersyukur kerana semua ibubapa mahukan anak beriman. Janganlah dikeji kepada mereka yang anak belum diberikan petunjuk. Bagi ibubapa pula, kalau dirasakan anak tidak taat kepada perintah Allah, perbanyakkan lah berdoa pada Allah supaya mereka diberikan petunjuk dan hidayah.
Kita kena bersyukur kerana Islam adalah agama kita pada hari ini. Renungkan lah, kalau kita dilahirkan oleh ibubapa yang bukan beragama Islam, adakah kita beragama Islam pada hari ini?

Hari
ini saya membuat keputusan untuk memasak kerana Nana, Boy dan Aween
ada di rumah. Mereka balik untuk meraikan harijadi saya bersama Juita.
Tapi Juita telah kembali ke kolej semalam. Semasa berchatting dengan
group WhatsApp Sekolah Menengah Bachok, timbul idea untuk memasak Sotong
Rebus Kuah Hitam yang sangat popular di negeri Che Siti Wan Kembang.
Masakan ini adalah masakan yang biasa dimasak oleh Arwah Bonda. Tapi saya belum pernah memasak sendiri kerana saya tidak berapa menggemari lauk ini. Oleh kerana telah berpuluh tahun saya tidak menikmatinya, tiba tiba tekak terasa rindu untuk merasai lauk yang pernah saya nikmati suatu ketika dulu.
Dengan resepi yang diberi oleh Tengku Yuslida, saya mula memasak sambil merakam video. Haa jika ingin melihat video penyediaan sotong rebus ini, bolehlah singgah di Instagram @aziekitchen.
Jom layan resepi tradisional negeri Kelantan yang mudah dan menpunyai rasa yang sangat unik. Jika sotong menpunyai telur, bertambahlah lagi keenakannya...

Sotong - tak perlu dipotong
1-2 batang serai - ketuk
4 ulas bawang putih - ketuk
1 labu bawang besar - hiris
2 inci halia - ketuk
Garam
Sedikit gula Melaka
Cara cara:
Cara cara:
Sotong dibersihkan. Jangan dibuang kulit, dakwat atau tulangnya. Kalau dapat yang bertelur, lagi sedap.
Satukan kesemua bahan ke dalam periuk dan masukkan air sekadar menenggelamkan sotong sahaja.
Masak sehingga sotong masak dan jangan terlalu lama, nanti sotong akan menjadi liat.Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Dakwat sotong dah keluar fatwa bulih dimakan atau tidak?
BalasPadamPinjam resepi ni
BalasPadamsilakan
Padam