Sambal Tumis Ikan Bilis
Tiada kejayaan hakiki dalam kehidupan. Masih terngiang ngiang apa yang seorang ustaz katakan. Selepas kita memperolehi apa yang kita hajati, kita akan beralih pada hajat yang lain pula. Tidak pernah merasa cukup dan kehendak itu tidak akan ada penghujungnya selagi kita masih bernafas. Kegembiraan yang dirasai kerana berjaya memiliki sesuatu hanyalah datang seketika sahaja. Berdasarkan pengalaman hidup sendiri, saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan.
Saya melihat mereka yang lebih tinggi dari saya dengan rasa kagum dengan keberuntungan mereka. Ada ketika saya akan menepis dengan memanjatkan kesyukuran kerana setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya adalah sebenarnya mempunyai hikmah yang tersembunyi. Hikmah yang saya dapat rasakan sendiri. Hikmah yang menunjukkan betapa sayangnya Allah pada diri ini. Sekarang kita masuk pula bab resepi dan masakan. Resepi ini adalah resepi yang diubahsuai berdasarkan trial and error yang berdasarkan pengalaman sendiri dalam menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini. Saya menyediakan sambal tumis ikan bilis untuk dibawa bekalan semasa percutian kami ke London. Alang alang dah tinggal di apartment yang boleh memasak, teringin nak memasak nasi lemak di semasa di sana.
Boleh juga lihat resepi Sambal Tumis Ikan Bilis versi Dr Nana di SINI. Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Jom layan...

Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap Versi Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis – digoreng layu
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering – buang biji, rebus & kisar (8 sudu besar cili kisar)
1 biji bawang besar – hiris
1 keping asam/air asam jawa
Garam secukup rasa
3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka - opsyenal
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
Secubit ikan bilis mentah
Sedikit belacan bakar - opsyenal
1 biji buah keras – opsyenal
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris sehingga layu dan naik bau sahaja. Masukkan pula bahan kisar dan tumis sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan.
Masukkan cili kisar dan tumis dengan menggunakan api yang kecil supaya cili betul betul masak dan tidak hangit. Boleh tutup kuali supaya sambal tak meletup letup dan terpercik ke tangan.
Bila cili benar benar masak garing dan terbit minyak, masukkan sedikit gula dan garam terlebih dahulu sekadar untuk menggaringkan sambal.
Kemudian masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit. Selepas itu, baru dimasukkan asam keping, gula, gula merah dan garam secukupnya serta bawang besar hiris.
Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama lama sehingga sambalnya agak pekat dan terbit minyak. Bolehlah ditutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
Resepi ini tidak diletakkan bawang putih. Sambal dikatakan lebih sedap jika tidak mengunakan bawang putih.
Boleh tambah buah keras untuk menambahkan lemak pada sambal.
Boleh juga gunakan cili merah hidup sebagai menggantikan cili kering. Sangat sedap, berwarna cantik dan tidak perlu ditumis terlalu lama.
Boleh juga jika ikan bilis tidak digoreng terlebih dahulu, terutama jika ikan bilis yang berkualiti tinggi
TERTELAN-TELAN air liur...huarghh..heheh..feveret nie!
BalasPadamSedapnya. Mesti cuba.
BalasPadamResipi sambal tumis tersedap pernah saya cuba.
BalasPadamPerghhhh.... kna buat nih...
BalasPadamDh Cuba... mmg sempoi tambah2 makan dgn nasi panas2 time hujan plak tu
BalasPadamDh buat...mmg sedapp. X sabar nk makan...
BalasPadam