Penang Laksa Assam Yang Sangat Sedap
Petikan kuliah Zohor Ustazah Noraini mengenai kita wajib beriman pada Qada Qadar. Percaya dan yakin bahawa apa yang berlaku adalah telah disusun ikut apa yang kita perlu dalam hidup. Mustahil ianya disusun mengikut apa yang kita kehendaki.
Juga diingatkan supaya setiap hari kita berdoa sebelum keluar dari rumah dengan doa "Aku keluar bekerja hari ini kerana Allah Taala. Murahkanlah rezeki ku". Gaji bulanan pasti akan masuk ke akaun bank kita setiap bulan tapi duit tak pernah cukup. Ada ada sahaja yang mengurangkan duit kita seperti kereta rosak, barang hilang dsb. Jika ini berlaku, kita kena tengok apa yang mengurangkan keberkatan kerja kita. Itu lah sedikit perkongsian semoga ianya memberi manafaat pada kita semua. Ilmu sekadar tinggal ilmu jika tidak diamalkan. Jadikan ianya sebagai ilmu bermanafaat dengan mengamalkan apa yang kita pelajari.
Telah lama saya teringin nak makan Laksa Asam. Tapi laksa ini hanya ada dijual di kopitiam atau restoran besar sahaja. Tidak seperti Laksa Penang yang lebih mudah diperolehi. Laksa Asam popular di kalangan masyarakat China. Nak memasak sensiri pula, memikirkan anak anak tidak ramai di rumah. Tapi hari ini saya memutuskan untuk memasak selepas mendapati banyak bahan yang diperlukan ada di dapur. Lebih lebih lagi 2 kuntum bunga kantan yang baru saya petik dari laman dapur.
Telah lama saya teringin nak makan Laksa Asam. Tapi laksa ini hanya ada dijual di kopitiam atau restoran besar sahaja. Tidak seperti Laksa Penang yang lebih mudah diperolehi. Laksa Asam popular di kalangan masyarakat China. Nak memasak sensiri pula, memikirkan anak anak tidak ramai di rumah. Tapi hari ini saya memutuskan untuk memasak selepas mendapati banyak bahan yang diperlukan ada di dapur. Lebih lebih lagi 2 kuntum bunga kantan yang baru saya petik dari laman dapur.
Saya mula kenal laksa ini selepas singgah makan laksa di jalan ke kuala Kubu Baru semasa melawat Nana yang ketika itu belajar di MRSM Kuala Kubu Baru. Dari situ, saya baru tahu keenakan laksa Asam yang memang tidak menjemukan. Kebetulan kakak yang berniaga tu pula sangat ramah bercerita tentang kelebihan laksa asam berbanding laksa Penang atau laksa Kedah. Resepi Penang Assam Laksa yang sedap di SINI dan di SINI. Boleh klik di bawah untuk video.
Jom layan resepi original Penang Laksa Asam yang mudah dan sangat sedap.
Penang Laksa Asam
Oleh: Azie Kitchen
Bahan Kisar:
1/2 jari telunjuk kunyit hidup
12 tangkai cili padi
1/2 ibu jari lengkuas
1 1/2 inci belacan Melaka warna merah
1 1/2 labu bawang besar
Lain lain:
1 kg ikan kembung - direbus
3 batang serai - titik
1/2 senduk cili kisar
1 ikat daun kesum
10 kpg asam keping
1 bunga kantan - belah 2
1/2 genggam asam jawa - boleh guna pes asam jawa
½ - 1 biji nenas masak - blend & masuk dalam kuah
5-7 sudu besar gula atau secukup rasa
Garam secukupnya
Hirisan:
Timun, daun pudina, bawang besar, cili merah/padi, salad, bunga kantan
Cara cara:
Ikan dicuci bersih dan di rebus, angkat dan disiakkan isinya. Tapis air rebusan diguna utk buat kuah. Bahagian tulang dan kepala ikan dikisar dan ditapis airnya.
Ambik sedikit isi ikan dan dikisar halus. Manakala yang lain, dibiarkan kasar.
Masukkan kesemua bahan kisar dan bahan bahan lain ke dalam periuk. Masak dengan api perlahan. Masukkan gula dan garam.
Semasa dihidang, letakkan beberapa ketul isi ikan di atasnya dan juga hirisan sayuran. Jika suka, boleh makan dengan otak udang. Selamat mencuba...
Nota:
Gula mestilah banyak sehingga terasa seperti manis manis buah.
lain yer kuah dia.. kaler kuning2..
BalasPadamterliurnyaaaa tengok laksa... nyumnyummm
BalasPadamoooo patutlah warna kuahnya lain sedikit berbanding kuah laksa biasa... rupanya bubuh kunyit hidup...tq for sharing Azie.
BalasPadam