Majlis Persandingan Anak Dato Salehuddin di SACC
Memandangkan majlis perkahwinan ini adalah yang pertama dalam keluarga Dato Salehuddin, maka beberapa majlis diadakan untuk meraikan pengantin. Bermula dengan majlis pernikahan, diikuti dengan majlis persandingan di Shah Alam Convention Centre dan majlis di Concorde Hotel Shah Alam. Majlis di SACC diadakan untuk berkongsi kegembiraan dengan saudara mara serta sahabat handai. Majlis bermula seawal 11.30 pagi dengan hiasan dewan dan pelamin yang sangat cantik. Tuan rumah dan keluarga berpakaian sedondon cantik berwarna pink.
Kami dan geng alumni Kolej Ketiga sepakat untuk datang pada masa yang sama supaya dapat bersua muka. Pendek kata sambil menyelam minum air. Selain untuk sama sama memeriahkan majlis perkahwinan anak Dato' Salehuddin, boleh juga bertemu dengan sahabat sahabat alumni. Antara yang hadir adalah Haji Kamaruddin, Dr Abdol Aziz, Dr Anizu, Dato Ibrahim, Dato Rujhan, Dato Alias, Encik Suhaimi, Haji Abd Nasir dan Boy.
Seperti biasa, kalau dah bersua muka, mulalah suasana menjadi riuh rendah dengan gelak tawa dan gurau senda. Ada ada sahaja cerita yang menjadikan bahan perbualan. Ada yang mengusik Dr Aziz sebagai penghibur lara yang sentiasa memeriahkan suasana dengan kehadiran beliau. Sebelum majlis berakhir, kami mengambil peluang bergambar walaupun tak dapat bergambar dengan semua yang hadir kerana ada yang terpaksa meninggalkan majlis lebih awal dek mempunyai urusan lain. Agak sukar untuk bergambar dengan tuan rumah yang tidak menang tangan untuk menerima kehadiran tetamu yang bertali arus.
Walaupun dalam kesibukan, kami tetap mencuri masa tuan rumah untuk bergambar bersama sama sebagai kenangan. Maklum momen momen seperti ini harus dirakamkan sebagai kenangan kerana ianya pasti tidak dapat diulang lagi.
Sekali lagi tahniah kepada Dato Salehuddin dan famili kerana majlis yang sangat meriah dengan pelbagai hidangan lazat. Buah tangan berupa kek cawan Red Velvet yang juga sangat sedap. Tahniah dan sehingga bertemu di majlis resepsi seterusnya di Concorde Hotel yang diadakan untuk rakan rakan perniagaan dan kenalan rapat.
Catat Ulasan for "Majlis Persandingan Anak Dato Salehuddin di SACC"
Add your comment