Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Day 5: Buckingham Palace


Buckingham Palace


Hari ke5 iaitu 11 Februari, selepas bersarapan, kami bermalas malas di bilik. Keluar agak lambat sehingga matahari agak terang memancar. Hati gembira melihatkan langit yang cerah cantik hari itu. Lagi pula kami perlu sampai di Buckingham Palace pukul 11.30 pagi untuk menyaksikan guard exchange parade. Kami mengambil bas dan turun di Hyde Park Corner dan berjalan kaki untuk ke Buckingham Palace untuk melihat perarakan pertukaran guard.


Buckingham Palace


Semasa kami sampai, orang telah ramai. Alhamdulillah cuaca baik dan ada matahari. Tak boleh dibayangkan jika cuaca mendung seperti hari hari sebelumnya. Tak pasti jika kami dapat bertahan berada di tempat terbuka hampir sejam. Meh kita layan gambar gambar semasa di depan Istana Buckingham. 


Buckingham Palace

Buckingham Palace

Buckingham Palace

Buckingham Palace

Selepas itu, kami berjalan melalui Greens Park untuk mengambil bas ke Lilywhite sekali lagi. Sungguh cantik pokok pokok yang hampir gondol dahan dan ranting. Tersusun sangat cantik dan sesuai untuk bergambar. Kami menghabiskan masa di situ untuk bergambar.


Buckingham Palace

Dari situ, kami bergerak pula ke Primark dan Oxford Street sekali lagi kerana Aween mahu membeli kasut. Kami balik ke hotel dan mula mengemas barang barang. Bab mengemas ni yang selalunya memeningkan kepala. Bag juga mula beranak anak. 


Buckingham Palace

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "London Day 5: Buckingham Palace"