Lidah Masak Kicap Mudah
Saya mulakan entri ini dengan petikan dari kuliah Ustaz Fauza berkenaan hamba pilihan Allah. Kita nak kena check dan muhasabah. Apakah kita disayangi Allah? Hidup dengan penuh rahmat dan kasih sayang Allah. Tak guna jika hidup dalam kemurkaan Allah. Makan rezeki Allah tapi tak tahu bersyukur dengan nikmat Allah. Tapi oleh kerana dunia bukan tempat pembalasan. Manusia tak rasa apa apa walaupun dimurkai Allah. Apa tanda tanda jika Allah redhai dan kita adalah hamba pilihan Allah?
1. Jika meninggalkan istirehat di dunia. Sibuk kerja dunia untuk landasan ke akhirat. Yang sibuk urusan dunia sahaja, mereka bukan hamba Allah. Mereka ikut hawa nafsu sahaja. Allah buat siang dan malam penuh dengan perancangan. Masa 24 jam perlu dibahagi dan diuruskan masa dengan bijak. Surah Al Ashr manusia dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Tempat rehat orang beriman adalah di alam barzah. Rehat di dunia tidak sama dengan rehat orang yang tidak beriman. Meninggalkan istirehat di atas dunia, adalah tanda seseorang itu adalah orang beriman. Dunia adalah ibarat penjara pada orang beriman, umpama banduan di dalam penjara. Tidak boleh melakukan atau meminta sesuka hati.
2. Dapat memberi apa yang kita ada. Rasulullah bagi buah tamar yang dibahagi dua pada orang yang lapar. Hebat peribadi Rasulullah. Ramai orang kafir memeluk Islam kerana berkenan dengan peribadi Rasulullah.
3. Tidak menginginkan kedudukan. Bukan sifat kita yang hendak akan pangkat dsb tapi kalau orang beri, kita ambik. Bukan menolak semuanya. Tapi bukan hati kita yang hendak. Hati kita terkawal, samada ada kedudukan atau tiada kedudukan, tetap sama sahaja.
Kali ini saya menyediakan Lidah Masak Kicap. Cara yang sama dengan Daging Masak Kicap yang selalu saya gunakan. Ini kiranya cara sempoi, yang memasak ikut gerak hati. Ianya macam tak perlu nak fikir, tangan akan automatik capai itu dan ini. Yang penting, ianya sesuai dengan selera saya yang sukakan sesuatu masakan yang ringkas.
Jom layan resepi mudah yang selalu saya gunakan untuk memasak semua jenis lauk masak kicap seperti ayam, daging. Masak kicap versi sempoi....
Lidah Masak Kicap
Lidah - potong dan lumur garam kunyit
Sedikit cuka
Sedikit kicap
Bahan hiris:
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili merah dan cili hijau
Sedikit halia
2-3 ulas bawang putih
Cara cara:
Cara cara:
Masak lidah dengan air dalam kuali sehingga air kering dan lidah menjadi empuk. Masukkan minyak dan goreng lidah seketika.
Masukkan halia dan bawang putih dan digoreng lagi. Masukkan cuka dan kicap. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili cili. Kacau seketika dan sedia untuk diangkat.
Masukkan halia dan bawang putih dan digoreng lagi. Masukkan cuka dan kicap. Kacau rata.
Akhir sekali, masukkan bawang besar dan cili cili. Kacau seketika dan sedia untuk diangkat.
Salam kak Haziah banyak2 tazkirah akak tazkirah pagi ni paling menusuk hati, terima kasih atas perkongsian...harap teruskan lagi peringatan sebegini untuk saya dan semua pembaca..semoga Allah panjangkan pahala untuk akak yang menulis..=)
BalasPadam