Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Daging Masak Hitam Juadah Di London


Daging Masak Hitam Juadah Di London


Saya menyediakan lauk ini untuk disejukbeku bagi dibawa semasa percutian kami ke London di SINI. Penerbangan yang memakan masa hampir 14 jam tambah pula lagi 3 jam dengan Eurostar menyebabkan ianya mula mencair. Jadi sebaik sahaja tiba di Paris, saya terus menumpangkannya dalam peti sejuk hotel kerana di bilik tiada kemudahan peti sejuk. Sebelum bertolak ke London, baru kami ambil dari peti sejuk hotel di Paris. Alhamdulillah kerana ianya menjadi lauk kami semasa di London. Lauk untuk di makan dengan nasi putih juga dengan nasi lemak. Memang saya ada masa untuk memasak semasa di sana kerana musim winter, siang sangat pendek tetapi tak mahulah membuang banyak masa untuk memasak. Kita ke sana untuk bercuti dan melancung kan? Lauk ini cukup serasi dimakan dengan timun jepun dan telur dadar serta nasi panas panas. Tak perlu lauk lain pun. Saya pernah menyediakan lauk ini di SINI. Memang sangat sedap juga dimakan dengan lemang atau pulut kuning. Lagi pun, ianya tidak menggunakan santan. Jadi lebih tahan lama walaupun tidak disimpan di dalam peti sejuk.  


Daging Masak Hitam Juadah Di London


Sebelum masuk, bab resepi meh layan petikan dari kelas Tadabbur sebagai panduan kita semua. Semoga bermanafaat. Zakat terbahagi lepada 2. Iaitu zakat Zahirah iaitu zakat yang dikeluarkan daripada harta yang zahir seperti binatang ternakan, perniagaan dan tanaman. Dari sisi Iman Shafie, harus mengeluarkannya sendiri dan afdhal diberikan kepada pemerintah. Kedua zakat Bathinah iaitu zakat yang dikeluarkan daripada harta yang tidak zahir. Contoh seperti zakat emas, perak serta galian. Dari sisi Iman Shafie, harus diberi kepada pemerintah dan afdhal dikeluarkan sendiri. Saya saja lah bagi cadangan, meh kita pakat bayar zakat atau tambah bayaran zakat bulanan kerana semua bayaran yang dibuat untuk zakat dapat 100% pelepasan cukai pendapatan. Tanggungjawab pada agama dapat ditunaikan dan pada negara juga dapat diselesaikan. Kalau hanya bayar cukai pendapatan, kena ingat yang zakat perlu juga ditunaikan. Tak bayar zakat, boleh berdosa. Sebelum tu, jangan lupa klik iklan dalam blog Azie Kitchen samada menggunakan mobile atau lap top/desk top.

Jom layan resepi yang sedap dan mudah disediakan ini. Yang penting lauk ini boleh disejukbeku untuk kegunaan akan datang kerana ianya tidak mengandungi santan. Jom layaan...



Daging Masak Hitam Juadah Di London

Daging Masak Hitam
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
Bawang besar mayang - hiasan


Bahan Kisar:
10 batang serai
10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia - 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih


Cara cara:
Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.

Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Daging Masak Hitam Juadah Di London"

  1. assalamualaikum Azie
    nampak sedap daging masak hitam ni Zie
    macam nak try lah buat utk dibawa nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Cubalah kak Noor. Resepi mak Chef Wan

      Padam
  2. Tengok pun dah terliur.

    BalasPadam
  3. Maaf cik azie halia tu 4 ke 5 cm atau inci

    BalasPadam
  4. salam kak. saya dah cuba resepi ni 2 kali buat masa raya tahun lepas
    memang sedap sangat
    tq berkongsi resepi nanti nak buat lagi hihi

    BalasPadam
  5. Saya dah masak minggu lps..Memang sedap smpi mak saya makan tanpa nasi..gatah lauk daging ni je..tq kak

    Nurrul Dr kuantan

    BalasPadam