Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Udang Dengan Nenas


Masak Lemak Udang Dengan Nenas



Sebelum memulakan entri percutian kami ke Paris dam London, saya mahu menyelitkan satu entri masakan iaitu Masak Lemak Udang Dengan Nenas. Resepi ini saya pelajari dari Intan, anak buah hubby yang sangat pandai memasak. Ketika itu, Intan menyediakan lauk untuk jamuan semasa majlis tahlil arwah Bonda mertua. Pastinya masakan ini bukanlah sesuatu yang istimewa. Ianya lauk biasa sahaja tetapi jarang malah belum pernah saya menyediakan masak lemak udang yang digandingkan dengan nenas. Rasa saya, jika menggunakan udang yang bersaiz kecil lebih sedap dari udang harimau yang saya gunakan. Pastikan udangnya segar. Barulah keenakannya sehingga menjilat jari. hihihi. 


Masak Lemak Udang Dengan Nenas


Sebelum kita layan resepi, jom saya nak kongsikan antara petikan Kuliah Ustaz Abdullah Al Besuti yang sempat saya catatkan. Allah Taala berfirman tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah. Maknanya kita kena jadi seorang hamba Allah. Sebagai mukmin kita kena bersifat seperti seorang hamba. Apa sifat seorang hamba? Ianya terbahagi kepada 4 sifat iaitu;

1. Mesti yakini sifat kita sebenarnya adalah lemah. Apa itu lemah? Ertinya tak dapat menyempurnakan segala kehendak kita. Kalau dapat pun, hanya 2% sahaja. Itu tandanya kita bersifat lemah. Cth, Umur yang ada pada kita. Kita tak nak jadi tua. Kita tak mahu cepat tua. Kehendak kita tak mahu tua. Apa daya kita tak mampu menahan usia tua dari berlaku. Maknanya sifat kita adalah lemah. 

2. Bersifat dhoif. Hampir sama dengan sifat lemah. Maknanya tak dapat untuk mendirikan akan kekuatan tabiat kita. Benda semulajadi kita seperti rasa lapar, dahaga.  Kita tak dapat nak hilangkannya kerana kita dhoif. Apa yang boleh hilangkan rasa lapar dan dahaga kita ialah Allah. Nasi menghilangkan lapar hanyalah asbab. Hakikatnya yang menghilangkan semua itu adalah Allah Taala. Dalil akal bahawa nasi bukan boleh menghilangkan lapar ialah Allah Taala jadikan nasi di tempat kita tapi di tempat lain makanan yang mengenyangkan adalah roti atau kacang sahaja. 

3. Bersifat hina. Dari sifa hina, banyaknya keluar sifat hati lain seperti riak sombong dll. Mana dalilnya? Asal kejadian kita bermula dengan Nabi Adam adalah dari tanah. Hari hari orang pijak tanah. Iblis engkar perintah Allah kerana memandang hina kejadian Nabi Adam. Dalil kita sendiri, anak kita lahir dari cantuman air mani. Pada sisi kita, air mani sangat jijik dan hina. Boleh menyebabkan malu besar kalau ada orang nampak ada air mani melekat di badan kita. Dalil lain ialah kita keluar dari tempat paling hina iaitu tempat keluar najis. Tanpa kira pangkat, jangan merasa sombong. Hakikatnya kita sama. Wujud sifat lain spt ujub, perasan, takbur dll sifat hati. Sifat hati adalah lintasan hati. Kadang kadang ianya terkeluar menunjukkan kepada orang yang sifat hati sebenarnya seperti perasan, riak dsb. Cth bila kita beribadat sebelah malam. Bila kawan tanya kenapa mata nampak lebam. Mulalah kita beritahu yang kita solat malam. 

4. Sifat fakir. Kita sentiasa berhajat pada Allah. Tak pernah lepas dari Allah setiap saat.  Dari kita belum ada lagi, kita dah berhajat. Dari tak ada, nak bagi ada juga adalah berhajatnya kita pada Allah. Dalil nya ialah keadaan yang menyakitkan kita spt kemalangan dsb  yang berlaku. Kita tak mahu ada perkara yang menyakitkan berlaku pada kita.   

Kita adalah hamba yang bersifat hina, lemah, dhoif dan fakir. Tunjukkan pada Allah. Semoga kita bertambah mengenali Allah. Supaya kita zahirkan sifat itu dalam kehidupan seharian. Semoga bermanafaat untuk kita kembali merenungi diri kita. Jom layan resepi di bawah ini. Resepi asal yang diberi untuk udang 4 1/2 kg tapi saya dah ubahsuai untuk 1/2 kilo udang sahaja.



Masak Lemak Udang Dengan Nenas

Masak Lemak Udang Dan Nenas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1/2 kg udang
1 biji bawang besar
4-6 tangkai cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1/2 tangkai cili merah - hiris
1 batang serai - ketuk
1/2 biji nenas
1/2 kg santan atau secukupnya
1 asam keping (jika belum cukup masam) - tak letak
Garam

Cara cara:
Kisar bawang besar, cili padi dan kunyit hidup bersama sedikit santan. Masakkan santan, nenas dan bahan kisar sehingga mendidih dengan api perlahan.

Masukkan serai.Masukkan udang, cili merah dan garam secukupnya. Sesuaikan rasa. Angkat kerana jangan masak udang lama, nanti ia menjadi keras. Siap untuk dihidangkan.

Nota:
Boleh juga jika mahu dimasukkan sekeping ikan tenggiri jeruk ke dalamnya. Tapi saya lebih suka kuah yang mempunyai rasa kemanisan udang yang semulajadi.




Masak Lemak Udang Dengan Nenas





Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Masak Lemak Udang Dengan Nenas"

  1. sedap nya..bg sy yang sedap tu nenas..udang boleh tolak tepi..feveret nenas masak lemak cmni..hehehe

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Hi kak Azie....I love to read ur blog....which was abt ur fa,ily, cooking, travelling, ur kids....and how is ur brother if not mistaken Abg long, in other he was sick....may he recover soon...with Allah swt blessing

      Padam