Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

London Day 3: Big Ben dan Trafalgar Square



Big Ben


Hari ketiga iaitu 9 Februari di London kami membuat keputusan untuk ke Portobello Road Market sebelum ke Big Ben. Itu pun selepas membaca cadangan kawan kawan supaya kami ke sana. Hari itu tidak banyak gerai yang dibuka sepanjang jalan. Kedai kedai sepanjang jalan pula banyak menjual barangan antik yang tentu sekali bukan minat saya. 

Terjumpa satu brooch yang cantik dari batu permata delima, zamrud dan nilam. Harganya pun sangat cantik. Hanya itu sahaja yang saya berkenan. Anak anak pula membeli fridge magnet dan lain lain souviner yang harganya lebih murah dari Oxford Street.


Portobello Road Market

Portobello Road Market

Portobello Road Market


Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Big Ben. Anak anak seronok dapat duduk di tempat duduk hadapan tingkat atas bas. Memang ramai sekali orang di kawasan Big Ben, bangunan Parlimen dan Westminster Abbey. Untuk mengambil gambar pun agak sukar dan mencabar dengan orang yang lalu lalang. Terdapat pula kerja kerja membaiki jalan yang agak mencacatkan pemandangan dalam gambar. Cuaca sejuk menjadikan anak anak juga tidak selesa untuk bergambar. Banyak banyak musim winter yang kami pergi, inilah winter yang benar benar sejuk. 


 Big Ben

Westminster Abbey


Dari Big Ben, kami berjalan kaki ke kawasan Westminster Abbey. Tapi orang ramai di situ dan pastinya agak susah untuk bergambar. Jadi kami hanya melihat dan bergambar dari jauh sahaja. Kemudian kami beredar pula ke Trafalgar Square. Menyusuri jalan jalan yang pernah saya dan hubby lalui dulu. Di sepanjang jalan ini, kami mengambil gambar secara bergilir gilir. Cuaca cantik dengan langit membiru menjadikan gambar juga cantik.


Trafalgar Square


Dari Trafalgar Square, kami mengambil bas untuk ke Lily white di mana anak anak membeli pakaian sukan. Saya singgah bergambar di monumen berhadapan Lilywhite. Dari situ, kami mengambil bas untuk ke Butik Chanel New Bond Street. 


Oxford Street London

Kemudian ke Oxford Street untuk makan di Burger n Lobster. Dari Malaysia lagi saya sudah merancang untuk menbawa anak anak makan di sini. Saya hanya menjamah sedikit sahaja. Memang sedap sekali dengan rasa isi ketam yang padat dan kental. Balik ke hotel, dah mula muncul allergi di seluruh badan. Nasib baik ianya tidak lama. Selepas mengambil ubat, tiada lagi allergy baru yang muncul.


Burger n Lobster London

Burger n Lobster London

  

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "London Day 3: Big Ben dan Trafalgar Square"

  1. Burger n Lobster tu mmg amat sedap...ninie penah mkn situ last year...hihi

    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/2016/03/london-at-first-glance-i.html

    BalasPadam