Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Confetti Blondies Yang Sedap



Confetti Blondies Yang Sedap


Hari ini saya ingin kongsikan petikan kuliah Zohor oleh Ustaz Najhan Shahir berkenaan nasihat supaya bangun beribadat di waktu malam. Allah bertanya, Adakah hambaKu yang meminta sesuatu, adakah yang meminta ampun dan adakah orang beribadat? Nescaya Aku akan tunaikan permohonan kamu. 

Rasulullah bersabda pada sahabatnya, janganlah banyak tidur waktu malam kerana ia akan menjadikan kamu fakir di hadapan Allah. Nasihat ini berkenaan dengan  kelebihan melakukan solat malam iaitu sesudah solat Isyak dan sebelum Subuh. Yang paling afdhal adalah pada  malam yang terakhir. 

Dalam Surah Al-Muzzammil, Wahai orang yang berselimut. Bangunlah malam hari walaupun sedikit. Hatta seminit sebelum azan Subuh pun, sudah dianggap solat malam. Bacalah Al Quran dengan tertib. Bangun tengah malam boleh membersihkan jiwa yang penuh dengan dosa pada Allah. Bagaimana Allah kaitkan orang yang bangun malam dengan orang membelanjakan harta di jalan Allah. 

Bagaimana solat ada kaitan dengan infak harta di jalan Allah? Orang yang bangun malam untuk bertaubat dan mohon ampun pada Allah ialah orang yang kuat serta mampu membangkitkan tubuhnya dari tempat tidur di tengah malam. Solat malam dapat melahirkan jiwa yang perihatan dan dapat membina kekuatan. Mereka pasti sekali akan membelanjakan hartanya di jalan Allah



Confetti Blondies Yang Sedap

Bagaimana solat mampu membentuk jiwa jiwa masyarakat yang empati dan simpati. Perasaan sayang pada manusia lain adalah satu sifat yang timbul dari amalan bangun solat malam. Jangan banyak tidur waktu malam. Paling lama pun 8 jam. Yang nyenyak cukup sekadar 4 jam. 

Tengahari ambik masa sikit untuk tidur sebelum atau selepas Zohor.  dari 24 jam dihabis untuk tidur. Baki adalah untuk beramal. Jika 8 jam dari 24 kalau dihabis untuk tidur, maka sudah pasti tidak cukup amalan kita nanti. Kena disusuli dengan amalan sunat yang lain seperti bangun nalam dan bertaubat. Tak cukup hanya dengan solat 5 kali sehari sahaja. Hadis Nabi juga menyebut 3 jenis suara yang disukai Allah ialah suara ayam jantan berkokok, suara orang membaca Al quran dan suara orang yang beristighfar sewaktu sebelum Subuh. 

Resepi dari Laura Vitale ini disediakan Juita pada hari pertama tahun baru 2016 malam sebelum dia balik semula ke kolej. Jika brownie menggunakan milk atau dark chocolate tapi Blondies menggunakan white chocolate. Blondie ini Juita bawa ke kolej untuk dimakan bersama kawan kawan.

Jom layan resepi yang mudah dan cepat disediakan ini. 


Confetti Blondies Yang Sedap

Confetti Blondies
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
¼ cawan All Purpose Flour
1 sudu kecil Baking Powder
¼ sudu kecil garam 
¾ cawan gula halus 
½ cawan Unsalted Butter - suhu bilik 
1 sudu kecil Vanilla Extract
1 biji telur
 cawan susu penuh krim
1 cawan White Chocolate Chips - guna 60 gram
4 sudu besar Confetti Sprinkles/manik hiasan - guna 2 sudu besar sahaja

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170 C. Lapikkan loyang 8x8" dengan baking paper dan spray dengan baking spray. 

Dalam bekas kecil, satukan dengan sebati tepung, baking powder dan garam.

Dengan menggunakan kitchen mixer, putar mentega dan gula sehingga rata dan tambah telur serta vanilla sambil diputar sehingga sebati.

Masukkan bahan tepung yang digaul tadi serta susu dan dikacau sebati. Akhir sekali, masukkan chocolate chips dan 3 sudu manik hiasan. Gaul sebati.

Tuangkan adunan ke dalam loyang dan ratakan permukaannya. Taburkan baki manik hiasan secara rata di permukaan atas adunan. Bakar dslsm oven yang telah dipanaskan dalam 30 minit atau sehingga masak.

Sejukkan sepenuhnha sebelum dipotong dan dihidangkan. Boleh potong menjadi 16 Blondies.



 
Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Confetti Blondies Yang Sedap"