Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sumbangan Untuk Resepi Pajeri Terung Yang Sangat Sedap


Resepi Pajeri Terung Yang Sangat Sedap


Sebelum saya meneruskan catatan kali ini, saya ingin membuat sedikit pengumuman berkenaan cadangan perkongsian resepi di blog Azie Kitchen. Selama ini saya berkongsi resepi secara percuma sahaja dan tanpa apa apa syarat. Saya juga pernah ditawarkan untuk menghasilkan buku resepi, juga saya menolaknya walaupun ianya boleh menjana pulangan pendapatan. Setelah lebih 4 tahun blog saya ditubuhkan, saya ingin membuat sedikit pembaharuan. 

Tujuannya supaya blog saya dapat memberikan lebih manafaat kepada semua. Idea ini dicadangkan oleh ex boss saya setelah melihat kesungguhan dan komitmen saya menulis blog selama ini. Saya akan berkongsi resepi seperti biasa, tetapi bagi setiap resepi yang dikongsikan, jika anda merasakan ianya menarik dan menghasilkan masakan yang sedap, anda boleh membuat sumbangan minimum sebanyak RM1.00 untuk resepi berkenaan. Sumbangan bolehlah dimasukkan ke akaun Maybank no 164155501745. Email: azieshoppe@hotmail.com. Sumbangan adalah secara sukarela dan tidak mengapa jika anda tidak mahu menyumbangkannya. Kepada anda yang tidak dapat memberi sumbangan, bolehlah singgah dan klik pada iklan iklan yang dipaparkan di blog saya. Insya Allah, sebahagian sumbangan akan disalurkan kepada mana mana pihak yang memerlukan.


Resepi Pajeri Terung Yang Sangat Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan sekali lagi resepi pajeri terung yang sangat sedap. Pajeri terung ini memang langsung tidak dirancangkan pun. Semasa balik dari menghantar Juita di Subang Airport, kami singgah di pasar malam. Memang saya jarang ikut anak anak ke pasar malam. Bila singgah di gerai sayuran, sangat teruja melihat terung terung yang sangat segar dan cantik. Bawang bawang merah dan putih pun sangat cantik. Lantas terus membeli terung dan bawang bawang. Lepas beli barulah teringat untuk masak Pajeri Terung mengikut cara Wan Chu yang sangat sedap. Boleh klik di SINI untuk entri sebelum ini.  

Seperti yang saya tulis sebelum ini, terung adalah antara sayuran kegemaran saya. Sedap dimasak apa pun dari goreng kicap, goreng bercili, masak lemak putih atau pajeri. Manakala pajeri pula adalah antara masakan kegemaran saya, terutama pajeri terung. Saya juga suka pajeri nenas tapi kena dibuat betul betul sebab kebelakangan ini, perut sensitif dengan nenas yang agak tajam. Kuah pajeri yang pekat berminyak sangat sedap digaul dengan nasi putih panas panas, lebih lebih lagi jika nasi menggunakan beras Moghul Basmathi Faiza. Dimakan pula dengan sambal Kelantan, ikan garam kunyit goreng dan telur masin. Aduhaai lengkap dan sangat sangat menyelerakan.

Jom layan lagi sekali resepi pajeri di bawah ini. Bahan bahan digunakan memang sama tapi perhatikan cara memasaknya supaya menghasilkan pajeri yang sangat terangkat kesedapannya. Bayangkan saya menyapu licin bekas dikuali selepas pajeri dipindahkan ke dalam periuk. Licin saya cicah dengan roti, memang sangat kena dengan selera. 

Resepi Pajeri Terung Yang Sangat Sedap

Pajeri Terung Sedap

Bahan bahan:
5 - 7 biji terung - belah 2 tak putus
2 paket kecil rempah kari daging Babas - 50 gram
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan - 1 plastik kecil
2 sudu kecil garam atau secukup rasa
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa

Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
Segenggam udang kering

Cara cara:
Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering (tak dibancuh dengan air) dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan supaya tidak hangit dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya kesemua sekali masak mesra.

Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air sehingga agak agak terung tenggelam sahaja.

Masak dengan api sederhana sehingga terung lembut dan kuah pecah minyak. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

Nota:
Jika ada kuah berlebihan, boleh tambah dengan terung yang dibelah 2 tak putus dan digoreng seketika sehingga terung lembut atau terung yang dicelur. Atau cicah sahaja kuah dengan roti putih. 


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Sumbangan Untuk Resepi Pajeri Terung Yang Sangat Sedap"

  1. KERJA FULLTIME/PARTTIME DI RUMAH . MELIPAT RISALAH UNTUK SYARIKAT . GAJI KASAR RM350-450 SEMINGGU . SESUAI UNTUK SURI RUMAH ATAU ANDA YANG BERUMUR 16 TAHUN KEATAS . WHATSAPP 0175156518 . TAWARAN KERJA TERHAD !

    BalasPadam
  2. alahai....This is my peberet. nampak sodap pajeri terung itewww

    BalasPadam