Catatan Perjalanan ke Johor Bahru dan Persinggahan di JPO
Sebelum masuk bab catatan perjalanan ke Johor Bahru, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan dari resepi yang dikongsikan oleh blog Azie Kitchen yang telah dicuba. Boleh klik di SINI. Saya akan kongsikan selepas ini resepi turun temurun yang digunakan dalam perniagaan. Untuk mengetahuinya, kenalah tunggu. Semasa ke JB atas urusan kerja baru baru ini, saya telah mengajak Aween menemani kerana saya memang agak penakut tidur bersendirian di bilik hotel. Sebagai memujuk Aween, saya telah berjanji untuk ke Johor Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai JPO. Pada mulanya saya bercadang untuk dari airport terus singgah di JPO tapi Aween tak bersetuju kerana tak mahu berbondong bondong dengan luggage bag. Semasa dalam perjalanan ke hotel, saya meminta pemandu teksi untuk singgah di kedai yang menjual roti yang masih dibakar secara tradisional iaitu menggunakan kayu arang. Setiap kali ke JB, pasti saya akan singgah untuk membeli roti di sini.
Selepas check in di hotel dan menunaikan solat, barulah bersiap siap untuk ke JPO. Hmm hajat hati untuk mengambil teksi tapi selepas mengetahui tambang yang mahal, saya mengajak Aween bershopping di mana mana shopping mall di JB. Semasa di Galleria Mall, saya mengubah fikiran untuk pergi juga ke JPO tetapi dengan menaiki bas sahaja yang tambangnya jauh lebih murah. Tak sampai hati melihat muka Aween yang nampak sangat kecewa kerana tidak dapat pergi ke JPO. Lagi pulak, kami tidak ada apa apa rancangan di sebelah malamnya. Nasib baik seorang adik yang berniaga nenas Melita yang sangat manis telah sudi menunjukkan stesyen bas di JB Central untuk ke JPO. Perjalanan mengambil masa lebih dari 1 jam kerana bas banyak berhenti menurunkan dan mengambil penumpang. Bas nya sangat selesa, bersih dan tambang hanya RM4.50 seorang.
Setiba di JPO, kelihatan ramai sekali pengunjung yang memenuhi kedai kedai yang menjual pelbagai barangan berjenama. Antaranya Bally, Ferragamo, Gucci, Furla, Coach, Burberry, Michael Kors dan banyak lagi. Harganya juga boleh tahan mahal dan designnya pun agak lama. Saya memang tidak bercadang untuk membeli apa apa sekadar menjamu mata melihat handbag dan survey harga untuk cosmetic pouch. Harganya tidak ada yang bawah dari RM400. Oleh kerana saya baru sahaja membeli cosmetic pouch louis vuitton, saya tidak tertarik untuk membeli brand lain di sana. Lainlah kalau harganya murah atau design yang sangat cantik. Maklum kalau dah dijual di outlet, bukanlah design terbaru. Malahan ketika mengunjungi Premium Outlet di luar negara pun, saya tidak begitu teruja. Ketika hubby bershopping, saya mencari bangku dan tidur. Hahaha nasib baik lah mat saleh tak seperti di tempat kita, tak adalah pulak
kes meragut handbag dsb ketika saya sedang tidur.
kes meragut handbag dsb ketika saya sedang tidur.
Selepas Aween membeli beberapa helai baju, kami terus balik ke JB. Oleh kerana jadual bas berikutnya adalah pukul 8.00 malam, kami membuat keputusan menaiki teksi. Aduhaai tambangnya hampir RM80.00 untuk perjalanan sejauh lebih kurang 30 kilometer. Pada saya sangat mahal kerana teksi dari Senai Airport ke Hotel Puteri Pan Pacific pun, baru RM44. Tapi tak mengapalah kerana saya tak mahu membuang masa menunggu bas kerana mahu singgah di H&M pula untuk mencari seluar jeans Aween. Selepas bershopping di City Square, kami singgah makan briyani di Galleria dan membeli 2 pek nenas Melita untuk dimakan di bilik hotel. Selepas solat, saya tertidur kepenatan. Perlu berehat untuk urusan kerja pagi esoknya. Setakat inilah sahaja perkongsian ringkas perjalanan kami ke JB dan JPO pada kali ini.
As salam kak,
BalasPadamnak tanya, kedai roti tu kat mane ye kak?. saya selalu jugak balik jb tapi tak pernah tahu pasal kedai tu.
tq kak
ain
Wslm. Saya tak tahu namanya. Tetapi bawah jalan menuju ke BNM.
PadamAsslm.kami org JB panggil Roti Benggali..
BalasPadamJalan Dhoby kedai tu terletak.
Assalammualaikum...
BalasPadamkak azie...saya ke jpo juga .masa cuti depavali...
kedai tu kat jalan dhoby..tradisi keluarga akan beli di situ since my father n mother start jd cikgu di jb untill retire now
BalasPadam