Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap


Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap


Hari ini Nana mula berpindah dan esok akan melaporkan diri bertugas di tempat baru. Doakan semoga urusan penempatan Nana dipermudahkan. Ini juga bermakna mulai minggu ini hanya Aween yang masih ada bersama kami seharian di rumah. Anak anak yang lain berada di luar kawasan kerana tugasan kerja dan tanggungjawab masing masing. Saya mula terasa kesunyian di rumah apabila bila Hubby menpunyai urusan kerja di sebelah malam. Aween pula lebih suka berada di bilik sendiri. Saya juga akan bersendirian di bilik dengan aktiviti sendiri. Saya akan mengaji, membaca buku dan majalah. Apabila jemu saya melayari internet dan melayan komen komen yang ditinggalkan di blog. Bila bersendirian, angan angan pun sentiasa tinggi. Mahu miliki itu dan ini. Aduhaaii. Sehingga kini, tiada orang yang mampu memberi nasihat yang ada impak dalam diri saya. Bukan saya tidak tahu bahawa membazir itu tidak baik namun untuk melawan nafsu jahat, bukanlah sesuatu yang mudah. 

Saya sebenarnya telah merasa sangat penat. Bukan sahaja penat bekerja tetapi juga penat dengan kehidupan ini. Dunia bukanlah tempat berehat tetapi tempat untuk bekerja dan beribadah serta mencari bekalan. Teringat pesanan Ustazah Noraini bahawa Allah memiliki seluruh alam, bermakna bukan hanya satu Alam. Allah memiliki semua yang ada di alam ini. Jadi kita hanya perlu memohon dengan Allah apa sahaja yang kita kehendaki. Allah Maha Memberi. Letakkan segala kebergantungan hanya pada Allah. Semua manusia adalah sama. Tiada jaminan orang kaya atau berpangkat akan memiliki syurga Allah. Yang membezakan ialah Taqwa.  Manusia kena ada rasa lemah. Kena ada rasa miskin. Siapa yang punya harta yang banyak pun tak boleh membeli awan yang baru bagi menggantikan awan yang sekarang berjerebu. Apa yang boleh dibuat hanyalah memohon dari Allah. Pesanan ini bukanlah pesanan baru atau pertama kali di dengar tetapi secara peribadi saya perlu diberi pesanan dan peringatan dari masa ke sama. Maklum hati dan iman kita mudah dibolak balik. 


Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap

Hari ini saya ingin kongsikan resepi Sotong Goreng Kicap yang mudah. Boleh rujuk entri sebelum ini di SINI. Saya beli sotong ini kerana teruja melihat sotong sotong yang sangat segar yang baru sampai di kedai runcit. Jika memasak sotong, saya suka menggunakan resepi yang simple supaya kita dapat menikmati keenakan sotong itu sendiri. Begitu juga dengan udang atau ketam. 

Jarang sekali saya memasak bersambal kerana rasa kuah atau sambalnya akan menenggelamkan kemanisan isi dan rasa sotong. Lagi satu bila menyiang sotong, saya tak suka membuang kulit luar sotong. Saya suka melihat kulit sotong dalam keadaan bercorak begitu. Ada orang yang membuang bahagian luar kulit sotong sehingga menjadi putih. Apa apa pun masing masing punya caralah. Saya ikut cara Bonda saya menyiang sotong yang mungkin berbeza dengan cara orang lain.

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sangat mudah dan cepat disediakan.


Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap

Sotong Goreng Kicap Mudah dan Sedap
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan-bahan:
500 gram sotong 
1 biji bawang besar Holland - hiris bulat 
3 biji cili merah - hiris serong 
2 biji cili hijau - hiris serong 
Sedikit air asam jawa 
Sedikit garam 
Sedikit serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cukup rasa Knorr
Kicap masin secukupnya
Gula secukup rasa

Cara-cara:
Gaul sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara merata. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi. 

Tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Kacau sekali sekala supaya sotong tidak hangus. 

Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.

Masukkan hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar. Kacau lagi.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

3 ulasan for "Sotong Goreng Kicap Mudah Dan Sedap"

  1. Puan...itu memang fitrah manusia..,kita takkan cukup dgn apa yg kita miliki...tp belajar bersyukur dgn apa yg Puan ada..itu akan menenangkn hati puan...

    BalasPadam
  2. Assalam..saya silent reader..cuma sgt2 bersetuju dgn kata2 Azie...tersangat penat dgn kehidupan. Bukan tidak menghargai apa yang ada cuma sebagai insan biasa keinginan itu datang menggangu kadang kala. Tapi setiap kali saya selalu teringat masa susah dulu..jadi cepat insaf..Jadi bersabar dan bertahanlah dgn kehidupan ini..

    BalasPadam
  3. enak nye tengok,,,nak try lah,,tq kak azie,,,saye baru dlm blog akak ni,,,akak nak thu saye x pandai masak tapi jumpe blog akak ni sye mesti follow resepi kek ke lauk ke biskut ke sume lah,,,alhamdulillah menjadi,,suami pun terkejut tengok masakan saye bykm perubahan,,klu tak katenya asyik masakan yg same je,,,heheh,,halalkan ye kak saye copy resepi akk ni...askum

    BalasPadam