Majlis Perkahwinan Anak Dato Hasan di Melaka
Encik Hubby menanyakan jika saya mahu bermalam di Melaka pada hari majlis perkahwinan anak Dato Hasan Sakimon di Dewan Tun Ali, Bukit Katil Melaka. Sudah pasti saya amat teruja kerana jarang sekali dapat berehat di hotel. Hahaha selama ini bila saya check in di hotel atas urusan kerja. Kali ini, saya betul betul berehat dan lepak. Semasa dalam perjalanan hubby singgah di Restoran Rahmah Asam Pedas untuk makan tengahari. Termenung seketika selepas menikmati Asam Pedas Ikan Merah. Melihat lauk yang di dalam bekas hidangan sahaja sudah menyebabkan saya tak sabar untuk menikmatinya. Hahaha sehingga terlupa nak snap gambar. Saya sempat menghirup kuahnya. Pelanggan sangat ramai dan mengikut kata Hubby harganya agak mahal sedikit dari tempat lain. Tapi sekali sekala makan tak apa lah, kalau selalu boleh bengkok gak. Saya pernah merajuk selepas hubby tidak membeli untuk dibawa balik lauk Asam Pedas sewaktu dia ke sini satu masa dulu.
Selepas makan terus menuju ke hotel. Wah hotel Imperial Heritage berhadapan dengan Dataran Pahlawan Mall. Jalannya tidak sibuk dan sangat tenang. Secara jujur saya tidak teruja untuk ber window shopping pun. Memenatkan. Lain lah kalau ada benda yang memang dicari. Ajak Aween pun tak mahu ikut. Anak anak kami sejak kecil di bawa ke serata tempat di Malaysia. Jadi tidak ada yang mengujakan mereka. Tidur di hotel juga bukan sesuatu yang membuatkan mereka tertarik kerana pada mereka bilik tidur mereka adalah tempat yang lebih baik. Puas memujuk tetap tak mahu ikut.
Sebelah malam kami bertolak ke Dewan Tun Ali. Asyik tersesat jalan dan terpaksa membuat pusingan balik kerana jalan di Melaka adalah jalan sehala. Apa yang seronok di majlis perkahwinan anak anak sahabat adalah re union dengan geng semasa di kolej yang mungkin telah bertahun tidak bersua. Bila dah bersua, pasti ada ada jer cerita yang dibualkan. Agenda bergambar juga tidak dilupakan. Antara yang hadir adalah Dato Aisom, Dato Jalaluddin, Encik Hassan Husin, Encik Zulkifli, Haji Kamaruddin dan beberapa super senior yang saya tidak kenal. Encik Supri dan Dato Wan Nazari tidak dapat hadir pada saat akhir atas sebab sebab tertentu.

Semasa dalam perjalanan balik, kami sekali lagi singgah makan tengahari di Restoran Asam Pedas Rahmah. Siap beli bungkus untuk dibawa balik lagi. Pendek kata inilah percutian singkat yang sangat menyeronok dan merehatkan bagi saya. Akhir sekali tahniah kepada Dato Hasan, big boss Jabatan Penjara Malaysia dan isteri kerana menerima menantu yang kedua dalam keluarga.
wah......Selamat Datang ke Melaka, nanti datang lg ye.....rumah saya pn area2 situ gak dekat Water City
BalasPadamSedapkan Asam pedas tu, dulu masa kerja area melaka saya n the geng mesti nk makan kt situ, mahal sikit tp berbaloi2.....Pak mertua makan smpai tinggal tulang betul2.....sampai sekrg mesti asyik sebut2 je hihihi
Kak, nanti datang lg tau.......
Sis, ada resepi tak? Sedap sehingga teringat ingat
PadamDah beberapa kali pegi melaka...tp x dapat jugak makan asam pedas. Tak tahu yg mana satu sedap. Kak azie..boleh share sikit lokasi...landmark yg senang nk terjah. (MommyeL)
BalasPadamDear Emily, boleh cari dalam waze, Rahmah Asam Pedas. Insya Allah dapat.
PadamRestoran tu mmg famous. Menantu arwah hajah rahmah tu driver di pejabat saya.
BalasPadamOoh bolehlah risik resepi. Ada guna rempah jintan jintan dan halba juga ke.
Padamsaya ke melaka juga melawat jiran di icu hosp melaka....katanya ke majlis perkahwinan di melaka.beliau juga pesara dari jab penjara....sampai skrg msh di icu melaka...
BalasPadam