Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kerutuk Daging Kambing Korban


Kerutuk Daging Kambing Kelantan


Kali ini saya ingin kongsikan sedikit intipati dari tazkirah Ustaz PU Faiz berkenaan perlunya selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW. Baginda Rasulullah adalah seorang yang maksum dan terpelihara dari melakukan segala dosa. Dijaga dari melakukan sebarang dosa atau sebarang perkara makruh. Kalau pun baginda ada melakukan sesuatu adalah bertujuan untuk mengajar. Contoh apabila baginda minum berdiri, kencing berdiri, solat Subuh di siang hari atau hanya bersolat Zohor 2 rakaat. Semuanya untuk mengajar kita, dalam keadaan bagaimana ianya boleh dilakukan dan apa yang perlu dilakukan jika terlupa rakaat semasa solat. Betapa nikmat kita sebagai orang Islam yang nombor satu, adalah adanya Rasulullah. Baginda adalah bapa roh. Bapa kepada semua yang ada roh. Nabi Adam sebaik ditiupkan roh, baginda melihat kalimah Laa Ilaa Haillallaah dan Muhammadan Rasulullah di arasy. Rasulullah diturun untuk membimbing umat manusia untuk menjadi seorang hamba Allah. Sungguh beruntung kerana adanya Nabi Muhamad SAW. Orang Yahudi kenal dan tahu berkenaan Nabi Muhamad SAW sebagaimana mereka kenal anak mereka sendiri. Ini kerana ianya telah disebut dalam kitab kitab mereka. Namun Yahudi dan Nasrani tetap engkar dan tidak mengikut apa yang disampaikan. Mereka menpunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan. Ilmu yang bermanafaat adalah ilmu yang diamalkan. Hanya Rasulullah yang dapat melihat Zat Allah semasa hidup di malam Lailatul Qadr sedangkan kita hanya akan melihatnya selepas kita meninggal. Bagi orang yang Ulul Albab, mereka sentiasa membasahkan lidah dengan berselawat ke atas baginda Rasulullah.

Satu lagi yang diajar oleh Ustaz Faiz adalah berkenaan kekeliruan bab azan. Azan bukan hanya untuk memberitahu masuknya waktu solat tetapi juga untuk memberitahu bahawa masanya untuk mendirikan solat. Azan untuk memberitahu masuknya waktu solat, cukup hanya 1 masjid atau surau sahaja melakukannya di satu satu tempat. Katakan lah selepas habis tazkirah pukul 9.00 malam, boleh lah diazan sebelum menunaikan solat sunat dan membaca iqamat.

  Kerutuk Daging Kambing

Saya menggunakan daging korban yang diberi oleh pihak surau. Hasrat asal untuk memasak daging kambing tetapi memikirkan Nana tak makan daging kambing, saya tukar fikiran dengan memasak daging. Kerutuk adalah lauk yang sangat digemari oleh ramai masyarakat Kelantan terutamanya di majlis majlis perkahwinan. Selain kambing, itik serati, daging atau ayam juga sedap dimasak kerutuk. Ianya dimasak menggunakan rempah kerutuk yang banyak dijual di Kelantan. Cara memasaknya sama seperti memasak kari cuma yang berbeza ialah kerutuk dimasak sedikit pekat kuahnya serta mempunyai rasa manis manis. Kalau dapat makan nasi putih dengan kerutuk serta sambal Kelantan, memang sangat terangkat. Selepas sehari, kuahnya lagi sedap dan mesra. Kalau mahu, boleh dicicah dengan roti Bata. Saya tak tahu apa nama roti ni di KL, kerana jarang kelihatan roti seperti ini dijual. 

Jom layan resepi masakan yang sangat femes di Kelantan ini terutama disediakan di majlis majlis perkahwinan. Layaann...


Kerutuk Daging Kambing Kelantan

Kerutuk Daging Kelantan
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Daging secukupnya
6 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia - hiris
3 sudu besar rempah kerutuk
Gula Melaka
Garam
Asam keping
Kulit kayu manis dan bunga lawang
1 batang serai
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kotak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.

Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga mahu dimasak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.

Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.

Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja. 



Kerutuk Daging Kambing Kelantan


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Kerutuk Daging Kambing Korban"

  1. Kak azie.. share lah sekali resipi sambal lada kenduri kelantan ye.. terima kasih...

    BalasPadam
  2. Kak Azie, kat negeri lain roti bata di panggil roti benggali.. sbb roti jenis ni kan selalunya benggali yang buat :)
    saya oghe kelate gak, saya tahu apa roti bata (berasal dari perkataan 'bantal' kot), sometimes kita panggil roti 'butuk'

    BalasPadam
  3. Salam Puan Azie,
    Saya selalu membaca tazkirah & resepi di blog ini. Terimakasih atas ilmu yg di kongsi. Btw, resepi bingka labu & agar2x gula melaka sudah di cuba, sedapppp skali, MasyaAllah.

    Salam ukhuwah dari singapura,
    Samsiah Samsi

    BalasPadam
  4. yummy...rietta xpernah lgi masak mcm nie...bleh la cuba hjg mggu nnti...

    BalasPadam
  5. Nampak sedap je kerutuk puan, elok je naik minyak dan menyelerakan..sya selalu ambil resepi puan kalau nak masak masakan tradisonal klate. Memang jadi je resepi yg puan share. Tkasih byk2.

    BalasPadam
  6. Rempah kerutuk apa yer.hehehe

    BalasPadam
  7. Assalam Azie...selama ni aunty tak pernah tau mcm mana masak kerutuk sebab aunty bukan orang Pantai Timur...mula nampak resipi Azie yg menyelerakan,aunty cuba masak...memang sedap...keluarga pun suka dah berulang kali buat...Alhamdullillah semoga Azie diberkati Allah hendaknya...Aamiin...

    BalasPadam
  8. Assalamualaikukum Pn Azie.
    Saya sudah cuba masak kerutuk, tapi menggunakan ayam kampung. Memang menjadi....Terima kasih dengan perkongsian ilmu.

    BalasPadam