Tips Menyediakan Ikan Goreng Garing
Kali ini saya mahu kongsikan tips untuk menggorengkan ikan yang garing seperti yang disediakan di restoran. Saya menyalinnya dari satu blog tapi lupa pulak untuk copy link. Ikan yang digoreng garing sangat sedap walaupun setelah sejuk. Sehingga ke kepalanya juga rangup dan boleh dikunyah. Jom kita baca cara caranya di bawah ini....
Panaskan minyak yang banyak. Kalau di restoran, mereka menggunakan minyak banyak sehingga tenggelam ikan. Tapi kalau di rumah untuk makan sendiri, rasa macam sayanglah pulak. Kalau dapat minyak yang terendam penuh lagi baik kerana ikan akan garing sempurna dengan kulit luar garing tapi isi lembut di dalam. Masukkan bawang merah dengan kulit atau asam keping, tujuannya supaya ikan tidak melekat di kuali. Setelah bawang separuh masak, baru dimasukkan ikan.
Kuatkan api di permulaan supaya kulit ikan menjadi garing, kemudian baru diperlahankan sedikit sehingga ikan masak. Jangan cuba nak balik balikkan ikan selagi ianya belum garing. Setelah bahagian ikan yang terendam garing, atau tiada lagi bunyi ssshhhh, baru boleh dibalikkan.

Jika kuali yang digunakan adalah kecil, goreng ikan satu persatu kerana untuk membalikkan ikan perlukan ruang. Tanda-tanda ikan telah masak ialah ikan mula terapung dalam minyak….
Setelah diangkat, tos sehingga kering dengan menggunakan tisu dapur. Jangan ditindih ikan ketika ikan masih panas supaya ikan dapat ditos dengan sempurna. Selamat mencuba

nice info..tq for sharing ;))
BalasPadamRahsia Masak Daging Cepat Empuk
hee.. shhhhhh.. tq tips ni yea kak Azie.. hee
BalasPadamAsmkm.. tq.. tips ni bagus.
BalasPadamNak tanya.. akak tau x cane nak buat telur dadar mcm kat kedai tu.. sebab saya cuba buat dirumah lain pula rasanya..
Boleh cuba tips ini...tk berkongsi sis..
BalasPadamSama jugak ngan saya Hariz Humaiza...bila dah goreng telur dia jadi kecut plak..tak cantik cam kat kedai.
BalasPadamMana tahu sis azie ada tip jugak..hihi