Nasi Minyak Nana Ain Hidangan Aidil Adha
Innalillaahi Wainna Ilaihiroojiuun. Al Fatihah buat A.U.R.A (AlFakir Ustaz Rasyid AlHadhrami) dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang yang meninggal dunia kerana kemalangan ketika dalam misi melaksanakan ibadah Korban di Kemboja. Ustaz meninggal dalam husnul Qatimah ketika dalam musafir untuk melaksanakan ibadah korban pada hari raya pertama Aidil Adha, hari khamis malam Jumaat.
Saya terkedu dan merasa sangat sebak serta kehilangan kerana ustaz adalah antara ustaz ustaz yang banyak membimbing saya dengan tazkirah yang diberi dan banyak membantu dalam hal hal lain juga. Betapa kematian boleh menjemput kita bila bila masa tanpa mengira samada kita taat atau kita dalam keadaan leka dan lalai. Ustaz dijemput dalam usia masih muda di saat masih banyak urusan agama yang sedang diusahakan oleh ustaz belum sempat diselesaikan. Dunia akhir zaman, bila mana para ulamak dan ustaz ustaz di jemput Illahi di kala muda. Insya Allah, semoga legasi yang ustaz tinggalkan akan diteruskan oleh mereka yang tinggal. Sehingga ke Subuh, saya masih terasa dengan berita pemergian ustaz. Saya tahu mati bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ianya pasti berlaku pada setiap yang hidup, cuma masa dan ketikanya yang dirahsiakan Allah. Ada antara kita yang tidak merasa takut pun untuk menghadapi kematian walaupun tiada banyak bekalan. Saya pun tidak pasti kenapa ianya terjadi begini. Mungkin kerana hatinya telah dibekukan untuk mendapat cahaya dan hidayah dari Allah.
Sekarang kita masuk sedikit bab masakan. Serius nasi minyak hari ini sangat sangat sedap dan serasi dengan gandingan Ayam Masak Merah, Acar Timun dan Papadom. Sangat sangat sedap dan rasanya paling sedap giteww. Nasi minyak disediakan oleh Nana selepas kami balik dari menunaikan solat sunat Aidil Adha. Selepas makan, kami ke Rawang menghadiri majlis jamuan raya Aidil Adha Tuan Alias dan Linda Yasmin. Balik dah petang dan terus bersiap ke surau. Itulah sebabnya saya agak lambat mendapat berita berhubung kemalangan dan pemergian Ustaz Rasyid. Sebenarnya bagi sesiapa yang melakukan ibadah korban, cuti 1 hari yang diberi sangat memenatkan kerana setengah hari habis untuk solat dan urusan mengambil dan mengagih daging korban. Belum lagi urusan memasak daging korban yang merupakan sunnah untuk dimasak dan dimakan bersama ahli keluarga. Tapi entah kenapa Hari Raya Aidil Adha yang lebih besar ganjarannya hanya diberi cuti 1 hari sahaja.

Jom layan resepi nasi minyak versi campak campak yang digunakan oleh Nana tetapi saya telah mencatatkan bahan dan sukatan yang digunakan untuk memudahkan rujukan di masa masa hadapan..... Resepi Ayam Masak Merah dan Acar Timun akan dikongsikan dalam entri akan datang.
Nasi Minyak Nana Ain
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
8 cawan beras Basmathi - basuh & tos
1 biji bawang besar - hiris
3-4 ulas bawang putih - hiris
1/2 inci halia - hiris
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Bunga cengkih
1/2 cawan susu cair
Air secukupnya
Pati ayam
2 sudu besar butter
2 sudu besar minyak sapi
Kismis - opsyenal
Sedikit pewarna kuning
Cara cara:
Panaskan minyak sapi dan butter sehingga cair dan tumis rempah penumis serta bawang bawang dan halia sehingga wangi.
Tuangkan kesemuanya ke atas beras yang telah dibasuh dan ditos. Masukkan pati ayam, susu cair dan air secukupnya serta pewarna.
Masak dengan menggunakan tice cooker dan masaklah seperti biasa.
hyeeee...Selamat Hari Raya Aidiladha !
BalasPadamdpt juga lepas rindu nak blogwalking..