Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pulut Durian Di Hari Raya


Pulut Durian


Entah kenapa telah berminggu saya mendapat selsema dengan hidung berair. Dah banyak kali doktor memberi antibiotik, tapi masih tidak juga baik. Semalam Nana membawa balik antibiotik untuk saya makan. Mudah mudahan ianya segera pergi dan saya kembali sihat seperti biasa. Insya Allah. Bila badan tidak sihat, semuanya yang ada tidak memberi erti. Itulah nikmat sihat yang biasanya tidak kita lupa untuk mensyukuri sehingga kita sakit. Hari ini saya ingin kongsikan entri tertunggak yang saya sediakan pada hari raya ke4, Nelly meminta hubby mencari durian. Kebetulan setelah 3 hari Raya memasak, Nana telah memberitahu awal awal yang hari itu adalah rest day. Hari dia menggantung senduk. Apa yang ada di dalam freezer, semuanya dikeluarkan dan dimakan. Haa tiada pembaziran giteww. Yang sebenarnya malam raya lagi, Nelly dah minta disediakan pulut durian. Tapi selepas berbuka, tak jadi sebab dah kekenyangan. Jom layan gambar gambar durian dan pulut durian ni. Sekarang ada bermacam macam jenis baka durian seperti Musang King, Udang Merah dan macam macam lagi. Saya suka isi durian yang ada rasa manis dan pahit pahit. Adooi, memang tak pandang belakang lah kalau dapat makan Raja Buah yang sedap seperti ini.



Pulut Durian


Saya pasti ramai rakyat Malaysia yang gemar makan durian dengan pulut dan santan. Termasuklah saya, yang memang peminat no 1 durian. Zaman zaman dulu, bab menyediakan pulut, adalah tugas arwah Bonda dan selepas mempunyai keluarga sendiri, tugas beralih pada pembantu rumah. Cuma sejak dah tidak lagi menggunakan perkhidmatan pembantu rumah, barulah berjinak belajar memasak pulut sendiri. Gembira sangat bila berjaya memasak pulut sendiri dengan cantik. Saya pernah terdengar atau terbaca yang pulut seeloknya dimasak secara kukus bukan ditanak untuk mengelakkan angin ke, hmm lupa lak apa sebabnya. Tapi pulut yang dikukus memang elok kejadiannya tak lah melekat atau berkerak seperti pulut yang ditanak. Kalau mahu lihat, langkah demi langkah penyediaan pulut kukus, boleh klik di SINI dan di SINI.

Semasa kecil kecil, pulut durian dimakan dengan pulut, santan, gula Melaka dan tentunya durian. Tapi selepas berkahwin hubby memujuk supaya saya mencuba tanpa menambah gula Melaka sebaliknya hanya diletakkan garam di dalam santan. Katanya lebih sedap. Hmm memang betul sedap, sejak itu tak pernah lagi saya memakan pulut durian mengikut cara orang Kelantan. Bagi orang Kelantan, bolehlah mencuba dan rasakan sendiri perbezaaannya. Santan akan rasa lebih berlemak dan keenakan durian masih terasa. Tidak hilang tenggelam dek rasa gula Melaka yang manis.

Pulut Durian


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

5 ulasan for "Pulut Durian Di Hari Raya"

  1. saya try cuba makan pulut durian... akhirnya pulutnya tak makan, duriannya jek ku melantak. hehehhhehee

    #orgjawa
    #belajarmakanuatara


    salam perkenalan :)

    BalasPadam
  2. Semoga puan cepat sembuh...
    Saya pon suka kuah durian yg tak dicampur gula merah..

    BalasPadam
  3. salam kak azie..umi dah cuba masak pulut guna resepi akak dan menjadi..Alhamdulillah..umi pun makan dengan meletakkan garam..bukan dengan gula melaka...sedap...

    BalasPadam
  4. aduh sedapnya. terliur la pulak nak makan. kena cari durian nih nampak gayanya.

    BalasPadam