Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Meatloaf Azie Kitchen


Meatloaf Azie Kitchen


Sebelum masuk bab resepi, saya ingin kongsikan antara petikan kuliah Maghrib Ustaz PU Faiz membicarakan tentang kitab Hidayah Salikin. Pada saya, kupasannya sangat bagus cuma saya tak reti lah nak menulisnya. Saya cuma ingin kongsikan bab tawadduk, iaitu sentiasa rendah hati. Bukan rendah diri. Hati sentiasa rendah dengan sesama manusia. Tawadduk adalah ubat atau penawar utama untuk bersihkan hati. Rasa sama jer kita dengan orang lain tak kira apa pangkat dan kekayaan yang dimiliki. 

Takbur pula di sebaliknya. Rasa diri lebih dari orang lain. Orang takbur akan duduk dengan iblis di neraka. Iblis solat dulu dari bumi hingga langit ke tahap langit ke7 dan sangat taat pada Allah. Akhirnya iblis berada dalam neraka kerana takbur tak mahu tunduk pada Nabi Adam. Tak akan masuk syurga orang yang ada dalam kalbunya walau sebesar zarah sifat takbur.



Meatloaf Azie Kitchen

Cara hendak membuang sifat takbur ialah dengan sentiasa ingat bahawa dalam tubuh kita penuh dengan darah, nanah dan ada najis. Ke mana mana pergi, kita membawa benda kotor dalam badan kita. Kita akan merasa malu kalau orang tengok najis kita. Sedangkan najis itu ada dalam perut kita sehari hari. Itu satu cara hendak mendidik jiwa supaya tidak takbur supaya sedar hakikat diri. Kena ingat bahawa setiap yang hidup pasti akan merasai mati dan mati itu pasti. 

Kitab Hidayah Salikin karangan Syiekh Abdul Samad Al Palambani adalah berkenaan petunjuk orang orang yang dalam perjalanan yang takutkan Allah. Kita semua dalam perjalanan. Supaya tidak tersesat jalan, kita perlukan petunjuk, peta atau waze untuk ke destinasi. 

Kita dalam perjalanan untuk menemui Allah. Jadi kitab ini memberi petunjuk bagaimana orang yang takutkan Allah lakukan dalam perjalanan mereka supaya kita dapat menjadikannya sebagai panduan dan tidak tersesat dalam perjalanan menemui Pencipta kita. Bagaimana mereka yang takutkan Allah bersolat, bagaimana mereka bekerja, bagaimana mereka tidur dsb. 

Takutkan Allah iaitu sifat taqwa yang bermaksud meninggalkan apa yang dilarang dan mengerjakan apa yang disuruh. Kebergantungam mereka hanyalah pada Allah semata mata. Contoh, bukan ubat yang menyembuhkan tetapi Allah yang memberi kesembuhan. Jadi doa adalah pada Allah supaya memberi kesembuhan. Jika dikatakan ubat yang memberi kesembuhan, boleh membawa kepada syirik.




Meatloaf Azie Kitchen


Sebenarnya telah lama saya ingin menyediakan meatloaf tetapi selalu tertangguh kerana ketiadaan bahan bahan yang diperlukan. Resepi meatloaf ini menggunakan bahan yang ringkas dan memang tersedia di rumah kita kecuali serbuk roti. Bercakap berkenaan serbuk roti, rasa saya jika ingin menggunakan satu cawan serbuk roti pun OK kerana terlalu berdaging pulak rasanya. 

Memasak memang memerlukan latihan dan percubaan demi percubaan. Kalau kali pertama dirasakan terlebih masin, lain kali bolehlah dikurangkan garamnya. Jika terasa terkurang roti, boleh tambah dsb. Tukang masak ternama pun melalui proses yang sama sebelum mereka dapat menghasilkan resepi yang sedap. Practice makes perfect. Kalau sekali sekala mahu merasa masakan omputih, bolehlah cuba resepi di bawah. Tapi saya ni selera Melayu, tapi nak juga melayan sekali sekala.

Jom kita semak resepinya dulu. Mudah dan sangat cepat menyediakannya. Selamat mencuba...


Meatloaf Azie Kitchen

Meat Loaf Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
900 gram daging kisar
2 labu bawang besar - potong dadu
¾ cawan serbuk roti - boleh guna 1 cawan
1 cawan sos tomato
2 biji telur
2 sudu kecil lada hitam - tumbuk 
½ sudu kecil serbuk rempah campuran
Garam secukup rasa guna - 1 - 1 ½ sudu kecil
Sedikit minyak zaitun

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 200C. Gris loyang dengan sedikit minyak zaitun.

Panaskan kuali dan letak sedikit minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga layu sahaja. Angkat dan ketepikan.





Satukan daging kisar, bawang goreng, ½ cawan tomato sos serta semua bahan lain ke dalam satu bekas. Gaul sebati.





Tuangkan adunan ke dalam loyang sambil ditekan tekan supaya padat. Akhir sekali, tuang baki ½ cawan tomato sos di atas permukaan dan ratakan.



Meatloaf Azie Kitchen

Meatloaf Azie Kitchen

Bakar selama 30 minit dan kurangkan suhu pada 170C selama 30 minit lagi sehingga masak. Saya tambah lagi dalam 15 minit.


Meatloaf Azie Kitchen

Sejukkan sedikit sebelum dipotong. Sedia untuk dihidangkan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

6 ulasan for "Meatloaf Azie Kitchen"

  1. Salam kak azie..dah cuba resepi ni.. double thumbs up !!! Yummy sgt...sya nak minta kak azie share resepi pulut pagi boleh..,kalau x menyusahkan...nak try masak utk hubby n family in-law...favourite arwak tok hubby n hubby sya...

    BalasPadam
  2. Sedapnya meat loaf ni....akan cuba one day.
    Tq kak azie utk sharing.


    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    BalasPadam
  3. Sdpnya k.zie...nsti cuba nnti

    BalasPadam
  4. Kak azie boleh saya tau rempah campuran tu rempah apa ye? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mixed spices boleh dibeli di pasaran spt Giant, Tesco, cold Storage dll

      Padam
  5. Akk, kt mana boleh cari serbuk roti

    BalasPadam