Soto Ayam Azie Kitchen Buat Tetamu Aidil Fitri
Hari Raya ke3, Nana menyediakan Soto Ayam menggunakan resepi yang saya gunakan selama ini di SINI. Soto Ayam disediakan sebagai hidangan untuk jiran kami Dr Roslan dan keluarga serta sahabat Nana, Dr Farirruddin dan Dr Akmal yang singgah beraya. Nana seorang anak yang sangat periang. Kadang kadang saya ketawa sendirian dengan gelagat dia. Apa tak nyer, bila di dapur bising dengan gelak tawa sambil mengusik adik adiknya. Bukan apa, risau kot terjadi apa apa bila mereka suka bersenda gurau di dapur. Semasa dia sedang memasak sambal kicap, habis orang dipaksa merasa nya kerana katanya terlebih masin. Dipaksa Aween untuk merasa juga. Tapi dia berjaya adjust sehingga menghasilkan sambal kicap yang sangat sedap.
Memang sedap soto yang disediakan sehingga kami makan menambah nambah, terutama bila dimakan dengan Sambal Kicap Kak Yatie yang sangat kaw kaw dengan pedas dan masin manis. Semuanya secukup rasa. Pendek kata saya sangat berpuashati dengan resepi ini. Lebih lebih lagi dimakan dengan Begedil yang menjadi rebutan. 3 dulang besar habis licin. Nantikan resepi begedil dalam entri akan datang.
Ada yang menulis mengatakan sangat pelik bila saya memasukkan santan ke dalam kuah soto. Tapi pada saya tak perlu merasa pelik kerana ianya tidak menjejaskan rasa soto asli, malahan lebih sedap lagi. Lagi pulak, resepi ini saya pelajari dari Kak Yatie yang memang berasal dari Johor dan tinggal juga di Johor. Bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah menggunakan resepi ini dan rasakan sendiri keenakannya. Tidak rugi mencubanya.
Ada yang menulis mengatakan sangat pelik bila saya memasukkan santan ke dalam kuah soto. Tapi pada saya tak perlu merasa pelik kerana ianya tidak menjejaskan rasa soto asli, malahan lebih sedap lagi. Lagi pulak, resepi ini saya pelajari dari Kak Yatie yang memang berasal dari Johor dan tinggal juga di Johor. Bagi yang belum pernah mencuba, bolehlah menggunakan resepi ini dan rasakan sendiri keenakannya. Tidak rugi mencubanya.
Jom layan resepi dulu. Soto ini sangat sesuai dimasak di musim perayaan ini untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang bertandang...
Soto Ayam Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
I ekor ayam – potong 4
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk lada putih
Cengkih, bunga lawang, kayu manis, pelaga
1 cawan santan pekat
Bahan Kisar:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 batang serai - ketuk
Cara cara:
Tumis bahan rempah penumis, bahan serbuk dan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan serai dan lada putih.
Masukkan ayam dan bila masak, dikeluarkan ayam dan perap dengan kicap masin seketika sebelum digoreng sehingga kekuningan. Bila sejuk, bolehlah dicarik halus.
Masukkan santan dalam kuah mendidih, serbuk perasa dan garam.
Bolehlah diangkat untuk dihidangkan bersama nasi impit atau mee hoon yang dicelur. Taburkan bahan bahan lain dan juga sedikit Sambal Kicap. Tengok 3 cara cara penyediaan Sambal Kicap di bawah ini.
Sambal Kicap Kak Yatie:
Segenggam cili padi
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Kicap cair
Gula
Blend segenggam cili padi dan bawang bawang. Masuk air dan masak sekejap. Masuk kicap cair dan gula.
Sambal Kicap Feeza:
Blend cili padi dengan bawang goreng dan kicap lemak masin. Masak cili dan masukkan cuka. Tutup api. Tumbuk bawang putih, kemudian goreng dengan sedikit minyak sampai warna keperangan. Tuang dalam cili tadi. Gaul rata.
Sambal Kicap CMG:
Tumbuk cili padi hingga halus, tambah gula dan bawang putih, tumbuk lagi hingga hancur, tuang kicap lemak masin secukupnya, kacau rata dan boleh gunakan.
Bahan bahan Lain:
Taugeh – goreng tanpa minyak seketika
Daun sup – hiris
Daun bawang – hiris
Bawang goreng
Mee hoon goreng (jgn cuci, terus digoreng)
Begedil
Mee hoon – celur
Nasi Impit – potong kecil
Salam Aidilfitri Kak Azie..
BalasPadamBagi sy tak pelik memasukkan santan ke dalam soto sebab saya juga letak santan (ikut resepi emak. Setahu saya itulah resepi soto asli yang seakan-akan Soto Madura cuma Soto Madura ni ada bau jamu sikit (lebih keindonesiaan). Saya cukup kurang gemar kalau soto cuma menggunakan rempah sup semata2.
Blh gantikan serbuk lada putih dgn serbuk lada hitam tak.
BalasPadamlg satu apa beza serbuk lada putih ngan hitam tu
Rasa keduanya memang berbeza. Tapi kalau dah tak ada lada sulah, bolehlah masukkan lada hitam. Kena buat ekperimen sendiri.
PadamTerima kasih Azie krana bgitu ikhlas memberi resepi.selamat hari raya utk Azie skluarga
BalasPadamAs salam..kak azie nak tnya la...menu ni sesuai utk berapa org makan ye..? sebab saya pun nak buat soto ayam akak ni utk menjamu kawan2 dtg beraya...
BalasPadamTak sabar rasanya nak cuba resepi kak azie.
BalasPadamuntuk berapa org makan ye resepi tu?
hujung minggu ni akan buat open house.
Saya ada juga beli perencah soto maharani Muar.
boleh ke kalau campur sekali dgn resepi kak azie ni?
Salam kak Azie :)
BalasPadamHajat nak buat soto untuk open house weekend ni tapi tak expert nak masak XD Air yang dimasukkan tu cukup untuk tenggelam kan ayam ke mcm mana? Selalunya kak Azie letak banyak mana? Lepas tu, resepi ni utk berapa orang? Hehe. Terima kasih kak Azie :)
Aishah
Bab ini yg susah nak jawab. Sebab saya akan letak air yg agaknsesuai dg rencahnya. Soal brp org makan pun susah juga, sb saya tak buat utk tempahan dsb. Memang ramai jer blh makan. 20 org pun boleh. Sebab kami makan menambah dan berulang ulang.
PadamPuan.. Sy prasan puan punya resepi byak pakao sukatan cawan.. Puan pkai cawan bsar mana ya? Ke puan pakai measuring cup? Sbb bru bjinak2 nak masak ni hihi
BalasPadamGuna measuring cup.
PadamAssalam cik Azie. Saya dah banyak kali follow resipi ni, memang sedap. Saya nak ucap kan terimakasih pada Azie for sharing the recipe. Semoga Allah membalas kebaikanmu. Tq.
BalasPadamSalam aidilfitri utk kak azie sekeluarga..1st of all..sy peminat blog masakan k.azie, if ade je terlintas nk masak sy akn buka blog akak..n the result of the cook was fantastic..tq atas perkongsian ilmu memasak..moga akak dimurahkan rezeki.
BalasPadamAamiin. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dalam lindungan Allah ya
PadamSaya kerap mengambil resipi2 dr puan..ternyata semua resipi yg puan share menjadi dan selalu dipuji oleh arwah suami, anak2, ayah, ibu dan tetamu...ptg ni saya nak masak soto untuk tetamu yang bertandang malam ini..terima kasih..semoga puan mendapat barakah nye..
BalasPadamAssalam kak azie..
BalasPadamSelamat Hari Raya..
Sukatan yang kak azie bagi tu..untuk berapa liter air ye dan santan tu kalau saya guna santan kotak je ok tak?..huhu..Jumaat ni nak buat makan makan sikit..nak buat soto..
Wslm. Air agak agak jer. Jangan terlebih nnt tak cukup dg rempah. Biasa saya letak dalam 2- 2 1/2 blender air. Boleh letak santan apa pun.
PadamTerbaik, dah cuba utk hidangan di restoran saya, terima kasih Pn Azie.
PadamSalam.
BalasPadamTerima kasih kak azie atas resepi ini. Memang sedap sangat. Pertama kali cuba terus jadi. Suami pun suka walaupun dia tak pernah makan soto letak santan ni. Terima kasih sekali lagi & semoga Allah limpahkan rahmat yang tak terhingga pada kak azie sekeluarga....
salam puan sy xpernah tahu soto kene masuk kan santan sy nk cuba tapi x tau banyak mana santan selalu sy buat guna rempah kurma - pn liza
BalasPadamSalam thanks kak azie.. setiap kali raya saya buat soto ikut resepi ni.. dan semua tetamu suka kannya.. terima kasih atas perkongsian ilmu yg berguna kak .. may Allah bless u always :)
BalasPadamBoleh try sunday ni uat open house..tq resepi nye kak
BalasPadamSaya dh coba resipi ni. Memang sedap.Tq kpd pn azie.
BalasPadamThanx.tp kte xpndi but begedil..Haha..Xpe2.usaha the kejayaan.
BalasPadamAlhamdulillah, resepi soto ni sangat sedap, tapi saya tukar santan dengan buah keras.
BalasPadamslm..trma ksh kak azie share rsipi..smua rsipi akak yg sy ikut sblm2 ni smua sdp...smga dmrhkn rzki
BalasPadamTrima kasih kak azie krana brkongsi resepi, saya dh pernah buat guna resepi ni mmg sdap. Harini saya nk buat lg sbb adik request
BalasPadamAssalamualaikum Kak AZie, Alhamdullillah selamat hari raya. sy salah seorang peminat blog kak azie ni. setiap kali nk masak je mesti refer resipi kak azie. Alhamdulillah tiap kali buat rending ayam mesti semua komen sedapppp. hehe smlm baru try buat mee kari ikut resipi kak azie, ya allah semua puji sedap. hehe thanks kak azie share resipi. dan nak Tanya psl resipi soto ni, selepas ayam dikeluarkan tu, dah perap ngn kicap masin kan, lps tu nk goring, kena pakai minyak yg banyak ke atau goreng tanpa minyak? sbb otw nak buat soto ni :)
BalasPadamWslm. Goreng sekejap sahaja supaya bila ayam dicarik lebih keras. Sebetulnya lepas rebus, boleh jer carik isi ayam tapi lembik kan ayam rebus.
PadamAs salam kak azie...santan ni mcm pengganti rempah sup ka? So perlu ka letak rempah sup if dah letak santan?
BalasPadamSalam k.azie..sy peminat blog akk.kebanyakan resepi akk sy dh cuba.semuanya menjadi & sedap.Terima kasih kerana ikhlas berkongsi ilmu.semoga Allah merahmati akak sekeluarga☺
BalasPadamSy sudah cuba resepi puan azie ni...mmg sedao n semua puji sedap soto ni.. Huhu.. But in fact all yours recipes always mnjdi..
BalasPadamSaya antara peminat kak Azie, kalau nak masak apa² mesti rujuk sini dulu, esk baru nak cuba masak soto ayam, harapnya menjadilah.. dua tiga harini mama saya agak sedih jadi saya harap masakan saya yg berpandukan resepi kak azie ni sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mama saya, Aminn ya Rabb. Jazakillahu khairan jazak kak Azie.
BalasPadam